Kebun saya selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug), lalat putih dan ulat bulu. Habis pokok saya banyak mati. Saya jenis tak suka guna racun kimia.

Kita boleh beli racun organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri. Mudah sahaja.

Lalat putih cili white flies

Lalat putih sering menyorok di bawah daun. Sedikit demi sedikit pokok akan mati akibat diserang lalat putih. (sumber)

Mengapa Tidak Guna Racun Kimia?

Pertama, sebab harga yang mahal. Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman, harga sudah boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak sesuai untuk pekebun bandar skala rumah.

Kedua, penggunaan racun kimia berbahaya kepada manusia dan persekitaran. Kelengkapan seperti penutup mulut dan sarung tangan wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab semasa saya belajar di UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak kena marah dengan pegawai bertugas.

Cuba fikir. Jika untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya?

Jadi saya pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.

Resipi Racun Organik

Bahan A:

  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 500 mL (satu botol minuman biasa)

Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B:

  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alat:

  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L

Cara buat:

  1. Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  2. Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  3. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama

Cara guna:

  1. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  2. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  3. Goncang sehingga semua bahan sebati
  4. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  5. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan apabila sembur ramuan racun organik ini pada pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus siram dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

Resipi buat racun organik sendiri ini banyak. Nanti saya kongsikan lagi. Kalau takut terlepas, boleh langgan emel. Saya akan hantar emel percuma untuk inform artikel-artikel terbaru di Kebun Bandar.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.