Kebun kaki persegi adalah satu teknik yang diperkenalkan oleh Mel Batholomew. Ia menggunakan kaedah batas timbun kayu.

Kaedahnya mudah sahaja iaitu membina 2×2, 3×3, atau 4×4 kaki persegi batas menggunakan kayu. Kemudian batas tersebut diisikan dengan tanah campuran. Jika di Amerika mereka menggunakan campuran kompos, vermikuli dan lumut gambut dengan nisbah 1:1:1 setiapnya.

Tetapi bagaimana pula di Malaysia? Adalah lebih elok kita guna campuran tanah atas, bahan organan dan pasir dengan nisbah 3:2:1. Tanah atas mungkin susah untuk didapati di Malaysia kerana jika mengikut istilah betulnya ia adalah tanah organik yang berwarna hitam.

Tanah hitam tanaman Tesco

Antara tanah hitam yang dijual di pasar raya.

Sesetengah nurseri mengatakan mereka menjual tanah atas, walhal mereka hanyalah menjual tanah merah yang telah dicampur ataupun dibakar hitam. Ia bukanlah 100% tanah atas asli. Walaupun begitu ia masih boleh digunakan dalam campuran 3:2:1.

Tanah atas berfungsi mengikat dan menyimpan nutrien dan air buat tanaman kita nanti. Manakala pasir pula memberi ruang dalam campuran itu agar tidak padat dan mudah untuk akar tumbuhan nanti membesar dan bernafas. Namun begitu, terlebih letak pasir akan membuatkan tanah cepat kering. Ini akan menyebabkan kita terpaksa siram kerap. Jadi nisbahnya perlulah sesuai.

Bahan organan seperti tinja lembu, kambing atau ayam boleh digunakan. Ia berfungsi menyuburkan lagi tanah campuran itu.

Setelah membuat tanah campuran 3:2:1, pastikan dalam masa dua minggu tempoh tidak disemai apa-apa tumbuhan. Ini kerana menunggu bahan organan terurai menjadi nutrien kepada tanah campur. Jika tak, ia akan membuatkan tanaman melecur dan mungkin apabila disemai tidak akan tumbuh.

Jika memang di tempat kita susah dapat bahan organan, boleh gantikannya dengan kompos.

Semoga berjaya semua dalam membuat tanah campur untuk berkebun. Jika ada apa-apa cadangan atau soalan, boleh nyatakan di ruang komen.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.