Guna Semula Tanah Pasu Lama

Bagi yang tinggal di bandar tentunya penanaman dalam pasu adalah pilihan terbaik. Tiada tanah yang sesuai dan ruang yang luas menyebabkan kita memilih penanaman dalam pasu.

Setelah kita menuai sayur yang kita tanam dalam pasu tentunya masalah ini biasa pekebun bandar hadapi. Penanaman semula dalam pasu yang sama tidak memberikan hasil seperti musim pertama penanaman.

Sayur mudah kekuningan, terbantut, mudah diserang serangga perosak dan serangan penyakit dan kulat.

Kalau ikut petua orang lama, perlu tukar tanah dalam pasu. Tanah tersebut kita buang je di mana-mana kawasan lapang. Selepas itu guna tanah baharu.

Tetapi bukan kah ini meningkatkan kos?

Sebenarnya tak perlu pun kita buang tanah lama itu. Kita boleh hidupkan semula tanah lama hanya dengan mencampur beberapa bahan yang mudah dan murah kita dapat. Serius selepas anda tahu bahan ini anda akan tidak lakukan pembaziran yang ketara ini.

Sebelum kita tahu apakah bahan itu, apa kata kita kenal dahulu kenapa tanah kita jadi tidak subur selepas kali pertama tanam?

Pertama ini adalah normal kerana penanaman dalam pasu adalah kaedah penanaman yang mengharapkan kita, pekebun, sebagai tunjang utama kejayaan. Kita tidak boleh laksanakan kaedah 3T – Tanam, Tinggal, Tuai untuk kejayaan dalam penanaman pasu.

Dua perkara wajib kita lakukan apabila menanaman dalam tempat terkawal ini adalah pemberian baja dan penyiraman yang berkala. Pengairan perlu dibuat setiap hari. Boleh dikatakan pagi dan petang. Penat juga kalau kita bekerja dan berkebun ini hanyalah hobi sampingan. Melainkan kita membuat sistem pengairan automatik.

Seterusnya pemberian baja perlu dibuat berkala. Sama ada seminggu sekali, dua minggu sekali atau sebulan sekali. Saya lebih suka guna konsep sedikit tetapi istiqomah. Maksudnya kita beri baja sedikit sahaja setiap minggu tetapi kita konsisten. Perkara ini lebih disukai oleh tumbuhan berbanding kita beri selonggok baja sebulan sekali.

Apabila kita sudah melaksanakan dua perkara di atas, maka kenapa pokok kita tidak subur selepas kita tuai tanaman pertama dalam pasu? Sebab tanah telah kehilangan tenaga. Tenaga di sini saya maksudkan adalah unsur karbon.

Tumbuhan bukan sahaja memerlukan nutrien daripada baja yang kita beri tetapi juga mikrob yang ada dalam tanah. Mikrob adalah organisma kecil yang hidup bersama tanaman kita. Mikrob ini makanannya bukanlah baja NPK yang kita berikan. Tetapi lebih kepada baja organik yang kita kerap beri.

Di sini kuncinya untuk menghidupkan tanah pasu yang telah lesu. Kita perlu menggaulkan tanah pasu lama itu dengan baja organik.

Persoalannya adakah semua baja organik sesuai? Tentunya tidak.

Setiap baja organik ada kelebihan dan kekurangan. Di sini saya cadangkan gaul dengan dua jenis baja organik sahaja iaitu baja kompos atau vermikompos. Baja vermikompos atau lebih dikenali sebagai baja tahi cacing mempunyai mikrob baik yang banyak.

emel kebun bandar

Nisbah gaul ini tidaklah perlu banyak. Cukup sekadar 1:3 atau 1:2.

1 vermikompos
3 tanah pasu lama

atau

1 vermikompos
2 tanah pasu lama

Sukatan nisbah ini adalah pada jumlah isipadu. Bermakna satu pasu tanah lama digaulkan dengan setengah pasu vermikompos. Gaul rata dan kita boleh terus guna tanah pasu kita itu.

Isi Kandungan

Kesimpulan

Tanah pasu adalah tanah yang boleh dihidupkan semula dengan baja organik.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!