Tanah liat adalah tanah jenis keras ketika ia kering manakala melekit ketika ia basah. Cara petani menguruskan tanah yang keras ini adalah dengan membajak.

Walaupun begitu, ada satu cara mampu melembutkan tanah yang keras tanpa perlu mesin bajak. Kaedah ini diguna pakai oleh petani organik di Korea.

Mereka menggunakan mikrob baik bagi melembutkan tanah. Mikrob akan menyerap masuk ke dalam tanah dan melakukan kerja mereka.

Lalu, bagaimana ingin membuat mikrob baik ini? Kita buat dengan kaedah larutan mikrob berkanji (LMB).

LMB ini sangat sesuai bagi melembutkan tanah dan menyuburkan kembali tanah yang sudah rosak.

Saya pertama kali membaca kaedah ini yang dinamakan sebagai JADAM Microbial Solutions. Saya Melayu kan nama ini kepada larutan mikrob berkanji (LMB).

Untuk pengetahuan anda, JADAM adalah satu kaedah pertanian organik di Korea. Pengasasnya Youngsang Cho menamakan kaedah yang beliau asaskan ini sebagai JADAM yang bermaksud bekerja bersama alam semula jadi.

Mari kita lihat cara pembuatan LMB yang mudah ini.

Bahan:

  1. Kentang – 4 biji (rebus sehingga empuk)
  2. Garam – 2 sudu makan
  3. Dedaun reput / kompos / tahi cacing – 1 genggam
  4. Air biasa

Peralatan:

  1. Stoking – 2 helai
  2. Tong sampah – 20-40 L
  3. Tali rafia
Jadam Microbial Solutions
Bahan-bahan untuk membuat larutan cecair mikrob berkanji (JADAM microbial solutions)
tahi cacing tanah verikompos
Tahi cacing tanah amat sesuai dijadikan sebagai bahan membuat LMB. Tahi ini mengandungi pelbagai mikrob baik yang membantu melembut dan menyuburkan tanah.
dedaun reput perdu buluh IMO
Dedaun reput berada di bawah lapisan daun kering. Warnanya cokelat kehitaman dan tidak berupa daun lagi. Sangat bagus untuk dijadikan sebagai bahan LMB.

Cara buat:

  1. Masukkan kentang ke dalam stoking dan ikat hujung stoking. Buat seperti bunjut.
  2. Ulang langkah 1 untuk dedaun reput.
  3. Isi air sehingga memenuhi tong sampah. Sebolehnya tinggalkan ruang sekitar 5-10 dari paras atas tong.
  4. Masukkan bunjut kentang dan dedaun reput ke dalam tong berisi air tadi.
  5. Ramas bunjut tersebut agar perlahan-lahan keluar bahan di dalam bunjut tersebut.
  6. Masukkan garam ke dalam air.
  7. Biarkan peraman selama 12-24 jam.
  8. Biasanya sekitar 12-24 jam kita akan dapat nampak bebuih muncul di permukaan air. Ini tanda mikrob telah membiak dengan banyak. Guna sehingga habis tanpa tinggal sisa.
cara buat baja em IMO sendiri
Ramas kedua-dua bunjut berisi kentang rebus dan dedaun reput agar larut ke dalam air.
larutan mikrob EM Jadam Microbial Solutions
Keadaan air selepas 12-24 jam. Apabila buih banyak, tanda mikrob berada pada tahap optimum.

Cara guna:

  1. Siram terus ke atas tanah yang ingin kita tanam.
  2. Jika kita ingin siram pada pokok, cairkan sekitar 30-200. Contohnya 100mL LMB campur dengan 3L air biasa atau 20L air biasa. Kadar untuk cair ini bergantung kepada ketahan pokok kita. Kadang ada pokok boleh dengan nisbah cair 1:30. Kalau kita dapati pokok macam terbantut selepas siram, cairkan lagi CMB dengan nisbah 1:200.
  3. Eloknya kita buat tiga kali sebulan bagi melembut dan menyuburkan tanah.
siraman JMS Jadam Microbial Solutions
Siram LMB ke pokok dengan nisbah 1:30 (LMB:Air)
siraman JMS Jadam Microbial Solutions
Jika siram atas batas, boleh siram LMB pekat tanpa campuran air untuk kesan yang pantas.

Kita juga boleh menyembur LMB pada dedaun pokok bagi menggalakkan mikrob baik sekitar batang dan daun pokok. Cairkan dengan nisbah 1:200. Sembur dua minggu sekali.

Manfaat

LMB ini sifatnya menghasilkan mikrob anaerobik. Hal ini berbeza dengan IMO yang menghasilkan mikrob aerobik. Sebab itu elok LMB ini disiram lenjun ke dalam tanah. Biar mikrob anaerobik menyerap betul ke dalam tanah dan buat kerja mereka.

Antara kelebihan guna LMB ini:

  • melembutkan tanah yang keras
  • membantu memperbanyakkan mikrob baik di dalam tanah
  • menyuburkan tanah

Kesimpulan

Tanah adalah sumber kehidupan bagi petani. Subur tanah, maka subur lah pokok. Maka kita perlu perbaiki tanah dengan mikrob. Cara paling mudah adalah dengan LMB.

Ada soalan atau pandangan? Boleh tinggalkan komen anda.

Rujukan