Resipi Baja Belacan – Petua Pokok Cili Berbuah Lebat

Baja Organik Belacan Cecair Pokok Ros Sayur Cili Buah

Siapa sangka belacan boleh digunakan bagi membuat baja? Kali ini saya kongsikan cara membuat baja belacan untuk pokok cili. Namun, jangan terhadkan pada pokok cili sahaja tau. Baja ini boleh juga digunakan untuk pokok bunga ros, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pokok tin dan lain-lain.

Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman (plant booster) bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Kebaikan Baja Belacan:

  • Menguatkan imunisasi pokok agar tidak mudah diserang penyakit
  • Menggalakkan pertumbuhan bunga
  • Mengelakkan bunga melekat dan tidak mudah gugur
  • Kaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok
  • Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien

Bahan:

  1. Belacan – 100g
  2. Gula molases / gula merah – 100g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
  4. Botol 1.5L

Cara buat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.
  4. Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.
  5. Peram selama 2 minggu.
  6. Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.
  7. Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.

Penggunaan:

  1. 10 mL pati + 1 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok ros, pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.

Video

Mesti macam tak percaya kan yang resipi baja ini menjadi? Nah saya tunjukkan sendiri video cara buat baja belacan.

 

Pernah cuba? Jom komen di bawah.

Sumber:

  1. Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
  2. Sara Saad

 

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. saya nak cuba dan terima kasih

  2. Menarik tu…saya akan cuba..tkasih atas info tersebut

  3. Tak sangka pulak belacan blh jadi baja pokok cili. Blh try pd pokok cili saya yg masi blm berbunga.

  4. Alhamdullillah. Terima kasih Izham Alias. Maklumat berguna dan mohon izin untuk share dengan family dan rakan-rakan.

  5. Tq Tn Admin Izham Alias. Nak cuba jugak lah

  6. Tak kuat ke bau nys. Takut lalat banyak nanti

  7. Takdalah kuat baunya. Ini kerana jumlah belacan yang digunakan tidak banyak. Bau manis nanti setelah siap diperam.

  8. Kalau guna yg ni dh x perlu bg baja lain lg dh ke?

  9. Perlu bagi. Ini hanya tambahan. Macam supplement.

  10. Assalamualaikum…boley utk semue pokok ker???

  11. Boleh. Sesuai sangat terutama pokok buah.

  12. mol udang sama tk ngan mol belacan ni..

  13. kalau guna nisey (kelantan) boleh ke?

  14. Saya nak cuba pada kebun cili centil saya. Mudah mudahan akan kuat antibodi dia, Insyallah.. Terima kasih berkongsi ilmu tuan

  15. Boleh guna dekat pkok bunga takk?

  16. Sesuai untuk semua pokok.

  17. hmmmm…menarik…..apakata kita gunakan cencalok atau budu….atau ikan pekasam…..

  18. Terima kasih Izham.
    Info yang sangat berguna.

  19. Terima kasih Tn Izham…info yg sgt berguna…insyaAllah akan dicuba.

  20. Terima kasih Izham.Info yg sangat baik
    Semoga amaljariah anda diterima Allah.Aaminnn

  21. saya dah buat. lagi dua mggu siap! yeay!! kalau x sabar n guna awal skit ade effect x?

  22. xboleh guna awal nnt pokok bertukar jd raksakse..heeeeee

  23. Comment…nice info

  24. hahaha…nanti kena panggil upin ipin pulak

  25. mcm mn tu…pokok bertukar jd raksakse..hehehehehe lawak lah..

  26. berapa lama boleh tahan cairan ni..karang busuk pulak bila simpan lama2..yelah kebun sekakang kera jer.kang sembur hari2 mati pulak pokok tu..

  27. Tk dpt info saya nak Cuba guna belacan tu.sebelum iniI saya guna gula merah + Tempe+ air utk Baja.utk racun guna sabun serbuk+air+ baking soda tgk dr fb

  28. Selama 6 bulan. Boleh buat dalam kuantiti sedikit. Kurangkan mengikut nisbah yang sesuai.

  29. selamat pagi tuan kalau guna soda beking buat organik bole tak

  30. Boleh

  31. Tuan izham..
    Gula merah ni sama ke dgn nisey kelantan??

  32. tqsm atas petua…

  33. Saya tak pasti. Biasanya gula merah ini yang dicampurkan dengan cendol.

  34. Sayur kobis diserang serangga teruk! Sama dengan sayur…daun buah anggur , terung dan bendi. Sesuai spray atas daun dan buah? Lepas buat boleh simpan dalam botol spray berapa lama? Terima kasih.

