Cara Tanam Serai dalam Pasu (Semai sampai Tuai)

Serai adalah tanaman yang mudah ditanam sama ada di atas tanah atau di dalam pasu. Dahulu, saya ingat serai hanya boleh ditanam di atas tanah. Tetapi rupanya serai boleh juga ditanam di dalam pasu. Hal ini membuka ruang kepada sesiapa yang tinggal di kawasan bandar untuk cuba menanam serai.

Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu serai makan dan serai wangi. Pada artikel ini saya akan tunjuk cara menanam serai makan.

Serai makan ini pula ada terbahagi kepada dua jenis iaitu serai makan biasa dan serai makan paha ayam. Perbezaan utama adalah pada saiz di mana serai paha ayam lebih besar berbanding serai biasa.

Maklumat Botani

Nama: Serai
Nama Inggeris:
Nama botani:

Serai adalah tumbuhan herba yang tidak mempunyai batang keras. Serai berakar serabut dan tidak dalam akarnya.

Keperluan Tanah Campur

Serai suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Kita boleh gunakan tanah campur yang dijual di nurseri pokok sebagai permulaan untuk menanam. Jika inginkan cabaran, saya sarankan untuk anda mencuba membuat campuran tanah sendiri. Boleh rujuk artikel campuran tanah yang telah saya tulis ini.

Saiz Pasu

Walaupun serai tidak mempunyai akar yang panjang, tetapi serai mendapat manfaat dengan saiz pasu yang besar. Oleh itu saiz minimum pasu adalah tinggi 30 cm dengan diameter 30 cm ke atas. Jika polibeg pula, minimum 16 x 16 inci.

Saiz pasu yang kecil akan memberi kesan apabila serai mula membesar. Kita akan perlu lebih kerap menyiram dan ini mungkin menyusahkan. Sebab itu saya sarankan saiz yang besar untuk pengurusan kemudian hari.

Benih Serai

Terdapat dua cara untuk kita mendapatkan benih serai. Pertama adalah dengan membeli serai di pasar. Kemudian potong daun serai sehingga tinggal batang kerasnya sahaja. Himpunkan serai satu rumpun dengan jumlah dua hingga tiga serai satu rumpun.

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan pangkal serai. Pernah viral cara menanam ini tetapi bagi saya, cara ini menghasilkan serai yang lambat dituai. Eloklah kita guna cara pertama.

Penanaman Serai

Setelah kita sediakan pasu dan tanah yang sesuai, sudah masanya untuk menaman. Dalam satu pasu, masukkan 2-3 batang serai yang telah kita beli dari pasar. Tanam pangkal serai di dalam pasu sekitar 5-10 cm dalam.

Siram setiap hari agar tanah sentiasa lembab.

Biasanya serai akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk mula menampakkan rupa seperti kemunculan pucuk baharu.

emel kebun bandar

Pembajaan

Dari segi pembajaan, serai cukup suka baja organik. Anda boleh bubuh baja organik seperti tahi ayam atau kompos. Bubuh 5-10 cm jauh daripada pangkal. Dos sekitar 1-2 sudu makan 2 minggu sekali.

Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

Serai jarang diserang perosak dan penyakit. Malahan serai adalah salah satu tanaman yang berfungsi sebagai tanaman penghalau.

Tuai

Serai boleh dituai sekitar 3 bulan selepas penanaman. Walaupun begitu, kita tidak perlu menuai semua serai yang ada. Kita boleh tuai serai ikut keperluan.

Namun, setelah 5 bulan penanaman, anda akan dapati serai tidak lagi menghasilkan serai yang banyak. Hal ini kerana tanah telah padat dengan akar pokok serai. Oleh itu terpaksa juga tuai semua serai yang ada dan buat penanaman baharu.

Untuk itu, bagi membolehkan kita sentiasa mendapat bekalan serai berterusan di rumah, eloklah menaman serai dalam 3 pasu berlainan. Pada bulan pertama, kita semai serai pada pasu 1. Pada bulan kedua, semai lagi pada pasu 2, dan pada bulan ketiga semai lagi serai pada pasu 3.

Hal ini akan membolehkan kita mendapat bekalan serai yang berterusan.

Rujukan

  • s
emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!