
Apabila kita bercakap tentang pertanian organik, kita tidak akan terlepas daripada istilah EM. Nama penuh bagi EM adalah Effective Microorganism. Ianya banyak digunakan dalam pertanian organik terutamanya dalam pembuatan baja organik.
Pada artikel kali ini saya akan bercerita tentang EM:
Effective microorganisms atau EM ialah campuran mikroorganisma bagus dan tidak patogenik dihasilkan melalui proses semulajadi tanpa penglibatan sintesis kimia atau ubahsuai genetik. Tiga kumpulan utama EM adalah: Bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik.
Bakteria baik hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup ini membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen (mudah cakap – bakteria jahat) yang ada dalam ekosistem tanah.
EM mula ditemui oleh seorang saintis Jepun bernama Teruo Higa pada tahun 1982. Pada awal kajian beliau hanya fokus pada satu satu jenis bakteria sahaja. Kemudian pada satu kejadian yang tak dijangka beliau sedar bahawa kunci untuk berjaya guna bakteria adalah gabungan antara mereka. Setelah beberapa kajian, akhirnya Prof. Higa berjaya menemui campuran sempurna bagi menggalakkan pertumbuhan bagus tumbuhan. Beliau namakan campuran ini “EM”.
Nama produk ini telah mengalami beberapa variasi termasuklah “EM®”, “EM-1®”, dan “Kyusei EM™”, dan ada juga dirujuk sebagai “EM1” or “EM4” dalam beberapa kertas kajian. Produk utama kini digelar EM•1® berdasarkan rujukan di laman sesawang utama EMRO Japan.
Apakah beza antara EM1 dan EM4? Di Malaysia, EM dijenamakan sebagai EM1. Manakala di Indonesia EM 1dijenamakan sebagai EM4. Kedua-duanya adalah produk yang sama. Hanya berbeza pada jenama sahaja.
EM adalah campuran bakteria yang dihasilkan daripada proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian sama ada genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan pada lebih 120 buah negara.
EM terdiri daripada bakteria fotorop, bakteria laktik asid (boleh ditemui dalam bahan tenusu), yis (yang terdapat dalam roti), aktinomiset dan kulat penapaian. Mikroorganisma ini secara fisiologi sesuai antara satu sama lain dan hidup bersama dalam kultur cecair. Terdapat kajian menunjukkan bahawa inokulasi EM pada tanah mampu menaikkan kualiti tanah, kesuburan pokok dan hasil.
Pada umumnya, dikatakan bahawa tiga-tiga kumpulan utama EM1 ini tidak berinteraksi dengan baik antara satu sama lain secara semula jadi. Namun. bagaimana kumpulan-kumpulan ini dapat berkerjasama antara mereka dalam satu kultur cecair menghasilkan kebaikan pada tumbuhan?
Kita dapatkan jawapan dengan kita kenali setiap satu kumpulan EM dahulu iaitu bakteria fotosintetik (Rhodopseudomonas spp.), bakteria asid laktik (Lactobacillus spp.), dan yis (Saccharomyces spp.).
Bakteria fotosintetik (photosyntetic bacteria, PSB) adalah mikroorganisma yang boleh hidup sendiri tanpa memakan bakteria lain. Mereka menyerap tenaga daripada matahari dan haba tanah menjadikannya sebagai sumber tenaga menukarkan cecair dari sistem akar, bahan organik tanah dan gas seperti amonia kepada bahan binaan sel. Bahan binaan sel ini boleh jadi asid amino, asid nukleik dan gula. Bahan-bahan ini seterusnya boleh diserap terus ke dalam tumbuhan bagi membantu tumbesaran tumbuhan. Manakala pada sistem tanah, hal ini membantu perkembangan mikroorganisma bermanfaat.
Rhodopsuedomonas palustris — kumpulan bakteria bermanfaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida, polyphenol, dan mineral-mineral lain. Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bagus. Hal ini menjadikan bakteria fototrop sebagai kunci utama dalam larutan EM.
Secara ringkasnya PSB berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.