  35. Apakah bisa di gunakan untk tnamn padi..trimaksih smua infonya sungguh sangat bermanfaat

  36. info yg bagus..terbaekkk..lps ni blh tnm pokok cili byk2😃tq admin

  37. wow boleh saya cuba untuk pokok strawbery? utk pengetahuan tuan saya ade menanam pokok strawbery dan berbunga, tetapi malangnye tidak berbuak kerana bunganye layu setelah 2minggu? harap dapat tips untuk dapat buah. saya duduk di kuantan adakah faktor cuaca panas?

  38. mcm pokok cili jambak saya…skrg dah jadi tempat semut hitam lepak…
    jirus dgn air abu tak jadi…

  39. الحمد لله
    terima kasih Izam

  40. Terima kasih tuan Izham. Info yang sangat berguna. Nak cuba untuk pokok limau kasturi juga.

  41. Saya dah cuba tuan, nyata berhasil

  42. tq share…. sy bru semai benih cili, boleh la start buat baja belacan ni…hihi

  43. Info yg sgt berguna…hmm saya ada 2 pokok cili yg tumbuh sendiri dah berbuah…nanti blh ls try buat baja belacan ni..tq

  44. Terima kasih atas ilmu yg dishare tn Izham. Esok nk cuba buat.

  45. Info yang bermanfaat…

  46. terima-kasih encik idham.. saya baru mula menanam pokok cili.. baja belacan nii ada bau tak? saya tinggal di estet perumahan HDB.. risau jugak takut ada jiran yg komplen..

  47. trima kasih tuan informasinya smoga menjadi berka tapi saya macam kurang faham berapa cc di guna dalam air 10 liter tua karna saya guna gendong pom bikin semprot cilih padi dan baruh2 ada 2.50 pokok cilih padi saya cabut dan bakar karna saya tak dapat atasi penyakit keriting dan yang lain masi ok lagi muda mudahan tak d serang lagi sprti masa yang lalu smga tuan selalu di berkati

  48. Info yang sungguh berguna .. kebetulan saya baru tanam cili tapi dah mula daunnya melecur ..
    Saya akan Cuba ..
    Terima kasih tuan

  49. Info yg berguna.terima kasih.

  50. tuan izham..kalau pokok cili dah mula berbunga atau berbuah masih perlu kita spray dari daun hingga ke batang atau hanya memadai kita titis dibahagian perdu?

  51. Tkaseh. Sy dah cuba mmg berkesan.

  52. Terima kasih.,nanti saya akan cuba.

  53. Pokok cili api sy sedang lebat berbuah. Tetapi sejak hujan 2 – 3 minggu ni, pokok jadi layu dan gugur daunnya. Apa perlu saya buat dgn pokok2 tu. Sebelum ni panas, skrg hujan, mungkin perubahan cuaca.

  54. T.kasih..npk gaya balik kg angkut byk2 belacan…

  55. Trima qaseh d ats prkongsian ilmu…sya br brjinak tuk kitchen garden…br tnm pokok cili padi…stkt ni sya gna baja kopi..
    Alhamdulillah blm da sbrg masalah…nnti nk try bja belacan ni plk… 😀

  56. Boleh juga tuh di coba, makasih infonya

  57. Pernah tanam cili besar, pokok cantik daun hijau, bunga memutih, tiba-tiba satu hari melayu, daun layu , bunga gugur, saya cabut, rupa akar sudah diserang, boleh jadi anai-anai atau fungus, silap saya menanam cili ditempat yang sama saya tanam cili sebelumnya, lupa nak rotate,

  58. Tips yg Beguna. boleh dicuba klu berjaya nanti boleh tanam cili banyak2

  59. Assalamu’alaikum. Saudara Izham. Maklumat yg amat berguna. Tqsm.

  60. Belacan+ molases+air
    Dah sama mcm EM pula.
    Boleh cuba ni.
    Tq admin.

  61. Dah buat tadi.

  62. Assalamualaikum.

    Pokok rose saya diserang serangga kecil berwarna hitam yang melekat di belakang daun…apakah racun yang sesuai?

  63. saya suda buat tuan belacan dan gula merah tu tapi blum guna la karna blum genap sebulan smga artikel ini menjadi berka

  64. Ty tn…info yg sgt berguna…

  65. Tuan,

    Saya ada dua soalan yang ingin diajukan pada tuan

    Pertama: Saya ada menanam pokok manga yang rasa usianya da setahun. Bila kah pokok ini akan berbuah.

