
Saya juga pernah merasai pengalaman mula berkebun. Apabila saya bersembang dengan peserta bengkel, ternyata mereka juga mengalami seperti apa yang pernah saya alami. Oleh itu saya senaraikan kesilapan itu dan sama-sama kita mengatasinya.
Berkebun memerlukan perancangan seperti kita merancang untuk memasak. Kita perlu tahu apakah akhirnya yang kita ingin dalam aktiviti ini. Jika kita sembereno sahaja berkebun, saya yakin kita sukar untuk menjadi pekebun bandar yang berjaya. Walaupun luas kawasan berkebun kita itu hanya sekangkang kera.
Ambil satu buku sekolah anak-anak kita yang tak habis itu. Gunakan untuk kita menulis tentang kebun kita. Tulis apa kita nak tanam. Tulis di mana kita nak tanam.
Ingat, gagal untuk merancang samalah dengan merancang untuk gagal.
Ini pun satu hal yang perlu diambil perhatian. Apabila melihat kebun orang lain begitu cantik dan subur, kita pun mulalah merancang untuk buat sebesar kebun mereka. Saya faham anda duduk di rumah corner lot. Kawasan lebihan di rumah anda sangat luas sehingga boleh membuat sebuah rumah lagi.
Tapi janganlah terlalu teruja sampai begitu. Yang akan berkebunnya anda juga. Bukan tukang kebun lain. Pesan guru saya, mulakan apa di tangan. Mulakan dengan sedikit. Lama-lama jadilah bukit.
Jika anda tinggal di rumah dan ingin tanam di atas tanah, baca artikel ‘Berkebun di Rumah Baharu‘. Ada saya terangkan cara mudah untuk membina batas dan campuran tanah sesuai untuk situasi anda.
Mulakan dengan lima pasu dahulu. Tanam sayur yang mudah tumbuh dan cepat tuai seperti kangkung, bayam dan sawi. Apabila anda sudah mendapat rentak berkebun anda, mulalah terima cabaran menanam pokok-pokok lain seperti pokok cili, tomato atau terung.
Ini satu penyakit juga. Penyakit suka membeli. Tiada salah membeli benih yang banyak. Tetapi apa akan jadi jika semua benih hanya terperuk di dalam almari atau kabinet? Ingat, benih juga ada tarikh luputnya.
Lagi lama anda simpan, lagi tidak berkualiti biji benih itu. Jangan tamak. Beli dua tiga pek benih sahaja dahulu. Lihat komitmen anda dalam hobi baharu ini. Apabila sudah berjaya dengan benih itu, barulah mula membeli. Takkan lari biji benih yang dikejar itu.
Apabila teruja menanam, kita ada kecenderungan untuk menyemai sepaket benih yang kita beli. Ya, sepaket! Banyaknya! Saya ambil contoh biji benih kangkung. Sepaket mengandungi sekitar 100-200 biji benih. Bayangkan apabila semua benih tersebut bercambah di dalam bekas kita tanam itu. Hah!? Bukankah satu kerja lain pula untuk kita pindah ke tempat lain.
Apabila menyemai, saya selalunya akan sarankan satu sehingga tiga benih diletakkan di dalam satu lubang tanaman. Kita tak mahu nanti lubang tanaman kita tanam kosong.
Tetapi malangnya, apabila benih sudah bercambah dan sudah masanya untuk dpindahkan, ramai pekebun amatur tidak berani untuk membuang benih yang tidak elok. “Sayanglah,” antara jawapan mereka.
Mereka akan biarkan anak benih itu tumbuh bersama. Akibatnya anak benih tersebut kedua-duanya akan tumbuh kurus. Ini disebabkan persaingan dari segi cahaya, air dan nutrien.
Soalan ini paling kerap saya dapat. Bilakah sesuai untuk pindahkan anak benih yang telah bercambah? Ada yang pindahkan sebaik sahaja sudah kelihatan dua daun. Sebolehnya jangan. Pindah hanya apabila daun sebenar muncul. Telah saya tulis di dalam ‘5 Tips Pindah Anak Pokok‘.
Jadi apabila kita mula berkebun ingatlah pesan yang telah saya berikan ini. Sama-sama kita terus belajar memperbaiki cara kita berkebun. Apa pula pandangan anda? Silakan komen. Saya suka ingin membacanya!
Fida says:
Assalamualaikum…bagus tips2 di atas…kekadang memang sayang nak buang anak pokok….hehehe
MInamin Virmani says:
Gr8 tips! TQvm for sharing.
