Panduan Lengkap Vermikompos

Jenis Cacing Tanah

Cacing tanah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mengikut sifat morfologi dan ekologi. Sifat morfologi adalah sifat bentuk dan rupa cacing tanah tersebut. Manakala untuk penghasilan vermikompos, para saintis mengelaskan cacing tanah mengikut sifat ekologi mereka.

Pemilihan ini berdasarkan cara hidup cacing tanah (sifat ekologi) tersebut. Sifat ekologi ini dibahagikan kepada tiga sifat iaitu yang hidup di dalam tanah, di atas tanah dan di dalam sisa organik.

Cacing Anecic

Kita mulakan dengan sifat cacing tanah yang hidup di dalam tanah yang digelar sebagai spesis anecic. Cacing tanah ini hidup nun di dalam tanah.

Cacing anecic mengorek secara menegak di dalam tanah. Ia membina terowong kekal sepanjang ia mengorek. Keunikannnya adalah ia dapat mengenal pastil setiap terowong yang dikorek menggunakan muncung mulutnya. Oleh itu ia tidak akan mengganggu terowong cacing atau haiwan lain.

Cacing anecic mampu mengorek sehingga 2 meter dalam. Ia akan muncul ke permukaan tanah untuk memakan sisa organik dan kembali ke dalam terowong buatan. Kalau kita perhatikan akan ada seperti gumpalan di atas tanah terutama selepas hujan. Ini adalah tahi yang terhasil daripada cacing anecic ketika ia mengorek terowong dan memakan sisa organik.

Cacing anecic tidak suka terowongnya diganggu. Cacing anecic memerlukan tanah untuk hidup.

Oleh sebab dua sifat ini membuatkan cacing tanah ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai cacing vermikompos.

Cacing Endogeic

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!