Saya Izham Alias, pengasas dan penulis utama di website Kebun Bandar.
Saya mula menulis blog bermula pada tahun 2009 lagi bersama rakan saya ketika masih belajar di universiti.
Saya mendapati sangat kurang penulisan tentang hortikultur dan perkebunan dalam bahasa ibunda saya iaitu bahasa Melayu. Jika ada pun lebih kepada blog-blog personal.
Pada tahun 2011, saya mula menubuhkan website KebunBandar.com setelah mendapat inspirasi daripada blog-blog berkebun luar negara.
Pada tahun 2012, saya bergraduat daripada Bachelor Sains Hortikultur, Universiti Putra Malaysia.
Blog ini fokus pada ilmu perkebunan di rumah khususnya. Di samping ada perkongsian tentang perkebunan secara komersial juga.
Saya ingin berkongsi tentang bagaimana berkebun ini mudah jika ada ilmunya. Selain itu saya berkongsi tentang ilmu-ilmu perkebunan yang boleh menjadi pilihan.
Berkebun ini tidak ada cara betul atau salah. Yang ada adalah cara yang sesuai untuk persekitaran dan keperluan pekebun itu sendiri.
Pertanian Alami
Pertanian alami atau natural farming adalah salah satu kaedah yang saya amalkan dalam berkebun. Kaedah ini mampu menjimatkan kos seorang pekebun.
Saya terkesan dengan pembacaan buku JADAM Organic Farming. Penulis menekankan bahawa petani perlu mandiri dan berdaulat. Ini bermakna petani perlu belajar sendiri untuk membuat input-input pertanian agar tidak bergantung kepada syarikat-syarikat kapitalis.
Dengan ini petani tidak akan terkesan jika berlaku penaikan harga input seperti baja dan racun.
Petani adalah pemilik dan pemikir untuk kebun mereka. Bukan meletakkan pada orang lain.
Saya juga mengasaskan FB grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Group ini berfungsi sebagai wadah perkongsian antara rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Melayu berkongsi tentang perkebunan.