Tanah campur adalah salah satu medium tanaman bagi penanaman bekas atau pasu. Medium campuran yang bagus adalah yang mampu memegang air dengan bagus, tidak mudah bergenang (takung air), dan mampu membekalkan nutrien yang sesuai untuk tanaman. Berdasarkan pengalaman saya dalam membuat tanah campur dan membeli dari nurseri, tidak semua tanah campur itu bagus. Oleh sebab itu kadang kita perlu membuat bancuhan tanah campur sendiri.
Saya akan terangkan satu formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam membancuh campuran tanah. Saya ringkaskan dengan akronim TOL yang bermaksud:
Mari kita kenal dahulu setiap satu apakah itu TOL dan kandungan di dalamnya. Dan baca sampai habis. Di hujung ada tips ekstra saya berikan.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Warna tanah atas adalah coklat gelap dan sedikit kehitaman akibat pereputan daun dan bahan organik. Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti. Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan.
Tetapi di nurseri pokok betul ke ada tanah atas? Biasanya stok tanah atas nurseri adalah yang diambil dari bukit. Warna coklat kekuningan.
Tanah atas ini hanyalah satu konsep yang saya boleh katakan perlu tanah. Tak kisahlah tanah apa-apa asalkan tanah itu elok rupanya. Jadi jika kita sukar untuk mendapatkan tanah atas, kita boleh dapatkan tanah bukit, tanah merah, tanah bakar, tanah hitam dan apa-apa tanah yang elok kejadiannya.
Cuma jangan ambil tanah tempat pembakaran sampah. Tanah itu tidak elok kerana telah tercemar dengan sampah. Melainkan tanah itu hanyalah dibakar sisa kayu dan daun. Jika ada sampah seperti plastik saya sarankan jangan diambil langsung.
Organik pula mewakili bahan organik. Bahan organik berfungsi membekalkan nutrien dan memegang air dalam campuran. Selain itu, bahan organik ini menjadi satu bekalan makanan kepada mikrobakteria yang baik dalam tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda) yang telah reput, baja kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik ini kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Lengai adalah bahan yang tidak mudah bertindakbalas dengan tanah dan bahan organik. Pada asalnya kebanyakan pekebun menggunakan pasir sebagai bahan lengai dalam campuran.
Namun apabila semakin banyak bahan ditemui, pasir kurang mendapat tempat dalam campuran tanah.
Pasir berfungsi memberi rongga pada campuran tanah ini. Hal ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Dan membantu penyerapan oksigen dengan baik oleh akar. Selain itu tanah tidak akan mudah padat. Tanah yang padat menyebabkan air mudah bertakung di dalam pasu.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu? Pasir halus.
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Kenapa saya menukar kepada lengai dan tidak pasir sahaja? Sebab saya sudah menjumpai alternatif yang lebih baik daripada pasir.
Jika di negara barat, kita akan nampak kebanyakan panduan dalam buku mereka akan mencadangkan vermikulit, perlit dan zeolit. Ketiga-tiga bahan ini boleh kita beli secara online. Namun harga tidaklah murah.
Oleh itu saya kini menggunakan sekam bakar sebagai ganti kepada pasir. Sekam bakar ini menyerap air dengan bagus, struktur yang bagus, bersifat anion (menyerap dan menyimpan baja), dan menjadi perumah kepada mikrob baik. Sekam bakar dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap sekam padi atau kulit padi. Nama lain sekam bakar adalah arang sekam. Boleh dapatkan sekam bakar di sini.
Jika kita pergi ke nurseri pokok atau bahagian berkebun di mana-mana pasaraya besar pasti kita akan jumpa pelbagai jenis tanah yang dijual. Di sini saya terangkan satu per satu setelah kita faham formula asas campuran tanah.
Ada beberapa pek tanah yang dijual telah siap sedia dicampur dengan tiga bahan iaitu tanah, sekam bakar dan sabut kelapa hancur. Ada penjual yang membungkus dan menjenamakan tanah 3 dalam 1, 6 dalam 1 atau pun mana-mana yang hampir sama.
Bagi saya, tanah ini adalah jenis yang bagus untuk penanaman pasu. Kita boleh guna terus untuk bercucuk tanam. Tidak perlu lagi membuat campuran tanah.
Tanah bakar adalah seperti namanya iaitu tanah yang dibakar. Tanah bakar ini adalah sisa tanah buangan penghasilan pasu tanah liat. Kelebihan tanah ini adalah sebab ia pernah dibakar maka kurang pencemaran kulat berbahaya. Kelemahannya adalah jika kita guna ini sahaja untuk tanam pokok kita, maka ada potensi tanah tersebut menjadi padat setelah kita siram beberapa kali.