    Kedua: Sila terangkan cara-2 yang betul untuk menjaga pokok Bonzai seperti jjenis bajanya/Tanah/ matahari dan lain-2

    Sekian terimakasih

    Salam

  66. salam sejahtera. saya ada semai benih cili tetapi masih x keluar anak pokok. baja ni sesuai x untuk disiram padan benih ini

  67. Boleh guna. Cuma guna dalam keadaan cair. Jangan pekat.

  68. Tuan, baja belacan yang diperam berulat. Adakah ini perkara biasa?

  69. Thanks en izham atas in4 baja ni..saya mmg peminat tegar cili api ..sblum ni saya mmg dah frus tanam pokok cili..dri semai benih hingga saya bli pokok dr nursery..smuanya x tahan lama..moga2 lpas ni smuanya akan berubah.

  70. sembur kat pokok hidroponik boleh?

  71. terima ksih ats sharing yg menarik.. sy nak cuba gak ler…

  72. Boleh guna hingga 6 bulan ye….mcmna tu ..perlu simpan dlm peti ais ke atau letak kat luar saja

  73. Boleh simpan di luar. Pastikan bekas ditutup rapi agar lalat tak masuk bertelur.

  74. Boleh juga.

  75. tgh menghitung hari tgu baja belacan cukup sebulan..xsabaq nak try..huhuhu.hari2 sedih tgk cabai.
    bleh guna jugakkan untuk lada benggala??

  76. ..saya dah cuba…untuk pokok cili dan terung…nampak subur…banyak buah…TQ..

  77. Tkasih atas ilmu yg sgt berguna ni, encik Izham Alias, saya pun nk cuba la. Kalau cili fertigasi pun boleh ke?

  78. assalamualaikum En Izham.. boleh tak En Izham kongsikan sikit tentang tanaman hidroponik? dan cara penanamannya.

  79. assalamualaikum..bro izham..boleh ke menambah jumlah sukatan belacan dan gula merah..dlm kuantiti yg byk…

  80. Waalaikumussalam. Boleh. Gandakan mengikut nisbah yang sesuai.

  81. Cili besar saya nampak sihat, daun hijau dan segar tapi buah gugur sebelum matang. Rasa2 kalau buat baja ni dapat menyelesaikan masalah ni tak?

  82. Info yg menarik dan kos yg murah. Terimakasih tuan Izham. Saya nak cuba.

  83. Berdasarkan keterangan ini, saya fikir cili tuan telah diserang lalat buah. Perlu guna cara elak lalat buah. Itu lebih berkesan.

  84. Bagaimana nk merawat pokok bendi yang rosak? Banyak koya dan daun menjadi layu sebelum waktu.

  85. Ok jugak guna belacan ni.. bole halau cik ke (kera).. 🐵🐵🐵 hehee

  86. Assalam Izham, boleh ke saya letak ampas kelapa atau teh terus ke akar pokok cili yg dtanam dlm poly bag atau saya perlu tambah kompos atau tanah utk menutup akar pokok cili tersbt? Stk

  87. Tk En.Izham Alias infonya sgt bermanfaat,nak tanya bekas itu blh simpan dlm almari sehingga sebulan utk mengelakkan bau busuk semasa sedang di peram?

  88. Terima kasih atas info baja dengan belacan, saya akan mencubanya.

  89. Boleh guna utk pokok padi x

  90. Boleh. Tiada masalah.

  91. guna racun malathion jerr

  92. Assalam.ingin bertanya lanjut.bekas encik kata tutup dengan kain kasa tu, di tutup terus sepenuhnya dengan penutup bekas? Atas hanya di tutup dengan kain kasa sahaja dan biarkan terdedah?

  93. Ambil pati sahaja ya… yg air rendaman dibuang ya tuan

  94. Tks Tuan…..infonya saya nak coba

  95. pokok mangga tuan umur daripada biji atau daripada cantuman mata tunas..kalau daripada biji 6 tahun baru berbuah..kalau daripada cantuman dalam 3 tahun dan mula berbunga

  96. Terima kasih tuan izham…. Info yg sgt beguna

  97. aslmkum…utk kongsi ngan kekawan yg tanam cili sekangkang kera di belakang umah..saya selalu praktikkan guna daun pandan yang di potong2 dan diletakkan dipangkal pokok cili ..allahamdulilah tak de kena serangan serangga perosak dan kulat…selamat mencuba..

