Menanam sayur boleh dimana-mana asalkan ada kemahuan. Selain pasu plastik, kita boleh menanam di dalam botol plastik minuman.
Hal ini dapat menjimatkan kos kita dari segi membeli pasu.
Penanaman di dalam botol plastik diukur dengan jumlah isipadu di dalam dan bukan ukuran cm atau m. Isipadu diukur dengan mL dan L.
Kadang kita mesti terfikir isipadu apa paling sesuai untuk setiap tanaman? Saya sediakan satu senarai lengkap untuk menjadi rujukan anda.
Isipadu Botol | Jenis Tanaman |
500 mL | Sayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), |
1.5 L | Sayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), |
5 L | Sayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), |
10 L | Sayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), Sayuran buah seperti cili (1), tomato (1), terung (1), bendi (1), |
Untuk botol 500 mL – 5 L itu beza adalah dari segi kemampuan untuk air bertahan. Bermaksud beberapa kekerapan sehari perlu disiram. Asasnya, lagi kecil botol, lagi cepat media kering.
Pada awalnya saya ingin mencadangkan menggunakan gerudi. Tapi apabila fikir balik, saya yakin tidak semua orang ada gerudi di rumah. Jadi paling mudah adalah guna pemutar skru dan dapur gas. Kedua-dua ini pastinya ada di rumah. Jika tiada pun, masih boleh beli di kedai dengan harga yang berpatutan.
Kalau kita lihat di tempat pembuangan sampah, botol plastik adalah antara buangan yang sukar untuk mereput.
Jadi kalau kita berkebun, pastinya sukar untuk mereput juga. Botol plastik boleh bertahan lama.
Semua botol plastik yang boleh menyimpan media boleh kita gunakan. Terutama botol plastik bekas simpan makanan.
Walaupun begitu, bekas bukan makanan seperti botol pencuci kain atau pinggan tidak sesuai digunakan untuk menanam sayur makanan.
Saya sarankan hanya untuk tanaman hiasan sahaja. Hal ini kerana kita tidak mahu sayuran kita dicemari dengan bahan kimia berbahaya daripada bekas tersebut. Hatta kita telah cuci dengan bersih tidak bermakna bahan kimia itu tiada.
Lalu berhati-hati semasa membuat pemilihan botol.
Lumut muncul di keliling botol plastik. Hal ini boleh kita atasi dengan
Terdapat pelbagai cara botol boleh kita potong.
Kaedah ini paling ramai orang gunakan. Sesuai untuk semua jenis sayur
Selain kaedah menegak, kita juga boleh potong secara melintang. Botol begini lebih sesuai untuk tanaman sayuran. Hal ini kerana ketinggian tanah yang cetek. Sesuai untuk sayuran akar pendek.
Jika kita kreatif, kita boleh membuat botol yang jenis menyerap. Potong 2/3 botol dari atas. Kemudian terbalikkan. Di sini kita perlukan benda yang boleh menyerap seperti kain atau pun tali mop. Mana-mana yang mudah kita dapatkan.
Jadi kita hanya perlu tambah air tatkala air di botol mula kurang.
Hidroponik adalah sebuah sistem penanaman tanpa tanah. Kita boleh buat seperti autopot tadi. Cuma kita tidak gunakan tanah. Kita gunakan sabut kepala hancur (cocopeat) atau sekam bakar sebagai media tanaman.
Saya berharap anda mendapat manfaat dari penulisan artikel saya ini.
Suzanita Binti Ahmed Nawawi says:
Assalamualaikum…
Bagaimanakah caranya menanam bawang putih?