Saya mula mengenali cuka kayu sekitar tahun 2018. Pertanian organik di Asia Tenggara banyak menggunakan satu bahan yang seakan cuka tetapi bukanlah cuka. Bahan ini bertindak seakan vitamin kepada pokok yang dinamakan sebagai cuka kayu.
Apakah itu cuka kayu? Cuka kayu (wood vinegar) adalah cecair sampingan hasil pembakaran arang tanpa udara. Teknologi cuka kayu berasal dari Jepun. Cuka kayu disebut sebagai mokusaku dalam bahasa Jepun. Di Malaysia cuka kayu adalah produk sampingan terhasil daripada pembakaran arang bakau. Kilang-kilang pembakar bakau ini banyak terdapat di persisiran pantai Malaysia terutamanya di Taiping, Perak. Walaupun ada terselit perkataan cuka, ini tidak bermakna cuka kayu ini mempunyai sifat seperti cuka makan yang biasa kita guna di dapur.
Cuka kayu yang akan saya terangkan dalam artikel kali ini khas untuk kegunaan pertanian sahaja.
Persoalan utama yang akan muncul mestilah apa manfaat cuka kayu pada tanaman di kebun saya?
Antara khasiat cuka kayu adalah:
Mengikut kajian yang dilakukan di Jepun, cuka kayu asli mengandungi lebih daripada 200 bahan kimia seperti asid asetik, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol dan tar yang berguna kepada tumbuhan. Bahan-bahan ini jika betul penggunaanya mampu memberi kesan yang bagus kepada tanaman dan juga tanah.
Secara umum, cuka kayu dapat meningkatkan kualiti tanah, mengawal perosak dan menggalakkan pertumbuhan pokok. Walaupun begitu, jika terlebih dos cuka kayu boleh mendatangkan kesan toksik.
Satu kajian di Thailand, menunjukkan semburan cuka kayu pada dusun buah meningkatkan hasil dusun tersebut berbanding pokok yang tidak disembur dengan cuka kayu.
Saintis di Thailand mendapati apabila cuka kayu disembur di atas tanah sekeliling tanaman, terdapat peningkatan bilangan mikrob baik dan merangsang pertumbuhan akar. Tambahan pula produk sampingan arang kayu ini mampu meningkatkan pertahanan pokok terhadap penyakit.
Cuka kayu selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia. Selepas sembur cuka kayu, kita tetap boleh menuai tanaman dengan syarat dibasuh dahulu sebelum makan.
Cuka kayu ibarat hormon baik yang akan diserap dalam daun, batang dan akar pokok. Ini seterusnya menjadikan tumbuhan lebih kuat, daun menghijau dan rintang (tahan serangan) pada perosak dan penyakit.
Apa yang menarik lagi, tempoh penyimpanan cuka kayu boleh mencecah sehingga 5 tahun lamanya. Lagi lama cuka kayu ini disimpan, lagi meningkat kualitinya.
Bagi memahami komponen dalam cuka kayu dan bagaimana ia bertindak adalah lebih elok jika kita faham bagaimana cara membuat cuka kayu.
Kayu mengandungi serat, selulosa, hemiselulosa dan lignin. Apabila bahan-bahan di dalam kayu ini dibakar tanpa udara, yang mana proses ini dikenali sebagai pirolisis, akan membentuk beberapa sebatian baharu. Jenis sebatian yang terhasil ini bergantung pada ketinggian suhu api ketika pirolisis.
Semasa proses pembakaran ini, selulosa dipirolisis dahulu dan diikuti lignin.
Proses pengkarbonan ini dapat dilihat secara fizikal melalui asap yang keluar dari kebuk pembakaran. Bermula dengan asap putih, asap akrid, asap tajam dan asap keungguan. Setiap warna asap ini menjadi tanda setiap tahap proses pembakaran arang.
Asap yang keluar dari corong kebuk pembakaran arang ini akan menyejuk dan seterusnya menjadi cecair kehitaman. Cecair inilah dinamakan sebagai cuka kayu. Di Indonesia, cuka kayu dipanggil sebagai asap cair.
Terdapat pelbagai kegunaan dan kebaikan cuka kayu. Ini bermula dengan melihat cuka kayu mengandungi pelbagai bahan aktif di dalamnya. Ini membezakan ia daripada bahan kimia pertanian yang ada 2 atau 3 sahaja bahan aktif. Jika kita nak bandingkan dengan ubat, cuka kayu boleh dikatakan sebagai ubat herba. Kekuatannya bukan datang daripada satu bahan sahaja tetapi gabungan antara 200 lebih bahan yang ada didalamnya.
Kombinasi inilah membuatkkan cuka kayu menjadi bahan yang mampu mengawal penyakit dan perosak, meningkatkan bakteria baik, dan membantu perkembangan akar.