Tanah hitam pula adalah tanah bukit yang dicampurkan dengan sekam bakar. Sebab itulah apabila kita gunakan tanah ini untuk tanam dalam pasu akan kita nampak tanah ini menjadi kekuningan apabila disiram air. Sekam bakar itu dihanyutkan oleh siraman air dan menampakkan dirinya yang sebenar.
Tanah sawit mula mendapat tempat dalam jualan nurseri. Saya lihat semakin ramai orang yang menjual tanah sawit. Persoalannya apakah itu tanah sawit? Tanah sawit ini adalah tanah yang kena sisa buangan dari kilang pemprosesan sawit.
Tanah ini mengandungi bahan organik yang tinggi, Walaupun begitu, kualiti tanah sawit ini berbeza mengikut penjual.
Setelah kita faham asas TOL dan jenis-jenis tanah yang dijual, barulah saya masuk ke dalam nisbah campuran untuk setiap bahan TOL.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita sediakan semua bahan mengikut isipadu setiap satu, boleh mula mencampur semua bahan. Caranya mudah sahaja.
Pada lapisan bawah, letakkan tanah atas diikuti lapisan kedua adalah bahan organik dan paling atas adalah lengai seperti sekam bakar.
Jika kadar jumlah sedikit, gaulkan dengan menyodok dari bawah dan letak ke atas. Ulang sehingga sebati. Sebati di sini bermaksud kita tidak nampak asing setiap bahan. Tiada lagi nampak tanah, sekam bakar dan bahan organik.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Izham Alias says:
Ikut saranan saya lebih bagus.
Redzuan says:
Jbtn pertanian sarankan 3 2 1 1. 3 tanah 2 pasir 1 sekam 1 cocopeat.. boleh ke mcm ni tuan?
khairi says:
Bagaimana untuk saya tahu kuantiti(jisim) tinja kambing dan green waste(daun) yang diperlu untuk mencapai nisbah C:N dalam 20:1 ? Terima kasih
Fazh says:
Salam
Jika saya beli tanahbcampuran 6 dalam1 di nursery,perlukah saya campur dgn kompos dan pasir nisbah 3.2 1.trima ksih
Izham Alias says:
Tuan boleh terus campurkan tanah biasa dan kompos dengan nisbah 2:1. 2 bahagian tanah biasa campur dengan 1 bahagian kompos.
Christina says:
Selamat pagi tuan.Sy nak tanya,apa campuran tanah yg sesuai dengan tanah kompos yang sy beli ni.Dalam tanah kompos ni ada cocopeat,charcoal,river sand dan nutrien rich humus compound.Dekat nursery ni cuma ada jual tanah merah bakar,tanah hitam dan tanah biasa shj.Sy nak buat campuran tanah utk tanam sayur sawi,bayam,cili dan terung.Mohon tunjuk ajar dari tuan
fara says:
allhamdulilla dapat lagi ilmu yg di kongsi kan… terima kasih kerana sudi kongsi kan mengenai pekebunan dalam pasu…
Izham Alias says:
Boleh guna 100% tanah sawit.
Khairul Asmudi says:
Hye, kalau saya tanam cili daripada benih sampai besar hanya menggunakan tanah hitam kelapa sawit tanpa campuran nisbah apa2.. Boleh tak?
Zubedah says:
Terima masih. Kalau untuk pindah tanah campur utk sawi jepun, sesuai formula 3-2-1 atau 2-1-1?
Izham Alias says:
Boleh.
Mohamad says:
Bolehkah arang tempurung sawit sebagai ganti pasir untuk tanaman poly bag
Izham Alias says:
Untuk semai boleh guna peatmoss. Tapi bila dah ada 3-5 helai daun, perlu pindah pada tanah campur.
Zubedah says:
Salam encik, untuk semaian pokok2 kali pertama penggunaan peat moss cukup ke? Atau masih perlu tambah campuran 1:1:1 seperti di atas?
Izham Alias says:
Serbuk gergaji bukanlah pengganti kompos yang bagus.
Hendricks says:
Kalau kompos menggunakan serbuk gergaji boleh kah??
Ramli Ahmad says:
Saya gunakan kaedah 3:2:1.
Cuma saya pecahkan kpd 3:1:1:1, iaitu tanah atas, taik ayam kering, kompos & pasir.
Tanaman sayur kucai saya subur & membiak, jual daun & benih.
Izham Alias says:
Boleh guna pasir yang buat rumah tu. Di kedai hardware biasanya ada jual.
Izham Alias says:
Pasir ini perlu beli di kedai hardware. Beli pasir buat rumah. Guna yang halus.
