fbpx

Boleh Guna Biji Benih Lama?

Lambakan biji benih di rumah. Hal ini terjadi pada semua pekebun. Apabila motivasi berkebun tinggi, kita akan pergi ke nurseri tanaman membeli pelbagai jenis biji benih.

Apabila sampai di rumah barulah kita mula berfikir. Kita bukanlah ada ruang yang banyak untuk menyemai semua benih yang kita beli. Lalu kita simpanlah separuh untuk tempoh yang tertentu. Tetapi timbul satu persoalan. Berapa lama kita boleh simpan biji benih itu? Perlu diketahui bahawa biji benih juga ada tempoh luput.

Setelah beberapa lama di dalam simpanan

Apabila masa mula memakan diri kita, barulah kita sedar tentang pek benih yang masih tersimpan nun di ceruk dapur atau entah di bilik mana. Anda tertanya, masihkan boleh guna biji benih ini? Yang entah bila anda beli (sepatutnya anda labelkan tarikh anda beli benih tersebut!)

Jawapan saya, boleh tiada masalah. Benih itu jika bercambah akan tumbuh seperti biasa, menghasilkan tanaman yang boleh hidup subur seperti biasa.

Yang menjadi keutamaan terletak bukan pada kualiti anak benih tetapi peratus percambahan anak benih itu nanti. Lagi lama kita simpan biji benih, lagi sukar ia akan bercambah.

Berapa lamakah masa biji benih itu elok?

Bagi biji benih bercambah, ia perlulah bernas atau hidup. Semua biji benih yang terhasil daripada pokok induknya masih hidup lagi.

Tiga perkara yang memberi kesan kepada biji benih adalah:

  1. Umur
  2. Jenis
  3. Keadaan penyimpanan

Umur

Kebanyakan biji benih kekal bernas pada tahun pertama, dan tahun kedua. Peratus percambahan mula menurun setelah tahun pertama.

Jenis

Jenis biji benih memberi kesan berapa lama ia boleh kekal bernas. Biji benih seperti lada dan jagung susah untuk bertahan selama 2 tahun. Manakala biji benih seperti kacang panjang, kacang tanah, tomato dan lobak, boleh bertahan sehingga 4 tahun lamanya. Biji benih seperti timun dan salad boleh mencecah sehingga 6 tahun tempoh penyimpanan.

Keadaan penyimpanan

Biji benih anda mempunyai peluang untuk hidup lama jika disimpan di tempat yang betul. Biji benih lebih kekal hidup apabila disimpan di tempat yang kedap udara, sejuk dan gelap. Antara tempat terbaik itu adalah di dalam peti ais anda.

Namun begitu, kebanyakan paket biji benih yang dijual di nurseri atau pasaraya tidak diketahui tarikh pembungkusan dan tarikh luputnya. Jadi sukar untuk kita mengagak tarikh luput.

Lebih elok kita membeli biji benih dari nurseri yang ramai pembeli. Ini kerana stok biji benih baru selalu masuk. Jadi kita tidak perlu risau biji benih yang dijual adalah biji benih lama.
Bagaimana jika nurseri baru?

 

Kita boleh membeli 1 atau 2 pek biji benih dahulu dan membuat ujian percambahan biji benih. Jika peratus percambahan melebihi 80%, tanda biji benih itu masih baru lagi. Jika sebaliknya, jangan lah meletak harapan untuk ke nurseri itu lagi membeli paket biji benih.

Pernahkah anda mengalami masalah ini? Meriahkan bahagian komen dengan pandangan dan cadangan anda. Saya suka membacanya.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

10 thoughts on “Boleh Guna Biji Benih Lama?

  1. Nak tanya, saya ada beli benih cili paket di nursery terdekat kawasan saya…selepas itu saya terus semai alhamdullilah dlm 80% naik dari keseluruhan.. beberapa hari kemudian saya ada beli pula kali ni dlm tin…. tmpt yg sama.. tetapi selepas 6 hari semai tetap tiada perubahan..perlukah saya pergi ke nursury tersebut untuk tukar? Sebab saya semai dekat 1500 biji benih dan ada lagi 9000 benih lagi dlm tin… kalaulah semua termasuk yg dlm tin tuh pun tak leh nak bercambah… rugi jugak saya

  2. Baru saya tahu cara simpan yang betul patut lah semaian kedua saya guna kaedah hiroponik tak bercambah. huhuhu

  3. Sy berminat utk menanam asparagus Dan telah Cuba menyemai biji benih yg dibel di pasaraya. Malangnya telah hampir 5 kali mencuba masih tidak berhasil.

  4. Terima kasih.. ilmu ini sgt berguna.. tpi boleh saya tahu klau benih sayuran hijau sperti bayam dan sawi dan cili boleh bertahan berapa lama?
    Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content