Rozi Danial says:
Banyak nasihat yg saya dapat dari artikel ni … jgn beli terlalu banyak benih sbb benih ada tarikh luputnya …
Dan saya juga sayang nak buang anak benih dan sekarang baru saya tahu yg benih tersebut bersaing pembesarannya …
Terima kasih atas perkongsian ilmu … Allah saja sebaik2 balasan …. Aamiin …
umi kyra says:
Saya amat setuju dgn Saudara Izham.
Berkebun perlukan komitment dan minat yg bersungguh2.
Bkan sekadar hangat2 tahi ayam atau ikut org.
Thenmole M Narayanasamy says:
Terima kasih atas tunjukajar. really appreciate it.
Sheeshaa says:
JazakAllahukhair kathiran kerana Sudi share
Izham Alias says:
Waiyaka.
khairiah khaizu says:
terima kasih di atas perkongsian ilmu nie…..
Julie says:
Assalamualaikum..tqvm utk perkongsian article ni, bnyk nasihat & info yg berguna.
Norezatul farita Ramli says:
Tqvm for sharing the tips..saya suka membacanya
Makbonda says:
Alhamdulillah,terimakasih perkongsian ilmu
tengku zainal abidin says:
ilmu yg bagus….tkasih tn
Izham Alias says:
Tak boleh sayang sangat. Kalau perlu, kita cantas sahaja.
Azri says:
Tomato ceri tanah mcm mana yng sesuai dan baja apa yng sesuai saya tabur baja kimia abis mati (tnm dlm pasu)
Azmi says:
Terima Kasih Tipsnya ka Izham. Sangat bermanfaat 🙂
wan says:
boleh dikatakan semua masalah yg tertulis tu ada dlm diri saya…saya cuba pelajari dari kesilapan2 org2 yg terdahulu..terima kasih saudara izham…
azmi bin abd rashid says:
En izham..saya ucap terima kasih kerana memberi tip 6 kesilapan apabila berkebun…..buat masa kini cuaca panas..biji bendi ya saya semai tidak tumbuh……;;;;;satu lagi daun limau selalu dimakan ulat…..tk..
unknown says:
Tq for the information sir..
Hayatunur says:
Tq for sharing
Info sgt membantu
imRazakArifin says:
4 drp 6 tu ada pd saya….huhuhu patut pun kurang berjaya. Thanks tuan Izham.
ali says:
Comment…Terima kasih. Banyak saya dpt pelajari dlm ilmu berkebun. Saya nak tanya bagaimana tanaman pokok tin dpt hidup subur dan berbuah lebat?
Haslinda says:
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
Maxx says:
Terima kasih izham atas tip yang sangat baik..
Saya baru nak mula. Tanah apa yang di gunakan untuk semaian.. Berapa nisbah media antara tanah biasa dan kompos yang di jual di nurseri?
Saya dah sediakan polybag dan tanah tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencampurkan nya…
che di says:
Terima kasih..tips tuan amat berguna dan membantu..
Ulat buku says:
Emmmm…. banyak kena atas batang hidung ni, patutlah tidak berjaya. Beli byk benih, projek besar, semai banyak benih ( kalau semua hidup, boleh jadi ladanglah… ), nasib baiklah tak pernah putus asa, tu je bekalan untuk terus menerus berkebun biar pun sayur tak hidup2…
Raudah says:
Saya nak beli buku tu ….. Tp saya x de bank-in on9 … Bole saya nak no.akaun hehee bos email Rauda leh
Mohd Nasir Basrran says:
Terima kasih atas perkongsian ilmu, mudahan Allah berkati usaha yang baik ini..amin
wan says:
kenapa sawi yg saya semai jadi kurus & tinggi ye..
sharbuddenSharbudden says:
AsSalam.
Dh agak lama juga saya berkebun, tp 6 kesilapan ni masih gk saya ulangi. Rasanya laman ni mmg sesuai benar utk saya belajar memperbaiki.
“JazakAllahu khairan”
Izham Alias says:
Sama-sama.
Izham Alias says:
1. Jarak antara anak benih terlalu dekat
2. Kurang cahaya matahari
Iman says:
Perkongsian yg bagus,
Bila lagi nk buat kelas amali unt beginner di selangor
Rosli says:
Assalamualaikum, Terima kasih bnyak ats pegkongsian ilmu dan tip diatas.
salma ibrahim says:
Alhamdulillah. Banyak perkara yg tak sepatutnya dibuat saya buat… Terima kasih. Panduan yg diberi sangat menepati…
Arafan bin Bakan says:
Terimakasih tips yg berguna ini.