Izham Alias says:
Sesuai.
Izham Alias says:
Nitrogen dan karbon ini menjadi makanan kepada bakteria. Kalau terlebih salah satu akan menyebabkan bakteria lambat makan bahan organik.
Izham Alias says:
Boleh mati pokok.
Izham Alias says:
Membaca situasi tuan ini, saya cadangkan tuan bina batas timbun atau raised beds. Tuan boleh dapat idea dengan lihat di youtube. Cari perkataan raised beds.
Izham Alias says:
Nisbah. Boleh sukat guna baldi.
Izham Alias says:
Boleh.
sayednoordin says:
boleh tak guna untuk tanam semangka dalam polybag?
Hanafi says:
3-2-1 tu cam nn,,, 3 sudu. 2 sudu. 1 sudu. Gtu ke tuan
Zaki says:
Assalam. Rumah saya ada di sediakan kawasan untuk bercucuk tanam. Tapi bila saya cuba korek tanah, saya dapati tanah sedia ada agak keras dan bercampur dengan batu-batu sebesar size guli dan bola pinh pong. Sesuai kah tanah itu jika saya bercadang untuk menanam i.e. bendi, terung, cili? Saya ada beli tanah organik. Patut kah saya campurkan tanah sedia ada dengan tanah organik yang di beli?
Din says:
Kalau guna full najis lembu macam mane..tanpa campuran bahan lain..
Rose amelia says:
Terima kasih atas artikel yang sangat berguna in. Saya baru nak Mula berkebun untuk jualan.
Izham Alias says:
Yang ini saya akan buat artikel lain.
Zack says:
Bagaimana nak buat campuran tanah untuk tanaman air seperti pokok teratai atau water lily
Lukman says:
Salam
Terima kasih atas kesudian tuan berkongsi teknik-teknik berkebun dan formula kompos dalam bandar. Saya ada melakukan beberapa eksperimen kompos semulajadi dalam rumah dan berjaya.
Tetapi timbul kemusykilan akan formula kompos. Formula 2:1, Greens dan browns, merujuk kepada nitrogen, daripada greens, dan carbon, daripada browns. Boleh saya tahu secara spesifik apakah kesan kehadiran nitrogen dan carbon dalam formula kompos? Terima kasih.
Mohd Nasrul Saad says:
Assalamu’alaikum Tn. Izham,
Soalan saya adakah sesuai digunakan tanah 6 in 1 yang dibeli dari nursery untuk penanaman pokok salad?
Terima kasih.
fatimah says:
salam tuan,
sy telah pergi ke beberapa nursery pokok ,
yg ad dijual
1) tanah organic
2) tanah bukit
3) sabut kelapa .
tiada pula yg mnjual pasir sungai .
jd mcm mn campurannya tuan ?
terimakasih
Aminah says:
Di mana boleh beli pasir sungai. Apa warna pasir sungajYang orang buat gaul simen itu ke pasir sungai.
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
Azhar says:
Saya campur tanah campuran beli di nursery dgn cocopeat sahaja tuan..boleh ke? Bila dah keluar daun nanti baru letak taik ayam (pokok cili&pokok bunga)
Izham Alias says:
Kalau guna tanah yang ada di hutan, mungkin terlalu padat. Tidak sesuai untuk tanaman dalam pasu.
Kalau buat campuran ini, ia mampu memberi kesan yang lebih bagus.
iwani says:
boleh saya tahu kebaikkan tanah campuran ni berbnding tanah yang x dicampur
Izham Alias says:
Jaga elok dari awal lagi.
Izham Alias says:
Boleh sembur dengan minyak mambu.
Fauziah binti Ahmad says:
Tanaman cili, dn kucai slalu kena bena putih..bgaimana cra brkesan utk mghalau atau mengusirnya…
Mujan says:
Bagaimana nak atasi masalah daun cili kerinting?
Izham Alias says:
Tak berapa sesuai melainkan siram dengan baja AB sahaja.
mohd hisham ahmad says:
Kalau saya guna. Sekam bakar 100% sesuaikah?
Izham Alias says:
Boleh je cuba. Kalau bercambah, alhamdulillah. Kalau tak, boleh guna peat moss.
Izham Alias says:
Kualiti tak elok lah tu. Guna peat moss lagi mudah.
suriani says:
kenapa tanah organik hitam yg dijual di nursery sy semai benih semua x tumbuh, bila sy korek balik benih sy tgok benih sy jd busuk, kenapa ye?
NUR FARHANA ROSLAN says:
Saya ada beli tanah campur dr nurseri.
1) untuk semaian anak benih blh kah saya guna tanah itu?
2) Untuk pemindahan anak pokok semaian,Boleh kah saya guna tanah campuran nurseri itu juga?
