Selamat datang ke laman sesawang Kebun Bandar – Pusat maklumat berkebun di rumah.
Saya Izham Alias, pengasas dan penulis untuk website ini.
Jika anda baharu di website ini, saya bantu anda dengan membawa anda ke artikel-artikel yang sesuai.
*Senarai ini akan saya kemaskini dari masa ke masa. Pastikan anda langgan emel Kebun Bandar (percuma!) untuk sentiasa dapat ilmu berkebun terkini terus ke emel anda. (Usah risau. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa).
Untuk permulaan, anda pelajari dahulu cara semaian yang mudah. Ikuti artikel ‘Cara Semaian Benih Sayur‘.
Setelah selesai semai, kita belajar pula tentang ‘Cara Pindah Tanam Anak Pokok Semaian‘.
Terdapat pelbagai alatan kebun yang ada. Mesti pening nak beli mana satu dahulu, bukan? Baca artikel ‘10 Alatan Wajib di Kebun‘.
Terdapat pelbagai jenis tanaman kita ingin tanam. Tapi apa yang sesuai untuk pemula?
Mulakan dengan tiga tanaman mudah ini:
Ikuti langkah demi langkah cara menanam semua jenis tanaman daripada semai sehinggalah tuai di ‘Cara Tanam Sayuran dan Buah‘.
Tidak semua orang tinggal di tanah yang luas seperti di rumah kampung. Terutama orang di bandar. Mereka tinggal di rumah teres dan flat yang ruang berkebun terhad.
Oleh itu penyelesaian adalah dengan berkebun pasu. Apa-apa bekas boleh asalkan ada kemahuan.
Saya tulis ‘Langkah Mudah Untuk Berkebun Pasu Bagi Pemula‘.
Jika anda memang jenis suka berjimat, belajar ‘Cara Tanam Guna Botol Plastik‘.
Pokok dalam pasu asyik mati? Mungkin ada masalah pada media tanah. ‘Resipi Rahsia Campuran Tanah‘ sesuai untuk anda mulakan.
Baja – Pokok perlu baja ke? Apa beza baja organik dan baja kimia? Ikuti perbincangan ini di ‘Apakah Itu Baja Organik?’.
Selain itu belajar buat baja sendiri di ‘Belajar Buat Kompos Cepat Siap‘.
Jika inginkan cabaran, belajar buat baja sendiri di ‘Resipi Baja Pertanian Alami‘.
Racun organik – Pokok diserang bena dan kutu daun? Apa cara nak rawat? Rujuk artikel ‘Cara Buat Racun Organik Sendiri‘.
Hidroponik adalah sistem tanaman tanpa tanah. Kita berkebun tanpa menggunakan tanah.
Untuk faham apa itu hidroponik, belajar ‘Konsep Hidroponik yang Mudah Faham‘.
Seterusnya belajar berkaitan baja hidroponik iaitu ‘Cara Buat Baja AB Sendiri‘.
Anda lebih suka panduan video? Kebun Bandar ada channel Youtube khas untuk anda pelajari ilmu berkebun di bandar. Terus tekan butang subscribe di Channel Kebun Bandar.
Saya tidak menulis tanpa ada rujukan. Saya senaraikan semua buku-buku pertanian saya baca di ‘Buku Pertanian Wajib Baca‘.
Saya harap setiap rujukan ini mampu membuat anda mula untuk berkebun.
Untuk tidak terlepas maklumat terkini berkebun, anda boleh melanggan emel Kebun Bandar secara percuma! Klik ‘LANGGAN EMEL‘.
Untuk membaca dengan lebih mudah, dapatkan penulisan eBook berkebun.