
Ramai menganggap pokok buah hanya sesuai ditanam di atas tanah yang luas. Namun realitinya, dengan teknik yang betul, kita masih boleh menikmati hasil buah-buahan walaupun tinggal di rumah teres atau apartment. Apakah teknik yang sesuai untuk ornag yang tiada tanah yang subur dan luas untuk menanam pokok buah-buahan di rumah mereka? Kita belajar tentang kaedah tabulampot.
Tabulampot ialah akronim kepada “tanaman buah dalam pot” – iaitu kaedah menanam pokok buah di dalam pasu atau bekas tertentu. Akronim ini adalah daripada Indonsia dan kaedah ini popular di negara sebarang kita. Kalau dalam bahasa Inggeris, kita panggil potted plant. Seronoknya kaedah ini adalah kerana membolehkan penanaman dilakukan walaupun di kawasan sempit.
Tabulampot ialah kaedah yang sangat sesuai diamalkan oleh pelbagai golongan, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar atau mempunyai ruang terhad. Jika anda tinggal di rumah teres, apartment, rumah separuh kampung atau mana-mana kediaman yang tidak mempunyai tanah luas, tabulampot memberi peluang untuk anda tetap menanam pokok berbuah secara praktikal. Kaedah ini tidak memerlukan jentera berat, tanah luas atau kemahiran pertanian yang rumit. Ia boleh dipelajari secara berperingkat dan disesuaikan mengikut masa dan kemampuan anda.
Bukan itu sahaja, tabulampot juga sangat sesuai untuk individu yang bekerja sepenuh masa dan hanya ada masa terhad untuk berkebun. Dengan penjagaan asas seperti siraman berkala, pembajaan dan sedikit pemangkasan, anda masih boleh mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
Selain itu, tabulampot sesuai dijadikan sebagai projek keluarga – tempat anak-anak belajar tentang kitaran hidup tumbuhan, nilai sabar dan pentingnya penjagaan alam sekitar. Ia juga boleh menjadi sumber bekalan buah segar yang lebih selamat, bebas racun dan lebih murah untuk seisi keluarga.
Tabulampot bukan sekadar penyelesaian kreatif untuk ruang sempit, tetapi juga menawarkan pelbagai manfaat dari sudut praktikal dan teknikal. Berikut ialah kelebihan utama tabulampot bagi pekebun rumah:
Tabulampot membolehkan pokok berbuah ditanam dalam ruang yang sangat terhad. Anda tidak memerlukan tanah kebun yang luas. Balkoni apartment, laluan sisi rumah, tepi pagar atau sudut anjung (porch kereta) boleh dimanfaatkan untuk meletakkan pasu buah. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk penduduk bandar yang mempunyai ruang minimum.
Salah satu kelebihan besar tanaman dalam pasu ialah keupayaannya untuk dialihkan. Sekiranya sesuatu kawasan terlalu panas, terlalu teduh, atau menghadapi hujan lebat, anda boleh ubah kedudukan pasu dengan mudah. Ini juga memudahkan kerja penyelenggaraan seperti penyiraman, pemangkasan dan pemeriksaan perosak.
Berbanding tanaman atas tanah terbuka yang terdedah kepada pelbagai variasi pH, saliran dan jenis tanah, tabulampot membolehkan anda mengawal sepenuhnya jenis media yang digunakan. Anda boleh campur sendiri media poros dan subur yang sesuai dengan jenis pokok dan iklim sekitar, contohnya gabungan tanah hitam, pasir sungai dan kompos.
Tanah kebun yang tidak dirawat boleh mengandungi kulat, bakteria atau nematod yang menyerang akar pokok. Dengan tabulampot, anda menggunakan media baru yang lebih steril atau terkawal. Ini mengurangkan risiko serangan penyakit akar dan reput pangkal yang sering berlaku pada tanaman atas tanah.
Segala aspek pertumbuhan dapat dipantau dengan lebih dekat. Anda dapat lihat perubahan warna daun, kehadiran serangga perosak atau pertumbuhan akar dengan lebih jelas. Hal ini memudahkan tindakan awal diambil sebelum masalah menjadi serius.
Kebanyakan pokok buah dalam tabulampot ditanam daripada keratan matang, tut atau cantuman. Ini menjadikan pokok lebih cepat matang dan menghasilkan buah. Jika diberi nutrien dan cahaya matahari yang mencukupi, ada pokok yang boleh mula berbunga dalam masa 6 hingga 12 bulan sahaja.
Tanaman dalam pasu juga membolehkan anda mencuba pelbagai jenis pokok dari pelbagai varieti dan iklim tanpa komitmen jangka panjang. Jika tidak sesuai, pasu boleh dikosongkan dan ditanam semula dengan spesies lain tanpa perlu menebas tanah atau meracun sisa akar lama.
Untuk bermula dengan tabulampot, anda tidak perlu tunggu ada tanah luas atau bajet besar. Cukup dengan memahami asas, memilih bahan yang sesuai dan mulakan secara kecil. Berikut ialah langkah demi langkah ringkas untuk anda mula dengan yakin:
Mulakan dengan pokok yang:
Contoh untuk pemula:
Tip: Pilih anak pokok daripada tut, keratan berakar atau cantuman dewasa supaya lebih cepat berbuah.
Pasu hanyalah bekas yang menampung media untuk pertumbuhan akar pokok buah. Di sini kita boleh faham bahawa saiz pasu yang besar akan membolehkan kita kurang untuk menyiram.
Ciri-ciri pasu sesuai:
Tip: Pasu plastik lebih ringan dan mudah alih, pasu simen lebih stabil.
Media dalam pasu perlu poros dan subur. Elakkan guna tanah atas sahaja. Kalau kita ikut rujukan Barat, mereka letak pelbagai jenis bahan dalam media campuran mereka (omputeh panggil potting mix). Saya tak gemar kerana kos tinggi. Akhirnya saya keluarkan satu resipi mudah.
Cadangan campuran media:
Ketiga-tiga bahan ini sudah memadai untuk kita mula tabulampot.
Letakkan pasu di tempat yang terima sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari. Pokok buah perlukan cahaya untuk berbunga dan berbuah.
Jangan letak terus di kawasan terlalu panas tanpa teduhan waktu tengah hari untuk pokok baru tanam.
Jika daun terlalu kuning atau pokok tidak berbunga, semak semula media, baja, dan cahaya.
Tukar pasu lebih besar bila akar mula penuh.
Tabulampot bukanlah kaedah asing untuk kita mula berkebun di kawasan sempit. Kita fahamkan media campuran tanah, saiz pasu dan jenis tanaman yang sesuai maka tabulampot kita pasti akan berjaya.