Cara Mudah Tanam Kunyit Sekali, Tuai Berkali-kali

Kunyit banyak digunakan dalam masakan Melayu. Seluruh tubuh kunyit ada gunanya. Rizomnya digunakan dalam masakan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk. Daun kunyit tak sah kalau tidak masuk dalam gulai lemak.

Saya tunjukkan cara mudah untuk kita menanam kunyit di dalam pasu di rumah. Ya kita boleh menanam kunyit dalam apa-apa bekas di rumah kita.

Maklumat botani

Nama: kunyit
Nama Inggeris: turmeric
Nama saintifik: Cucuma domestica val
Keluarga: Zingiberaceae

Kunyit tumbuh dari rizom. Rizom adalah akar yang terubahsuai seperti halia dan lengkuas.

Daun kunyit bersifat herba iaitu lembut dan tiada batang keras.

BACA: CARA TANAM HALIA DALAM PASU PALING MUDAH

Pembiakan

Kunyit biasanya dibiakkan melalui rizom.

  1. Potong rizom kunyit dalam 4-6 cm

2. Kemudian semai di dalam dulang semaian yang berisi media sabut kelapa hancur (cocopeat).

3. Pastikan media sabut kelapa sentiasa lembab dengan menyiram setiap hari.

4. Biasanya sekitar dua hingga tiga minggu rizom kunyit akan mula mengeluarkan tunas

Setelah tunas keluar kita boleh la pindah kunyit di dalam pasu.

https://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216047450515138
Video cara semai kunyit cara cepat.

Penjagaan

Penjagaan kunyit tidak lah rumit setelah mula ditanam di dalam pasu.

Dari segi pembajaan, kita berikan baja tahi ayam dalam segenggam sejurus tanam kunyit di dalam pasu. Setelah itu setiap sebulan sekali, berikan lagi baja tahi ayam sebanyak segenggam.

Jika tiada baja tahi ayam, boleh guna mana-mana tinja haiwan lain seperti kambing, lembu, arnab atau kuda. Boleh juga berikan kompos. Kuantiti sama seperti baja tahi ayam.

emel kebun bandar

Saiz Pasu / Polibeg

Untuk polibeg, saiz 16 inci x 16 inci sudah memadai. Sama juga seperti pasu. Gunakan pasu dengan isipadu 10L. Kalau tidak dapat tangkap, pasu yang sama saiz dengan botol minyak masak 10L. Boleh?

Media Tanah

Kunyit suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Untuk campuran tanah, banyakkan bahan organik seperti tahi ayam dan kompos agar kunyit tumbuh subur.

Boleh dapatkan resipi campuran tanah di sini.

Keperluan cahaya

Kunyit boleh hidup di tempat yang separa-redyp sehinggalah cahaya penuh. Paling bagus jika dapat buat jaring hitam untuk kunyit atau letak di bawah pokok besar.

Terlalu banyak cahaya akan membuatkan masalah pada daun kunyit.

Masalah

Paling biasa kita lihat daun kunyit kekuningan atau kering di hujung daun. Hal ini mungkin kerana cahaya terlalu terik. Gunakan jaring hitam bagi mengurangkan terik cahaya matahari pada kunyit.

Selain itu, sebelum menanam biasanya kita akan mengalami rizom kunyit membusuk. Hal ini dapat kita elakkan dengan hanya menanam rizom yang sudah bercambah.

Tuai

Kunyit boleh dituai 3 bulan selepas ditanam di dalam pasu. Cara tuai mudah sahaja iaitu dengan mencabut seluruh pokok kunyit.

Untuk tuaian daun, kita boleh tuai sebaik sahaja ada lima hingga enam helai daun kunyit. Jika kita asyik menuai daun kunyit, rizom kunyit tidak akan banyak. Jadi pilihlah sama ada kita ingin menuai rizom ataupun daun.

Kesimpulan

Menanam kunyit tidak lah susah. Yang penting di sini ada kesabaran bagi kunyit bercambah dari rizom.

Rujukan:

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Oh, kunyit sukakan tanah organik & cahaya redup!
    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya sangat menghargainya.
    Cuma, tuaian daun camne pula caranya?
    Terima kasih.

  2. Terima kasih…. Info yang baik sbb selalu daun kunyit saya mengalami kekuningan…rupanya tak boleh panas… 😁

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!