Cara Tanam Bendi dalam Pasu (Dari Semai sampai Tuai)

Bendi dikenali juga sebagai okra adalah sayur buah berlendir. Buah bendi boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat masakan. Bendi boleh ditanam di dalam pasu. Pokok ini tidaklah cerewet dan mudah ditanam pada apa-apa medium tanah yang digunakan.

Bendi sesuai ditanam di tempat yang banyak cahaya matahari. Sekurangnya lima hingga enam jam sehari.

Maklumat Botani

Nama Melayu: Bendi
Nama Inggeris: Lady finger, okra
Nama saintifik: Abelmoschus esculentus
Keluarga: Malvaceae

Bendi adalah pokok berbatang keras dan hidup lebih setahun.

Penyediaan Pasu dan Medium Tanaman

Bendi boleh ditanam menggunakan pasu bersaiz 25 cm diameter dan 20 cm tinggi atau lebih. Manakala polibeg 16 x 16 inci sudah memadai. Jika anda jenis sukakan bahan guna semula, boleh lah guna bekas botol minyak 5kg sebagai permulaan. Yang penting di bawah botol tersebut anda tebuk 4-5 lubang untuk pengairan.

Manakala untuk campuran tanah, eloklah kita guna tanah yang kaya dengan bahan organik. Anda boleh guna tanah tiga dalam satu, tanah enam dalam satu atau pun tanah berbaja. Berdasarkan pemerhatian saya, tanah ini telah dicampur baik dan mudah untuk newbie guna berbanding tanah hitam dan tanah bakar.

Apa yang penting di sini adalah penggunaan baja sepanjang penanaman. Nanti saya akan bahaskan pada bahagian pembajaan. Teruskan bacaan.

Semai

Bendi ditanam menggunakan biji benih. Biji benih bendi berbentuk bulan dan seakan biji manik. Bendi boleh terus di dalam di dalam pasu. Tidak perlu buat semaian di dalam talam semaian.

Masukkan satu atau dua biji benih per lubang. Satu pasu cukup satu pokok bendi sahaja. Kita masukkan biji benih dua biji takut jika ada benih bendi tidak bercambah.

Sekitar lima hingga tujuh hari biji benih akan mula bercambah. Ketika ini bolehlah kita mula letak baja.

Namun, jika anda gagal membuat semaian terus dalam pasu, boleh la cuba menyemai dalam talam semaian. Ikuti langkah penyemaian di sini.

Penjagaan

Siram dua kali sehari bagi mengekalkan kelembapan tanah. Boleh guna tong penyiram atau pun siram guna hos. Siraman boleh dihentikan sebaik sahaja air keluar di bontot pasu. Itu tanda air telah menyerap habis ke dalam pasu.

Pembajaan

Pokok bendi memberi respon yang bagus kepada baja organik mahupun baja kimia. Tentunya di sini saya akan tekankan penggunaan baja organik. Baja organik mampu membantu tumbesaran bagus kepada tanaman. Dan yang paling penting menjaga tanah di dalam pasu.

Walaupun begitu, jika anda suka guna baja kimia, saya sarankan guna baja NPK hijau untuk 4 minggu pertama. Dos adalah satu sudu makan dengan kekerapan 1 kali per 2 minggu. Untuk minggu ke-6 ke atas boleh sudah kita gunakan baja NPK biru. Kadar pemberian sama seperti baja NPK hijau.

emel kebun bandar

Kawalan Perosak dan Penyakit

Kutu daun, kepinding putih, bena dan belalang suka menyerang pokok bendi. Serangga ini boleh dikawal dengan racun organik buatan sendiri.

Jika ingin kesan yang lebih mantap, boleh gunakan racun organik yang ada ekstrak minyak mambu. Minyak mambu atau semambu ini mempunyai bahan aktif yang mampu mengawal lebih 100 serangga perosak di kebun.

Tuai

Bendi mengambil masa sekitar 60 hari untuk mula mengeluarkan bunga. Setelah itu 10 hari untuk buah mula boeh dituai dari putik buah.

Untuk penuaian ini mata kita perlu cekap. Kalau terlambat, boleh jadi bendi telah tua. Bendi tua penuh dengan serat menyebabkan tidak rasa rangup untuk dimakan.

Rujukan

  • a

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!