Kenali Spesis Cacing Sesuai Untuk Vermikompos

Vermikompos adalah baja tahi cacing. Di situ ada perkataan cacing yang mana menjadi subjek utama perbincangan kita kali ini.

Bagi yang tak tahu pasal vermikompos, ia adalah satu kaedah penghasilan baja organik menggunakan cacing sebagai agen pengkomposan. Baja yang terhasil dinamakan baja tahi cacing atau baja vermikompos.

Terdapat 9,000 spesis cacing ada di dunia ini. Daripada ribuan itu saintis telah mengenalpasti 7 spesis yang sesuai. Di sini saya akan membincangkan setiap spesis tersebut dan kesesuaian ia dalam penghasilan vermikompos di iklim Malaysia.

Cacing harimau (Eisena fetida)

Cacing harimau atau nama saintifknya Eisena fetida adalah cacing tanah yang paling popular digunakan untuk penghasilan vermikompos. Nama Inggerisnya pelbagai. Red wiggler, red worms, tiger worms dan pelbagai lagi. Namun semua merujuk kepada Eisena fetida.

Hampir semua negara menggunakan cacing kompos ini. Bermula dari Amerika, Eropah, Brazil, Afrika sehinggalah di Malaysia ini sendiri.

Cacing ini jinak dan tidak mudah lari jika dibela di dalam tempat tertutup. Cacing berwarna merah ini memakan semua jenis sisa organik yang telah terurai.

Cacing ini boleh hidup dalam suhu julat 10 oC sehinggalah 30oC.

Walaupun cacing ini adalah cacing di negara beriklim sederhana, tetap ia masih sesuai untuk negara beriklim tropika seperti negara kita ini.

Cacing biru (Peronyx excavatus)

Cacing biru adalah cacing memang berasal dari Tanah Melayu ini. Sebab itu nama lamanya adalah Malayan Blue Worm. Ada juga menggelar Indian Blue Worm kerana ada ditemui di India.

Cacing ini kita boleh temui di kawasan penternakan lembu. Di bawah tinja lembu yang telah reput akan banyak cacing ini tinggal.

Cacing biru adalah cacing asli tropika. Jadi memang sesuai diternak untuk penghasilan vermikompos di Malaysia.

Walaupun begitu, cacing biru ada cabarannya. Ia mudah lari keluar dari makanannya apabila hujan lebat. Ini dikatakan akibat perubahan kelembapan udara menyebabkan cacing ini keluar merayap.

Jadi cacing ini tidak saya sarankan untuk pemula vermikompos.

Cacing merah (Lumbricus rubellus)

Cacing merah ini berasal daripada Eropah. Mula berkembang biak apabila penjajahan oleh orang Eropah ke serata dunia.

emel kebun bandar

Kalau kita lihat di Indonesia cacing tanah merah ini paling giat dikembangbiakkan. Di negara seberang ini tidak menternak cacing untuk baja organik. Mereka menternak lebih kepada penghasilan cacing sebagai pakan (makanan) untuk pemancing. Selain itu cacing merah ini digunakan dalam perubatan tradisional bagi melegakan sakit urat dan pengganti kepada panadol.

Cacing afrika (African Nightcrawler / Eudrilus eugeniae)

Selain cacing biru, cacing afrika adalah cacing hidup di iklim tropika. Cacing ini berasal dari afrika (seperti namanya). Antara semua cacing disebut di atas, cacing afrika ini adalah cacing paling terbesar. Selera makannya melebihi semua cacing yang ada.

Cacing afrika tidak boleh hidup di tempat sejuk. Namun ia boleh tahan dengan suhu 10 – 35 oC.

Cacing eropah (Dendrobaena hortensis / Eisenia hortensis)

Cacing ini seperti namanya adalah cacing berasal dari Eropah. Saiznya boleh mencecah 10cm panjang dan berat 4g seekor. Sama seperti cacing afrika tapi versi iklim sederhana. Kira abang kepada cacing harimau.

Antara semua yang saya nyatakan ini, hanya dua spesis saya sarankan untuk sesiapa yang baru nak bermula dengan pengkomposan menggunakan cacing ini iaitu cacing harimau dan cacing afrika.

Walaupun cacing biru itu adalah asal Malaysia namun penjagaannya agak rumit bagi orang baru nak mula. Saya takut nanti menyesal akibat kegagalan menternak cacing.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda sebagai pembaca.

Jika ingin dapatkan maklumat berterusan pasal perkebunan, boleh langgan emel kami.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!