
Roti adalah antara makanan cepat rosak. Jika kita beli dan tidak makan selepas tarikh luput, maka roti akan muncul kulat.
Jika anda rajin, anda boleh jadikan roti ini sebagai salah satu cecair baja. Di sini saya kongsikan caranya.
Terdapat pelbagai variasi pembuatan baja roti. Jika anda baca cerita yang viral, ramai yang guna tiga hingga empat keping roti dan botol 1.5L. Berdasarkan pembacaan dan ilmu pertanian saya, cukup sekadar sekeping roti sebagai pemula untuk mikrob baik membiak.
Mengapa roti boleh dijadikan baja? Ini adalah sebab yis yang ada dalam roti.
Jika kita pernah guna EM, pastinya kita akan tahu bahawa yis adalah salah satu daripada tiga kumpulan mikrob yang ada dalam EM. Yis membantu akar pokok menyerap baja dengan baik.
BACA >>> Apa itu Mikrob Baik Untuk Kebun?
Yis menghasilkan hormon dan enzim yang dapat membantu pembahagian sel tumbuhan dan akar. Ia menggunakan asid amino dan gula hasil sampingan daripada bakteria fotosintetik dan akar tumbuhan. Seterusnya membantu pertumbuhan bakteria asid laktik.
Secara ringkasnya, khasiat baja roti adalah:
Bahan:
Alat:
Cara buat:
AMARAN: Untuk elakkan botol meletup, pastikan botol tidak ditutup ketat sepanjang proses pemeraman dan simpanan
Cara guna:
Soalan sering saya dapat. Apakah boleh saya guna air paip sahaja? Buat makluman semua, saya sudah cuba semua jenis air. Tiada masalah. Dalam masa beberapa hari tetap yis akan muncul. Klorin dalam air paip tidaklah kuat mana untuk membunuh yis dan bakteria yang ada. Logiknya kenapa kita masih masak air walaupun air paip sudah ada klorin, bukan? Jadi tidak perlu risau jika tiada air sungai, air hujan, air perigi atau apa segala macam air termasuklah air tapis. Yang penting asalkan air. Ada faham?
Secara ringkasnya, yis dalam roti berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar. Seterusnya membantu tanaman untuk hidup subur.
Saya jenis suka buat rujukan sebelum menulis. Jika anda ingin baca lanjut, boleh la klik mana-mana link di bawah. Jika ada maklumat tambahan, mari sama-sama kita bincangkan di bahagian komen.
Su says:
Air peraman dari air cuci beras dan roti buruk boleh digabung bersama dengan campuran gula merah atau molesas dgn campuran sikit garam kasar dan disimpang selama 7 hingga 10 hari. Perlu di kacau pada permulaan hari, gas kuat. Kudua dua microb boleh bergabung bersama.
Boleh tambah gas yg jenis Akuarium pakai itu untuk mempercepatkan process peraman.
Kalau ada neno ceramic, lagi best. Pancaran dari neno ceramic boleh mengakfifkan microb dengan sepenuhnya.
ct says:
tq banyak dapat ilmu
hud says:
Wahh.. terima kasih Tuan kerana berkongsi.