  98. Tq..sy mmg nak cuba ….

  99. Kalau saya cmpur dgn racun serangga mase saya nk racun pokok blh x?

  100. Boleh tiada masalah.

  101. Mudah dan jimat…terima kasih en izham bg info

  102. tuan kalau sewaktu peraman ada ulat masuk boleh kah? di teruskan peraman atau dibiarkan saja.

  103. terima kasih cikgu

  104. kalau untuk tanaman sawi blh juga ke?

  105. tqvm en izham

  106. Tuan Izham boleh kah kita sembur pada usia pokok cili dah 4bulan @ tengah lebat berbuah?walaupun menggunakan racun kimia masih ada pokok yg kena serang penyakit. Adakah penyemburan campuran belacan & gula merah ini tidak memberi kesan pada buah & dapat merawat pokok yg berpenyakit (bawaan Hamama/kutu trip)?..terima kasih atas perkongsian dan penjelasan..semoga dimurahkan rezeki tuan..in sya Allah

  107. Assalamualaikum Izham Alias, jika pak mat taruh bahan pengawet ke campuran belacan dan gula merah ini, adakah menjadi satu kemudaratan?

  108. terima kasih en izham..pokok cili saya berbuah dengan lebat.start beli anak pkok masa kat MAHA 2016 haritu..salah satu darinya terbantut.sebab medium tanah kurang sesuai. selepas pindahkan pada tanah lain(dalam pasu) berbunga dengan cepat sekali setelah disembur dengan formula belacan+cili..

  109. Teruja nak try ni…trime kasih tuan. Sya akan cube utk cili n buah tin sya…

  110. wahhh… belacan pun boleh jadi baja..kena try ni. tq en Izham

  111. bender daun limau purut atau buahnya sekali bersama air…tapis dan semburkan pada pokok.

  112. Kalau x de gula tu bole guna gula melaka x …..

  113. Boleh guna gula kabung.

  114. info yang menarik..terima kasih.

  115. Terima kasih banyak2 atas info yg di kongsikan

  116. alhamdulillah di atas ilmu yg dikongsi smg En izham alias mendapat rahmat dan diperluaskan rezeki oleh Allah SWT… ameen2

  117. Info menarik bro. Saya baru start tanam cili. Boleh try tips ni.

  118. Ada ulat x…saya buat lepas 4 ari tgk2..ada ulat..saya buag dah..huhu..

  119. Salam.. Buli campur inzime ke ni?

  120. Boleh tu.

  121. pati tu yang mana satu. air dia tu ke?

  122. Ya cecair.

  123. Nice info niceee….moga dapat lagi byk info lps ni

  124. Saya tanam dua pokok cili dalam pasu. Daun jadi kerinting. Sedang berbuah lebat. Saya akan gunakan saranan tuan..Tapi boleh tak kalau tak perlu disimpan sebulan campuran tu. Saya nak rawat segera.

  125. Salam tuan..pokok padi boleh guna tak???

  126. Padi dh keluar boleh guna tak?

  127. Boleh. Ikut dos yang disarankan.

  128. Paling awal 2 minggu.

  129. Kalau tak tutup rapi, memang akan ada ulat.

    Tapi tiada masalah. Masih boleh diperam sehingga cukup masa.

  130. Assalammulaikum Tuan,
    Nak bertanya untuk nisbah pembuatan baja yang tuan terangkankan,berapa banyak / keluasan pokok/ladang cili yang boleh digunakan.Bukannya apa apa..saya tanam hanya untuk memenuhi masa lapang sahaja…nanti terlalu banyak baja yang dihasilkan kena simpan lama lama pula….nak save space penyimpanan.Terima kasih tuan.

  131. sir..apa elemen yang ada dalam belacan yang bertindak balas pada tanaman?..mohon pencerahan..dan kalau saya guna belacan kotak tu(sekotak)..berapa anggaran pokok?

  132. Kalau ikutkan pembacaan, ada bahan kimia dinamakan Chitosan.

  133. Maaf tuan. Saya tidak pernah mengira pula untuk kapasiti sebuah ladang.

  134. Boleh. Sangaat digalakkan.

  135. Boleh try ni kaedah ini. Tkasih admin

  136. Assalamualaikum Izam terima kasih atas
    Ilmu yg berikan.mak cik aksn Cuba buat Baja belacan pula

  137. salam,… nanti kita try buat baja ni,…

  138. Alhamdulillah,,trima kasih tuan diatas perkongsian tips ini…nak tanya,,belacan tu mmg xprlu digoreng trlebih dahulu ka??campak seketul mcm tu saja ka??dan satu lagi…saya bercadang nk tutup dgn kain n ikat dgn tali @ getah semasa proses peraman…bleh ka??trima kasih…Assalamualaikum..