Cuka kayu memang sesuai pada tumbuhan. Berikut adalah manfaat kepada tumbuhan:
Ada sesiapa yang suka membuat baja kompos sendiri? Cuka kayu bagus dalam memperbanyakkan bakteria baik dalam kompos. Hal ini menjadikan ia sebagai bahan aktivator kompos yang bagus.
Kajian menunjukkan semburan cuka kayu pada kompos mempercepatkan penghasilan kompos sehingga 2 kali ganda. Jika kompos itu mengambil masa 2 bulan untuk terhasil, dengan adanya cuka kayu, hanya perlu satu bulan untuk terbentuk kompos siap. Menarikkan!
Di Filipina, petani sana mendapati cuka kayu mampu mengurangkan kebergantungan pada racun kimia. Mereka mencampurkan cuka kayu separuh daripada jumlah racun yang disyorkan.
Contohnya jika satu tong pam 20 L perlu dimasukkan racun kimia sebanyak 100mL, maka hanya guna 50mL campur dengan 50mL cuka kayu. Petani dapat menjimatkan sehingga 50% jumlah racun yang digunakan.
Selain itu ini dapat mengurangkan risiko berbahaya petani terdedah kepada racun kimia yang berbahaya.
Walaupun hasil produk sampingan arang ini banyak manfaat, tetapi tetap ada keburukan dan bahaya cuka kayu jika digunakan secara berlebihan. Saya boleh beri analogi cuka kayu sama seperti vitamin kepada manusia. Kalau kerap makan vitamin pun tiada manfaatnya pada diri. Jika terlebih dos pula akan memudaratkan diri.
Begitu jugalah dengan cuka kayu. Jangan sebab teruja dengan manfaatnya, kita sembur setiap hari dengan harapan akan memberi kebaikan yang berlebihan kepada pokok. Walhal ini akan mendatangkan kerosakan kepada tanaman kita pula.
Hal ini dinyatakan sendiri oleh petani Jepun berdasarkan pemerhatian mereka pada kebun berdekatan kilang penghasilan arang kayu. Tanaman yang ditanam berdekatan 100 meter dari kilang tidaklah sesubur tanaman dengan jarak lebih 100-1000 meter dari kilang.
Ini jelas menunjukkan kesederhanaan itu lebih penting dalam kita menggunakan cuka kayu pada tanaman.
Bagi sayur, pokok buah dan pokok bunga, boleh guna nisbah 2:1000. Contohnya 2mL cuka kayu campur dengan 1L air. Jika guna tong pam 20 L, campur dengan 40 mL cuka kayu. Sembur pada daun, batang dan pangkal serta tanah di sekiling pokok.
Semburan hendaklah dibuat seminggu sekali agar dapat memberi kesan yang optimum. Jika tanaman telah teruk diserang penyakit atau perosak, bolehlah kita membuat penyemburan lebih kerap seperti 2-3 kali semburan dalam seminggu.
Apabila tanaman mula pulih, kurangkan kepada 1 kali seminggu. Macam saya, akan set setiap hari Sabtu atau Ahad untuk sembur pokok-pokok saya dengan cuka kayu.
Antara kelebihan cuka kayu adalah sifatnya yang sinergistik dengan baja foliar (baja daun) dan juga apa-apa racun kimia. Sama ada racun serangga mahupun racun rumpai. Sinergestik bermaksud cuka kayu mampu meningkatkan keberkesanan baja foliar dan racun kimia apabila dicampur bersama. Ibarat 1 + 1 = 3 (yang tiga bukan dua).
Caranya adalah mudah sahaja. Jika baja foliar menyarankan 10 mL dicampur dengan air 1L, maka jadikan separuh dan campur bersama cuka kayu.
Begini,
Panduan Asal: 10 mL baja foliar + 1 L air
Panduan bersama cuka kayu: 5 mL baja foliar + 5 mL cuka kayu + 1 L air
Lihat bagaimana cuka kayu mampu menjimatkan separuh penggunaan baja foliar. Perkara ini juga sama untuk penggunaan racun kimia.
Begini,
Panduan asal: 10 mL racun kimia + 1 L air
Panduan bersama cuka kayu: 5 mL racun kimia + 5 mL cuka kayu + 1L air
Terdapat pelbagai gred cuka kayu. Ada di antara penjual mencairkan cuka kayu dengan mencampur cuka kayu asli dengan air. Hal ini membolehkan mereka menjual cuka kayu pada harga yang murah dan rendah.
Bagi saya hal ini adalah tidak patut. Sebab apabila pengguna beli dan mencuba cuka kayu, mereka dapati cuka kayu tidak seperti yang dikata. Walhal salah mereka membeli cuka kayu tidak berkualiti.
