Cara Tanam Timun di dalam Pasu (Awal sampai Tuai)

cara tanam timun dalam pasu polybag bekas botol

Timun adalah tumbuhan menjalar yang boleh ditanam di dalam pasu. Timun boleh dimakan segar sebagai ulam, dibuat jeruk, ataupun dimasak dalam masakan, sememangnya memberi rasa yang segar dan unik pada lidah yang merasa. Salah satu ahli keluarga botani dengan melon, timun berasal dari India yang kemudiannya berkembang biak ke Tanah Melayu.

Timun mengandungi asid kafeik dan vitamin C serta sumber molibdenum, vitamin A, serat dan folate dalam diet pemakanan kita. Kandungan silika dalam timun bagus untuk kulit dan telah digunakan dalam kosmetik ratusan tahun untuk memberi kelembutan pada kulit terutama pada keliling mata.

Maklumat Botani

Nama Melayu: Timun
Nama Inggeris: Cucumber
Nama saintifk: Cucumis sativus
Keluarga: Cucurbitaceae

Timun adalah tumbuhan memanjat berbatang lembut dengan kitaran hidup semusim. Ini bermakna timun akan mati setelah cukup mengeluarkan buah.

Secara umum, timun terbahagi kepada tiga varieti iaitu biasa dan jeruk. Jenis biasa adalah seperti timun jepun🛒 dan timun batu🛒. Manakala jenis jeruk adalah gerkhin🛒 dan boston🛒 yang mana timun ini khas dibuat jeruk.

Penyediaan Pasu dan Tanah Campur

Timun sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz 30 cm diameter dan 30 cm tinggi🛒. Selain itu, untuk polybag pula, timun sesuai ditanam saiz polibeg 16 x 16 inci🛒.

Untuk campuran tanah, saya akan sarankan untuk anda guna tanah campur tiga dalam satu🛒. Tanah campur yang tinggi dengan bahan organik membantu tumbesaran timun agar tumbuh subur.

Anda boleh gunakan juga tanah sawit🛒 atau tanah kompos. Jika ingin menggunakan tanah bakar atau tanah hitam, saya cadang anda untuk tambah dengan sekam bakar🛒, sabut kepala hancur (cocopeat)🛒 dan vermikompos🛒. Gaul pada nisbah 2:1:1:1 iaitu 2 tanah hitam, 1 sekam bakar, 1 sabut kelapa, dan 1 vermikompos. Jika ingin tahu resipi campuran tanah yang lain, boleh klik sini.

tanah campur 3 in 1 kompos berbaja baja organik
Timun boleh ditanam guna tanah campur.

Semaian

Timun ditanam menggunakan biji benih. Kita boleh ambil biji benih timun daripada buah timun yang tua ataupun membeli biji benih timun yang dijual.

Saya akan sarankan membeli biji benih timun jenis hibrid F1🛒. Timun hibrid mempunyai kualiti yang lebih bagus dari segi kualiti buah, rintang penyakit dan hasil yang banyak.

Terdapat dua cara untuk kita menyemai timun. Pertama kita boleh semai dahulu di dalam dulang semaian. Untuk biji timun ini, saya akan sarankan semai pada dulang semaian yang besar seperti dulang 32 lubang🛒. Hal ini agar biji benih timun dapat tumbuh dengan baik.

Manakala kaedah kedua adalah kita menyemai terus ke dalam pasu. Semasa semaian terus ke dalam pasu ini perlulah kita meletakkan lindungan kerana anak benih timun sangat mudah diserang perosak seperti siput dan ulat bulu. Lindungan mudah sahaja dengan kita menggunakan botol minuman 500 mL yang dipotong dua. Gunakan bahagian atas botol minuman itu untuk menutup di atas pasu.

botol mineral guna semula kebun
Boleh guna bekas botol untuk melidungi tanaman kita di peringkat awal. (kredit foto)

Biji benih timun atau bibit akan bercambah sekitar lapan hingga sepuluh hari. Sebaik bercambah, anak benih memerlukan cahaya matahari secukupnya. Jika tidak, ia akan tumbuh melidi dan lambat mengeluarkan daun sebenar.

