Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dalam aktiviti berkebun. Banyak varieti sayur yang pelik dan unik hanya terdapat apabila kita tanam dengan biji benih. Untuk menanam varieti tumbuhan tersebut, kita perlulah kuasai cara pindah anak pokok tersebut dari awal sampai habis.
Salah satu soalan daripada orang ramai adalah “bilakah masa sesuai saya pindah tanam anak benih?“
Ini soalan bagus apabila kita mula menanam pokok melalui biji benih. Memahami masa sesuai pemindahan ini mampu memberi kesan baik pada pertumbuhan tanaman kemudian hari. Pindah tanam atau bahasa Inggeris transplanting adalah aktiviti selepas semaian benih bercambah.
Jika kita mengubahnya ke atas batas atau dalam pasu lain sebelum anak benih bersedia, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, anak benih akan cepat layu. Seterusnya akan mati akibat kekurangan air, terlebih cahaya matahari, atau kerosakan akar.
Apabila ingin memindahkan anak benih, tiada peraturan tetap. Ada yang mengatakan ketinggian anak benih menjadi ukuran. Pendapat saya, ini bukan ukuran yang tepat.
Ini kerana setiap tumbuhan berbeza saiz dan masa pembesarannya. Lagipun, jumlah penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan ketinggiannya sebaik sahaja percambahan berlaku.
Ada benih yang tumbuh kurus meleding dan ada pula yang terbantut. Sebab itu indikator utama untuk pindah anak benih terletak pada daun sebenar. Apa itu daun sebenar? Saya terangkan nanti.
Sebelum itu kita kenali bahawa proses pemindahan anak pokok dari satu bekas ke bekas lain atau tempat akan memberi kesan kejutan. Kesan ini dinamakan sebagai kejutan pemindahan atau transplant shock.
Hal ini berkaitan dengan akar. Saya akan terangkan lanjut di bawah.
Boleh ikuti langkah-langkah yang saya biasa buat bagi mengurangkan kesan kejutan pemindahan.
Umumnya, biji benih sayur biasa akan mengambil dua hingga tuguh hari untuk bercambah. Ketika bercambah anak benih akan mengeluarkan dua daun benih untuk proses fotosintesis. Daun benih ini bentuknya lonjong dan biasanya sepasang. Setelah itu akan tumbuh daun berbentuk lain. Daun ini adalah daun sebenar.
Ketika tumbuh daun sebenar inilah tanda anak pokok sudah boleh dipindahkan ke media yang lebih sesuai. Pertumbuhan daun sebenar menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri.
Kebiasaannya kita akan pindah anak pokok apabila terdapat dua hingga empat daun sebenar. Tempoh untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar adalah di antara dua hingga tiga minggu selepas bercambah.
Dalam buku orang puteh, banyak ditekankan waktu pemindahan sama ada di waktu musim bunga, panas, luruh atau sejuk. Di Malaysia mana ada musim-musim begitu. Jadi, kita hanya akan pindah pokok apabila munculnya daun sebenar lebih daripada 2.
Tetapi jangan lambat sangat pindah atau nanti akar sudah berserabut. Apabila akar sudah berserabut, ini akan menyukarkan lagi proses pemindahan anak pokok ke dalam pasu lebih besar atau atas tanah atau batas.
Apabila kita ingin memindahkan anak pokok ke atas batas atau pasu yang lebih besar, pastikan kita menyiram dahulu anak pokok itu. Seeloknya sejam sebelum pemindahan dilaksanakan. Kalau tidak sempat, siram sahajalah sebelum pindah.
Selepas pindah pun kita perlu siram agar media kekal lembab.
Saya semai benih saya pada bekas tapis berisi lumut gambut (peatmoss). Apabila sudah bercambah dan ada daun sebenar, saya akan pindah ke bekas lebih besar. Biasanya saya akan gunakan cawan polisterin sebagai bekas lebih besar. Proses ini dinamakan pemindahan ke pasu lebih besar atau potting up.
Ikuti video di bawah untuk langkahnya:
Apabila pindah anak benih, pastikan kedalaman yang sesuai. Umumnya, pastikan pangkal separas dengan tanah. Berikut adalah panduan untuk setiap jenis tanaman yang ada.
Langkah ini paling penting antara semua langkah. Jika kita tak buat, kemungkinan anak pokok mati adalah tinggi.