Justeru, saya sarankan anda membeli cuka kayu berkualiti (beli sini). Anda boleh beli pada kadar 1L untuk sesiapa yang baru nak mula atau skala rumah. Manakala jika anda yakin dengan kebaikan cuka kayu, boleh terus beli cuka kayu tong 25L (beli sini).
Nota: Dengan anda membuat pembelian melalui pautan diberikan, saya akan mendapat sedikit komisien daripada Shopee. Hal ini akan membantu saya untuk terus menyediakan lebih banyak konten berkualiti di website saya ini.
Izham Alias says:
Boleh. Sembur dalam 1:100 cair cuka kayu. Maksudnya 100ml cuka kayu + 1L air. Siram pada tempat anai-anai seminggu sekali sehingga anai-anai semua hilang.
MUHAMMAD NUR says:
Salam.. Nak tanya cuka kayu ni blh menghalau atau mematikan anai2.. tak sebab pokok Saya byk Mati diserang anai2
Izham Alias says:
Boleh. 10mL cuka kayu + 1L air. Nisbah 1:100. Sembur pada batang pokok dan akar.
Shafarin says:
Salam… Bagi Tanaman kelapa sawit dewasa 7 tahun ke atas… Boleh kita guna cuka kayu dan apakah peranan ya…. Bagaimana nak guna.. Sekian
Azizul says:
Boleh x campur cuka + foliar + kawalan serangga (neem oil) + chitosan. Atau adakah chitosan ni sama fungsi dgn cuka kayu?
Anuar yaacob says:
Salam tuan cuka kayu boleh guna untuk kelapa sawit
Izham Alias says:
Boleh tuan.
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
Izham Alias says:
Boleh tuan. Sembur pada batang dan keliling pokok. Sebulan sekali.
Izham Alias says:
Waalaikumussalam. Boleh tuan. Kesannya lebih bagus.
Shah says:
Salam tuan. Adakah cuka kayu sesuai digunakan untuk tanaman padi
E ismail says:
Alhamdulillah..sy dh guna cuka kayu memang berkesan..dlm ms seminggu dh nmpk tunas2 baru tumbuh..terima kasih atas info
Jospin @ Dzulkifli Empin says:
Assalamualaikum tuan. Boleh kah cuka kayu disembur pada orkid?
Kires says:
Salam Tuan Izham,boleh ke kita gunakan cuka kayu ni pada pokok getah?jika sekiranya boleh,bagaimana nak aplikasikannya?
Eda says:
Salam
Saya ada beli baja cecair yg perlu disembur hanya pada pangkal pokok, jika saya campurkan dgn cuka kayu bleh ke saya sembur pada keseluruhannya
Fauzi says:
Bolehkah cuka kayu dicampur baja folia tuan.
Izham Alias says:
Perlu kurangkan daun sedia ada. Lepas tu sembur baja tinggi K.
Norsham says:
Salam tuan. Saya ada soalan ingin diajukan. Saya ada gunakan Baja Foliar pada POKOK terung Saya. Tapi POKOK Saya mabuk daun sekarang ni. APA perlu Saya buat…
Izham Alias says:
10 mL + 1 L air. Sembur.
Abdullah Emam says:
Qkalau untuk menghilangkan bau busuk kandang berapa pula sukatannya
Izham Alias says:
Boleh guna sudu teh. Sudu yang paling kecil.
hamdan says:
Asalammulaikum,
Saya dah beli tapi gagal kerana mungkin campurannya tak betul kerana 2ml utk 1l tersangat susah nak disukat. boleh cadangkan satu cara lain.
Mahfodz Abd Hamid says:
Asalammulaikum,
Saya dah beli dari tuan, dah Cuba ,sangat berkesan.
Terima kasih atas semua nasihat.
Izham Alias says:
Boleh terus klik pada link ini untuk pembelian
http://www.kebunbandar.com/ck
Shuhaimi says:
Salam, dimana nak beli cuka kayu?
Izham Alias says:
Boleh campur. Pertama bancuh baja AB ikut sukatan yang sesuai. Kemudian tambah cuka kayu ikut isipadu air bancuhan.
Jika 1L, tambah 2-3 mL cuka kayu.
Martin rimong says:
Hai selamat pg.mau tanya.klau cuka kayu ni tambah dgn baja ab boleh ka?n macam mana sukatan yang sesuai?
Abu Bakar (Asche Brennen) says:
Seperti yang pernah saya kongsikan dlm group whatsapp mengenai cuka kayu, gabungan penggunaannya dengan baja cecair organic baja buah yang ada dlm blog kbjts, hasilnya sangat mengagumkan. En. Izham cubalah dan lihat bagaimana hasilnya.