[fusion_builder_container hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” menu_anchor=”” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” class=”” id=”” background_color=”” background_image=”” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_mp4=”” video_webm=”” video_ogv=”” video_url=”” video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” overlay_color=”” video_preview_image=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” padding_top=”” padding_bottom=”” padding_left=”” padding_right=””][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ layout=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding_top=”” padding_right=”” padding_bottom=”” padding_left=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”no” min_height=”” hover_type=”none” link=””][fusion_text]
Gunting pangkas atau sekateur (pruning shears / secateurs) ialah sepasang gunting khas memangkas dahan-dahan tanaman pokok (perkataan potong tidak digunakan untuk aktiviti pangkasan pokok). Gunting pangkas ini berbeza dengan gunting kain mahupun gunting untuk siang ikan di dapur.
Kalau ditanya saya, apakah alatan wajib untuk pekebun rumah, gunting pangkas adalah salah satu daripadanya. Jika tiada gunting pangkas, alamatnya kerja kita di kebun kurang berkesan.
Fungi Sekateur
Sebelum kita kenal lebih jauh apa itu gunting pangkas, kita kenal dahulu kepentingan aktiviti pangkasan.
Pangkasan penting bagi:
- Membentuk rupa pokok
- Membuang mana-mana dahan atau yang rosak dan tidak diperlukan
- Menuai sayur dan buah
Ia mampu mencantas ranting dengan ketebalan diameter sehingga 2 cm diameter. Ketebalan atas daripada itu perlu guna lopper.
Jenis Gunting Pangkas
Gunting pangkas ini ada dua jenis. Setiap jenis ada fungsinya yang tersendiri. Mari kita kenal setiap satu.
Gunting Pangkas Anvil
Jenis anvil ini mengandungi satu bilah pisau tajam di atas dan satu lagi rata di bawah. Kalau kita lihat dengan lebih dekat, ia seperti pisau dengan kayu pemotong (anvil). Jenis ini digunakan untuk memotong dahan-dahan tumbuhan yang telah mati dan tidak sesuai untuk dahan yang masih hidup. Jenis ini tidak banyak dijual di Malaysia.
Gunting Pangkas Pintas
Jenis ini menghasilkan pangkasan bersih dengan kedua-dua bilah memintas antara satu sama lain (sebab itu dapat nama pintas). Apabila pangkasan dibuat, bilah tajam akan memintas bilah rata. Jenis ini paling banyak dijual di Malaysia.
Walaupun begitu, ada juga gunting pangkas yang jenis ketiga. Fungsinya masih sama iaitu untuk memangkas, cuma kegunaannya terhad.

Gunting
Yang ini seperti gunting. Potongannya sama seperti gunting. Sesuai digunakan dalam membentuk pokok bonsai. Walaupun begitu, gunting pangkas ini bukanlah jenis yang kuat. Hanya dahan dan tangkai lembut sesuai digunakan. Jika digunakan untuk yang keras, boleh menyebabkan ia rosak.
Antara tiga-tiga jenis ini, mana yang sesuai untuk anda, si pekebun rumah? Saya cadangkan anda guna gunting pangkas pintas.
Kriteria Penting Sebelum Membeli Gunting Pangkas
Terdapat beberapa kriteria yang perlu kita pertimbangkan sebelum membeli gunting pangkas yang terbaik. Di sini saya senaraikan panduan ringkas.
- Rekabentuk selesa – Rekabentuk yang selesa penting agar tangan kita tidak mudah lenguh sepanjang menggunakan gunting pangkas.
- Besi berkualiti tinggi – Gunting pangkas biasanya daripada besi. Ada jenis yang disalut dengan bahan tidak melekat. Ini membantu untuk getah pokok tidak melekat pada bilah. Jika boleh dapatkan yang jenis keluli karbon.
- Mekanisma kunci – Kebanyakan gunting pangkas ada mekanisma untuk mengunci tutup gunting pangkas. Bukan sahaja untuk keselamatan (anda mungkin terkena bilah tajamnya jika tidak berhati-hati) malahan melindungi bilah gunting pangkas. Dapatkan sekateur jenis tolak lekap.
- Mudah dibuka – Ini penting agar kita dapat menyelenggara seperti menajamkan bilah yang mula tumpul dan membuang karat.
- Saiz dan berat – Dapatkan yang saiz sesuai dengan tangan kita. Jika kita sentiasa ingin memangkas, sekateur berat akan cepat meletihkan tangan.

Harga
Harga gunting pangkas bermula dari RM5 sehinggalah RM100. Boleh didapati di kedai hardware, nurseri pokok, kedai pertanian ataupun mana-mana bahagian berkebun di pasaraya besar seperti AEON, Giant dan Tesco.
Untuk kegunaan pekebun rumah, saya sarankan beli yang berharga RM15 ke atas. Ini berdasarkan pengalaman saya, alah membeli menang memakai. Sekateur RM5 gunanya sekejap sahaja. Cepat rosak. Jika sekateur RM15 ke atas, tahan lama selagi kita menjaganya dengan baik.
Begitulah penerangan saya berkaitan sekateur atau gunting pangkas ini. Setelah membaca artikel ini, saya harap anda dapat mula faham kepentingan dan cara terbaik untuk memilih sekateur yang terbaik untuk anda gunakan semasa berkebun.
Nanti artikel seterusnya berkenaan cara memangkas yang betul. Untuk tidak terlepas, langgan emel KebunBandar secara percuma.
Apa kata anda berkaitan artikel ini? Jom komen untuk sama-sama kita bincangkan (lagi jelas lagi bagus).
Rujukan
[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]