Pindah Tanam

Untuk semaian dulang, boleh tunggu sehingga timun mengeluarkan 4-5 helai daun sebenar iaitu sekitar tiga minggu selepas bibit bercambah.

emel kebun bandar

Seterusnya boleh buat pindah tanam anak pokok ke dalam pasu. Cucuk dengan batang kayu kecil di bawah dulang semaian bagi mengeluarkan anak pokok. Jangan tekan di bahagian tepi kerana nanti ini akan merosakkan dulang semaian.

Paling elok pindah tanam dibuat pada lewat petang agar anak pokok dapat menyesuaikan diri di waktu malam. Namun, jika tidak dapat, tiada masalah. Asalkan selepas pindah letak di tempat redup selama lima hingga tujuh hari.

Penjagaan

Timun memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Pastikan kita sentiasa menyiram awal pagi dan lewat petang agar tanah tidak kering.

Tanah kering mampu membuatkan bunga timun gugur dan penghasilan buah yang tidak sekata. Bahkan jika kita terlupa siram boleh menyebabkan buah timun rosak.

Timun seperti sayur buah yang lain memerlukan cahaya matahari penuh dari awal pagi sampai petang sekurang-kurang enam jam sehari.

Tiang Sokongan

Timun adalah pokok menjalar. Tentunya kita perlu sediakan tiang sokongan untuk menjalar. Biasanya kalau menanam di rumah teres, kita akan biarkan timun memanjat pagar, bukan? Tetapi jika di dalam pasu kita juga boleh guna pancang bulat🛒. Didik timun lilit memusing naik pada pancang bulat.

tiang sokongan tomato timun pancang kayu bulat sayur
Pancang bulat sesuai untuk timun memanjat.

Pembajaan

Timun tidak cerewet dengan pembajaan. Anda boleh memberi baja organik seperti vermikompos🛒 ataupun baja kimia.

Jika guna baja organik seperti vermikompos, bubuh segenggam sebaik sahaja benih bercambah. Seterusnya dua minggu sekali dengan kadar yang sama.

Jika guna baja kimia, mulakan dengan baja NPK hijau🛒 untuk 4 minggu awal. Setelah itu tukar kepada baja NPK biru🛒 untuk minggu seterusnya. Kadar yang disarankan adalah satu sudu makan dua minggu sekali.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Kumbang timun paling suka menyerang timun. Apabila kumbang ini datang, pastinya timun kita akan mula layu dan seterusnya tidak mengeluarkan hasil yang banyak.

Kumbang ini susah dikawal apabila ia mula menyerang. Paling kurang setakat ini saya berjaya mengawal menggunakan racun JAWAR S🛒. Racun JAWAR S mengandugi ekstrak minyak mambu yang mampu mengawal lebih 100 jenis serangga perosak. Racun organik menggunakan bawang putih dan cili padi tetap tidak mampu mengawal kumbang timun.

Kutu daun, kepinding putih dan bena juga suka menyerang pokok timun. Serangga-serangga ini boleh dikawal dengan racun organik buatan sendiri. Jika mahu lebih berkesan, guna JAWAR S sahaja.

Pendebungaan

Timun menghasilkan dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Jika kekurangan agen pendebungaan seperti lebah atau kelulut di kebun kita, potensi untuk bunga timun gugur adalah tinggi.

Jadi bagaimana? Usah risau. Anda boleh membuat pendebungan sendiri. Pada awal pagi sekitar 9 pagi bunga betina mula berkembang. Ketika ini kita boleh jadi tok kadi dengan mengambil bunga jantan temu pada bunga betina. Ini dipanggil pendebungaan manual.

Tuai

Sepokok timun mampu menghasilkan sekitar 25 hingga 30 buah timun satu musim. Cara untuk memetik buah timun adalah dengan memotong terus pada tangkai buah. Tuai ketika muda dan jangan biarkan ada buah masak melainkan anda ingin membuat benih. Pokok timun akan cepat mati jika anda biarkan ada buah menua di pokok.

Lebih banyak anda tuai, akan lebih banyak buah yang terhasil sama seperti pokok cili padi. Jadi rajin rajin lah menuai timun.

Rujukan


emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!