Anak pokok adalah seperti bayi yang baru lahir. Ia memerlukan jagaan yang rapi agar proses tumbesarannya berjalan dengan baik. Setelah kita membuat pemindahan, tentunya akar pokok terganggu.
Oleh itu anak pokok akan mula fokus bagi memperbaiki akar. Tempoh pemulihan ini memakan masa sekitar 7 hingga 14 hari.
Terik cahaya matahari mampu mengganggu proses pemulihan ini. Akibatnya anak pokok akan layu tatkala terkena pancaran cahaya matahari berlebihan. Silap haribulan anak pokok boleh mati.
Langkah yang betul setelah pemindahan adalah dengan letak anak pokok di tempat redup. Jika di rumah, letak di tepi rumah yang ada atap atau bawah bumbung rumah. Manakala jika tiada tempat, boleh sediakan tempat yang ada jaring hitam.
Ramai terlupa bahawa anak pokok juga memerlukan baja untuk pembesaran yang sihat dan kuat. Sebaik sahaja pindah, letakkan baja organik seperti kompos atau tinja ayam. Jika minat baja kimia, gunakan baja NPK hijau. Jarak baja biarlah 5 cm jauh. Jika dekat mungkin akan memberi kesan lecur pada batang anak pokok.
Bubuh berdasarkan dos yang disyorkan. Biasanya saya letak satu sudu makan untuk setiap satu anak pokok.
Akhir sekali adalah kita perlu lindungi anak benih daripada serangan perosak seperti siput babi dan belalang. Perosak ini sangat suka pada daun anak benih yang lembut. Terutama sebaik sahaja pindah.
Sembur dengan racun organik buatan sendiri.
Persoalan utama apakah kepentingan kita mengalih anak benih? Mengapa tidak terus tanam di dalam pasu atau di atas batas?
Kelebihan mengalih anak benih:
Ini pula adalah soalan tambahan berkaitan pemindahan tanaman.
Apa akan terjadi pada anak pokok jikalau dibiarkan lama di dalam bekas semaian?
Kemungkinan besar anak pokok akan terbantut kerana akar pokok akan mula mengeras dan berserabut di satu tempat. Jadi, pastikan kita memindah anak pokok tepat pada masanya agar penanaman berjalan dengan lancar.
Ada kata garam epsom mampu mengurangkan kejutan pemindahan?
Kita balik kepada asas. Apa yang tercedera selepas pindah? Akar pokok tentunya. Pasca-pemindahan anak pokok akan lebih fokus untuk memulihkan akar. Jadi semasa proses pokok akan lebih serap air berbanding pa-apa baja atau suplemen.
yeos says:
nak tanya juga…
jika alih anak pokok pisang.. pisang lang contoh nya… perlu kah di potong cantas bahagian atas nya..
kenapa ya?
Sahari says:
Terima kasih atas perkongsian.
Izham Alias says:
Kalau dah besar macam tu, biarlah di tempat asal. Kalau pindah, peratus mati sangat tinggi.
mie et says:
Salam tuan..apa tip untuk saya buat untk alih pokok durian yg setinggi 7kaki..adakah peratus pokok itu terus hidup.
Izham Alias says:
Boleh berikan baja foliar (baja semburan) sebaik sahaja pokok ada 2-3 helai daun. Sembur seminggu sekali sahaja.
Izham Alias says:
Sukar. Lebih elok semai benih baru.
ani ani says:
mcm mana nk pulihkan tanaman yg terbantut..
Ismail says:
Salam.. adakah baja air sesuai saya spray kepada anak pokok cili?? dan bilakah masa yang sesuai utk memulakan membajaan kepada anak pokok?
Terima Kasih
Izham Alias says:
Boleh. Tetapi selepas pindah, buah tersebut perlu dicantas. Beri peluang untuk akar pokok kembali pulih.
Robiah says:
Boleh tak saya alih kan pokok strawberi ke tempat lain walaupun Dh nk berbuah…
Izham Alias says:
Boleh hidup lagi.
azimah says:
assalamualaikum. tadi saya tanam cili. anak cili tu terjatuh habis dah tak bertanah akar dia. tapi saya tanam juga. agak agak hidup tak??
Ain nora says:
As’salam. Mcm mana sya nk elakkan dr ank pokok sya menjadi kurus dan memanjang selepas bercambah.