3) untuk penanaman dlm pasu, adakah lebih baik guna tanah campuran atau sabut kelapa? Seandainya sabut jelapa levih bagus…apakah cara2 penyediaannya?
Terima kasih
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
Zeta Aziz says:
Salam Tuan izham
Kalau tanah campuran digabungkan dengan sedikit sabut kelapa untuk tanaman bunga, adakah ianya bagus atau tak perlu?
Izham Alias says:
Boleh guna sekali penanaman sahaja. Untuk kali kedua perlu bongkar dan tambah dengan kompos.
Zam says:
Slm tuan izham…pasu yg telah diguna pakai sekali utk menanam sebarang tanaman …berapa kali lg blh ditanam/diguna utk tanaman seterusya.
Izham Alias says:
Boleh.
Izham Alias says:
Bagus yang halus.
wan says:
salam tuan..pasir sungai ada yg kasar dan halus ..yg manakah sesuia utk campuran 321
fuziah says:
saya dah beli tanah sawit mix, top soil, sekam bakar dan cocopeat kasar. boleh ke saya guna utk semua jenis tanaman. dan sesuai yang didalam pasu dan di atas tanah juga.
Kunina says:
Tanah hitam iaitu tanah gambut yg dijual di nursery itu termasuk dlm kategori tanah atas atau kompos atau bahan organik?
Izham Alias says:
Fungsi kapur pertanian adalah untuk menaikkan pH tanah. Pengalaman saya, kalau guna tanah campur (ganti tanah atas) dibeli daripada nurseri pokok, tidak perlu campur dengan kapur pertanian.
khuzairin says:
perlu ke tambah kapur untuk hapuskan kuman dalam tanah?
Izham Alias says:
Kita anggap itu sebagai tanah atas. Masih perlu buat campuran jika mahu hasil yang bagus.
Yati says:
Saya tak jumpa tanah atas tu. Di nursery hanya jual tanah bajar, tanah hitam dan tanah berbaja. Kalau saya dah guna tanah berbaja masih perlu tambah organik tahi ayam kah?
Izham Alias says:
Formula 3:2:1
Izham Alias says:
Gaul semua sekali macam kita buat kek.
Nadia says:
Assalamualaikum
Sy nak tny , tanah atas tu kena letak atas sekali ker (gaul rata pasir + bhn organik, lps tu letak tanah atas kat lapisan atas) . ataupun terus gaul rata tanah atas + pasir + bahan organik?
Ian says:
Untuk tanaman cili d dlm polybeg sesuai guna formula mana?
Izham Alias says:
Tambah nisbah 1
Lily Karim says:
Nak tanya kalau kita dah buat campuran 3,2,1, tu berapa kah quintity sukatan kalau sekiranya kita nak tambah sekam padi,sabut kelapa halus, dan apakah yg di maksudkan sekam bakar…..sebab dekat rumah saya ada gilingan padi terima kasih
M izza says:
As’salam … Nak tanya bagaimana nak tanam pokok pudina, dah beberapa kali cuba tak menjadi … Bolehkah cacing diletakkan didlm pasu sebagai pengembur tanah semuajadi … TQ .
Hamdan says:
Kalau nak beli dlm jumlah yg banyak, ada tempat yg tuan sarankan. Tak larat nak bancuh sendiri.
Kahiryl says:
Tq tuan dengan entry yang berguna ini
Supiati ahmad says:
Salam pagi pada tuan izham
Terima kaseh banyak2 atas panduan cara2 menanam menuai dan semaian…termasuk campuran tanah….
Ia banyak manfaat nya untuk saya mencuba secara berperangkat2 ..saya ucapkan terima kaseh
naim zain says:
saya sering menggunakan sisa pembakaran lalang/rumput yang telah jadi abu diletakkan di tanaman sebagai baja
adakah ini membantu kesuburan pokok? saya melakukannya kepada pokok kelapa dan menjadi, untuk pokok lain belum nampak hasilnya
Izham Alias says:
Pasir pantai lebih halus dan kaya dengan garam. Tidak sesuai digunakan berbanding pasir sungai atau pasir lombong.
Izham Alias says:
Boleh sebagai bahan tambahan.
Noraini Bt Jalil says:
Alhamdulillah. Terimakasih atas ilmu yang sangat berguna ini.
Saya sudah ada dalam kumpulan FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Kassim says:
Terima kasih Tuan. Boleh saya tahu adakah campuran sekam padi juga sesuai untuk tanaman dan caranya bagaimana?
Islah says:
Boleh ke kalau kita menggunakan pasir pantai untuk mengantikan pasir sungai. Terima kasih..