Bakteria asid laktik (lactic acid bacteria, LAB) diketahui dalam menghasilkan asid laktik daripada gula dan karbohidrat hasil sampingan bakteria fotosintetik dan yis. Asid laktik mempunyai kesan steril (bebas kuman) dan kehadirannya mengganggu perkembangan nematod dalam tanah. Bakteria asid laktik juga terlibat dalam penguraian selulosa dan lignin dalam bahan organik tanah.
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantut perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti fusarium dan nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.
Yis menghasilkan hormon dan enzim yang dapat membantu pembahagian sel tumbuhan dan akar. Mereka menggunakan asid amino dan gula hasil sampingan daripada bakteria fotosintetik dan akar tumbuhan. Seterusnya membantu pertumbuhan bakteria asid laktik.
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.
Dapat kita simpulkan tiga genera mikrob tersebut (PSB, LAB, yis) bekerjasama secara semulajadi dan menghasilkan sebatian bermanfaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan pelbagai lagi antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik.
Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.
Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebagainya. Bayangkan betapa banyaknya kegunaan EM ini.
Teknologi EM dalam pertanian adalah seperti berikut:
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan memperbanyakkan mikrob bermanfaat. Hal ini seterusnya dapat mengawal perkembangan alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air iaitu bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di atas permukaan air.
Kadar dos adalah 1:1000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 1000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari atau minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang. Proses bioremediation semulajadi ini sedang berjalan dan biarkanlah EM bekerja.
Ada satu istilah dalam EM mungkin mengelirukan bagi sesiapa yang baru belajar tentang EM iaitu EM activated solution (EMAS) atau EM extended.
EM1 boleh dikembangkan lagi agar dapat penjimatan. Pengembangan EM1 ini dinamakan sebagai EM extended (dikembangkan) atau EM Activated Solution (EMAS)
Persoalannya, kalau saya tidak sempat kembangkan, boleh kah saya guna EM1 terus tanpa pengembangan? Ya boleh. EM1 boleh digunakan terus tanpa perlu campur dengan gula merah.
Kelebihan EMAS adalah penjimatan dalam menggunakan EM.
Maksudnya EM1 yang kita ada boleh digandakan kepada 20 kali ganda lagi.
Contohnya satu botol 1L EM1 akan dapat menghasilkan 20 L EMAS.
Harga sebotol EM1 adalah sekitar RM25. Jika dapat gandakan kepada 20L, maka harga 1L EMAS adalah sekitar RM1.25 (tidak termasuk molases). Murah, bukan?
Saya tunjukkan cara untuk membiakan lagi EM1.
Bahan:
Cara penyediaan:
Penggunaan EMAS adalah sama sahaja seperti EM1.
Beza EMAS dan EM1 adalah pada tempoh simpanan. EM1 dapat disimpan selama setahun bermula dari tempoh penghasilan (rujuk belakang botol). Manakala EMAS boleh disimpan sekitar 45-60 hari sahaja. Selepas itu kekuatan EMAS menurun bermakna perlu guna lebih banyak berbanding ketika awal siap.
Penggunaan EM dalam penanaman cendawan boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.
Kesan EM pada cendawan:
Mesti akan ada yang bertanya apakah beza antara EM dan IMO? Untuk leraikan kekusutan ini eloklah saya beri penerangan bagi setiap singkatan.
Istilah MOL ini digunapakai oleh negara jiran kita, Indonesia bermaksud mikroorganisma lokal sebagai terjemahan kepada IMO. Jadi jika kita bercakap pasal MOL maksudnya sama dengan IMO.
Istilah MOL mewakili sekumpulan mikrob baik yang berasal di kawasan ia diambil. Ini berbeza dengan EM yang dikultur di dalam makmal dengan tujuan membantu peningkatan ekosistem tanah. EM adalah trademark syarikat EMRO Jepun.
Perbezaan utama antara dua bahan ini adalah MOL diambil dari persekitaran semula jadi manakala EM dibuat oleh manusia. Walaupun begitu, kedua-duanya hampir sama kegunaan dalam pertanian. Dalam artikel lain ada saya beri penerangan lanjut berkaitan MOL.
Anda boleh beli EM1 (beli sini) atau anda boleh belajar cara membuat EM sendiri.