  139. Tak perlu goreng. Potong bagi bentuk dadu lebih okay. Ya boleh guna kain begitu.

  140. Assalamualaikum dan selamat pagi tuan…nak tanya,,baja belacan ni kaya dgn unsur apa ya??yg bleh menyebabkan pokok kuat n subur…dan satu lagi saya brcadang nk guna utk padi jugak…brapa kadar bancuhan klau utk padi n waktu mana sesuai digunakan..saya buat 200g belacan+200g gula merah+air ujan 1liter..trima kasih..

  141. Umur pokok padi mksud saya

  142. Terima kasih tuan izham…. Info yg sgt beguna

  143. saya sedang menanam cili..sudah keluar bunga..tetepi daun saya jadi kerinting.apa perlu dibuat..baja y en ajarkan memerlukan masa sebulan utk digunakan..untuk masa terdekat apa cadangan en?saya risau dia terbantut plak nnt …terima kasih

  144. Boleh guna baja biasa dulu.

  145. Hi Cikgu izham,kami ada ikut tu krusus tanaman hidroponik.ini maw tanya bila kami dpt itu sijil.?
    dan itu baja a dan b tu bole siram kh klu bkn hidroponik.
    mimie dr kota belud

  146. tq infonya..nak tanya,masa bila baru ngam sembur pokok cili..masa muda atau dah berbuah

  147. 1.Bila boleh di guna baja ni pada pokok chili.dalam ketinggian/usia berapa.

    2. Tuan apakah ramuan racun buatan sendiri utk serangga bagi pokok bunga tanjung dan pokok ajaib. Setiap kali tumbuh pucuk akan dimakan ulat menjadikan terbantut tumbesaran nya.

  148. tq En izham.. info yg menarik..

  149. Terima kasih atas info yang diberi sangat membantu bagi saya 👍👍😊😊

  150. Terima kasih Encik Izham atas info yg sangat berguna.

  151. Sembur dari umur anak pokok sebulan dan ke atas.

  152. Hi. Sijil boleh dapat sudah di kaunter kolej komuniti Tambunan.

    Ya boleh. Baja AB itu boleh siram pada tanaman lain selain hidroponik.

  153. Terima kaaih. En Izham diatas info yang sampaikan

  154. assalamu’alaikum… saya telah mengusaha cili besar… sehingga ni.. cili kena penyakit virus dari lalat buah.. semua jadi melecur… apa langkah yanh sepatut saya buat.. walaupun dah sembir racun…

  155. Utk penjagaan daun pokok limau kasturi boleh guna kaedah ini ini atau tidak?..ulat suka makan daun pucuk muda..

  156. Saya ada proses tanah baja organik….campuran tahi lembu dan.tahi minyak sawit…hasilnya amat memuaskan…try pada pokok cili sangat berkesan untuk tanaman pasu…1 bag +- 10 kilo rm 10…permintaan sangat menggalakkan. Nak try boleh !

  157. salam …terima kasih atas info tu…
    ye …campuran mmg baik…tapi kalu terlebih dos pkk senang diserang ulat ratus…..
    lebih cost utk racun…

  158. Hi salam…bekas penutup tu mesti guna kain kasa ke? Boleh tak kita peram guna dlm botol mineral?

  159. Camporan baja dah rendam tunggu 1 bulan.Pokok cili api dah mula membesar.Saya cuba semoga cili tiada yg.ganggu

  160. salam….
    jika gula merah ditukar kepada gula perang atau gula pasir boleh tak

  161. Assalamualaikum Tuan.

    Pati ‘booster’ belacan ni berapa lama boleh disimpan? Kaedah penyimpanan pula mcm mana?

  162. Simpan tempat gelap dan dingin. Boleh tahan sampai 6 bulan.

  163. Jazakallah tuan izham.
    Saya akan komen apabila mencubanya nanti.
    Insyaaallah

  164. Wah seronok baca…terutama mengenai baja campuran belacan ni.
    Saya akan cuba juga lah.
    Tapi saya ada masalah.. buah cili yang saya tanam..macam mana nak atasi masalah buah cili buruk/melecur.
    Terima kasih.

  165. Ini biasanya akibat serangan lalat buah. Sama ada balut buah cili sebelum masak atau buat perangkap lalat buah.

  166. Boleh.

  167. Boleh.

  168. Kalau taknak guna kain kasa, boleh tutup dengan penutup botol. Cuma longgarkan sedikit agar dapat udara masuk dan keluar.

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!