Saya tdk Akan sayang lagi untuk membuang anak benih yg bersaing hingga kelihatan tdk kesuburan Oleh kerna berebut rebut untuk kehidupan.
amirul says:
Salam.. Tuan, bagi saya yang tunggal di rumah pangsapuri ni, ada tak cadangan dari tuan utk saya bercucuk tanam mengunakan, maksudnya cara bagai mana atau teknik yang mana sesuai untuk saya mula bercucuk tanam..
tolong tunjuk ajar.. terima kasih
Bob says:
Sangat membantu dengan tips yang terbaik. Harap tuan boleh kongsikan cara pembenihan dan pengurusan anak pokok pisang tanduk, sebab dari pengalaman saya yang lepas, bekalan pisang tanduk menjadi terhad apabila tiba musim perayaan. Ini memberi kesan kepada saya sebagai pengusaha kerepek pisang tanduk. Lagipun kawasan kampung daya banyak tanah terbiar dan terasa amat rugi apabila tidak diusahakan. Terima kasih dan salam hormat.
zaidi says:
Satu lagi… Tanam byk2. Lepas tu tak tau nak buat apa. Dulu saya buat hidroponik dgn hidroponik kit. Bagi jiran2 pun dia org muak. Jual… Masa pulak. Alih2 masuk kotak kompos.
Tq for the tips.
Suraini says:
Sy jg br mula hidroponik n sgt excited. Hrp sy x muak…apa2pun atikel ni sgt membantu.
Mohd anwar says:
In sha Allah saya cuba amalkan -lepas itu baru bolih cerita
Mohd anwar says:
In sha Allah saya cuba amalkan -lepas itu baru bolih cerita
sham saimon says:
alhamdulillah en ezam diatas perkongsian ilmu berkebun
Noridah says:
Bismillah.
Alhamdulillah di atas perkongsian bolih dan jangan di lakukan bila benih yg kita tanam telah bercambah, sebelum ini saya lakukan tidak seperti apa yg saya tahu hari ini!..Jazakumullahu khairan izham.
Irenazreen says:
Assalamualaikum… Bila baca Tips ni gelak sendiri. Tanam cili tak berbuah2… Kena koya2 rupanya. Inn shaa Allah akan ikut step by step di sini. Nnti beli benih sawi dulu… Terima kasih tuan!
Mansor says:
Alhamdulillah tq Tuan atas info terbaik ini sebenarnya saya baru nak mula buat tapak kebu bandar.
Paridah says:
Assalamualaikum
Terima kasih atas perkongsian ini. Amat berguna dan membantu
Kak nor says:
Betul apa yg en izham ckp tu…saya baru nk belajar bercucuk tanam.
Aida Ismail says:
Terima kasih diatas perkongsian ini. Banyak info berguna untuk saya yang baru nak belajar berkebun.. Hihihi
jaslelawati says:
Tq for info….tersenyum sendiri bila baca. fasa pertama gagal….mungkin tempat yang tidak cukup pencahayaan…halaman rumah fully with awning. percubaan kedua ubah ke balkoni atas yang pastinya direct sun…..risau pun ada ….macam terlalu panas.
kak dell says:
terima kasih dgn info…..akak pn takut nk letak pokok pokok dibawah matahari, takut terlalu panas
Noordin Arshad says:
Assalammualaikum..saya baru joint…pertama tip yang saya dapat ini amat berguna..walaupun saya nak bermula bertanan sayur sekadar memenuhi masa lapang…Terima kasih…
aya says:
tq share…he he..byk beli benih..yg ni betul…time semai semua xtumbuh.
Pah says:
Terima kasih. saya menyemai kunyit yang tumbuh. Semua tumbuh tinggi dan berdaun tapi hanya satu batang sahaja setiap kunyit tersebut. jarak setiap saatu dalam 3 inci. perlukah saya memindahkannya?
Mohd says:
Belajarla dari kesilapan. Tp sy nk belajar ngapa duyan montong saya yg dah hampir 6 kaki bila pindah ke pasu yg lebih besar nampak macam lambat nak recover. Ada tip ker
Norisham says:
Assalamualaikum wbt… Trima kasih atas nasihat & tunjuk ajar..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan dalamana anda mempermudahkan urusan org lain…
shamsuddin says:
Terima kasih atas panduan diberi.
Masnah says:
Terima kasih atas info n tips yg diberi. Semua benih nak beli pantang nampak kat group. Baja pun sama. Rasa berjenis2 dah baja yg dibeli termasuk juga racun kawalan. Hahahahaa….. Kena set up semula ni..
Terima kasih en Izham
Fatin says:
Baru berjinak2 dgn hobi berkebun.. Excited! Hehe
Masreah bt shafer says:
Terimakasih atas perkongsian….
Ramliaziz says:
Terima kaaih. Nak cuba tanam sostem fertigaai. Sangkut kat pagar je.
Habibah says:
Terima kasih banyak manfaat baca artikel ini. Banyak kesilapan tersebut saya turut lakukan.