Zakaria says:
Terima kasih Izham atas banyak info dan tips yang amat berguna bagi saya .
rohana manap says:
assalamu’alaikum En. Izham..sy cuba guna bkas telor utk letak bwg kecil dn di potong separuh sperti yg lihat dlm kebun bandar, dh 3minggu masih tak nampak keluar daun..adakah cara sy tu salah ..t.kasih..
Norlia yusof says:
En Izham.. masa mula tanam biji benih, perlu ke di letakkan ditempat yg gelap sehingga la nmpk bertunas.. t ksh
marsila binti abd, jalil says:
Tk beri info.biasa sayabsemai duly dah keluar daun baru alih.soalan saya ,APA kah saiz poli beg bagi cili spya terus hidup Dan byk Buah.berapa lama jgka hayat cili ni. Says tnm terung cara hidroponik byk hasil puas mkn tspi kenapa pokoknya layu walhal air Baja masih byk dlm takongantakongan. Says semai daun ketumbar dah beberspa Kali tapi tak nak hidup kenapa ya.mohon bantuan
Izham Alias says:
Boleh letak pada awal masa kita semai benih. Kemudian setiap selang 2 minggu sekali kita letak. Buat alur sekitar jarak 5-10 dari tanaman. Tabur dan kambus. Siram selepas bubuh baja.
nurkhairiah says:
salam tuan. saya nak tanya mcmana nak letak baja organik saya pada pokok kangkung? pada usia berapa hari boleh letak baja? mohon penjelasan.
Izham Alias says:
Bergantung kepada jenis tanaman. Jika tanaman yang mudah seperti kangkung, bayam dan sawi, boleh sahaja tabur terus di atas batas.
Tetapi jika tanaman yang sukar seperti cili, terung, bendi dan kubis, lebih elok kalau kita semai dahulu di dalam bekas. Kemudian apabila sudah bercambah, barulah kita pindah.
Dengan ini barulah kita dapat hasil yang bagus.
Shy says:
Salam en.azrai..saya pon masih baru belajar menanam..tp dari pengalaman saya yang suka tabur benih terus ke dalam pasu (main belasah ja.huhu), saya dapat hasil yang tak menentu..ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..hehe..ada yg senyap ja x tumbuh2..ada yg alhamdulillah..hidup..
Apa yg saya faham, konsep dia utk tgk benih mana yg berhasil..(kalau salah mohon betulkan) 😊
Ada tips yang saya baru dapat baru2 ni..rendam biji benih semalaman, toskan lepas tu letak atas tisu basah..letak tempat redup..nanti tgk, ada some benih yang keluar taring, ada yang tak jd apa2….so..kita boleh pilih benih yang berkualiti..ambik benih yg keluar taring tu, tanam dlm pot..insyaAllah..berhasil.. ^_^
saya baru ja try..tengah tggu result..hehe
Semoga bermanfaat, insyaAllah.
Azrai says:
Salam en izham. Maaf nak tanya Soalan basic, kenapa kita perlu semai benih kat tapak semaian dulu? Tak boleh ke kalau kita tabur benih ke dalam pasu terus..?
shahjengka says:
salam tuan..sy tgh semai benih jambu..bila blh alih dari semaian ke tempat tanam kekal?
Izham Alias says:
Sama konsepnya. Tunggu ada dua tiga helai daun barulah pindah.
haryati says:
Bagaimana pulak dengan daun kucai yang disemai, macam mana nak tau masa yang sesuai untuk dipindahkan?
Izham Alias says:
Anak pokok masih boleh hidup. Cuma peratus kejayaannya sangat kurang. Terutama apabila banyak anak pokok yang kita kendalikan pada satu-satu masa. Jika berkeras mahu ubah juga, sila ubah dengan berhati-hati. Takut nanti ada yang terpeliut dan mati.
Mohd Maaruf says:
Assalam Izham,
Saya ingin bertanya, apakah yg akan terjadi sekiranya anak pokok dipindahkan terlalu awal? Bolehkah anak pokok tersebut terus hidup?
Btw, terima kasih utk tips yg amat berguna.
salma ibrahim says:
Sangat berguna untuk penanaman yg memberikan hasil yg maksina.
salma ibrahim says:
Tip yg bermenafaat untuk pengalihan anak pokok selepas senaian