Cara Tanam Salad Hidroponik (11 Langkah Mudah Untuk Newbie)

Cara Tanam Salad Hidroponik lettuce selada

Salad atau selada (lettuce) adalah antara tanaman mudah tanam terutamanya menggunakan kaedah secara hidroponik. Kali ini saya akan tunjukkan tutorial langkah demi langkah menanam salad hidroponik.

Hampir semua bahan dan peralatan yang saya gunakan untuk tanam salad ini mudah didapati di kedai ECO (RM2.10) dan Mr. DIY.

1 – Penyediaan Bahan dan Peralatan

Bahan:

  1. Biji benih salad
  2. Span cuci kereta
  3. Bekas
  4. Air
  5. Cawan hidroponik
  6. Baja AB hidroponik

Peralatan:

  1. Pisau
  2. Penyembur tangan tekanan tinggi

2 – Potong span

Potong span kepada beberapa bahagian agar dapat dimasukkan ke dalam cawan hidroponik

potong span hidroponik selada lettuce

3 – Masukkan span ke dalam cawan hidroponik

Basahkan dahulu span sebelum memasukkan semua span yang telah dipotong tadi ke dalam cawan hidroponik

cawan hidroponik malaysia salad selada lettuce

4 – Susun cawan hidroponik

Susun semua cawan hidroponik yang berisi span ke dalam bekas

span hidroponik salad selada lettuce

5 – Isi sedikit air ke dalam bekas

Setelah selesai susun, isikan sedikit air sekitar 2-3 cm tinggi dari aras bawah bekas. Ini agar span dapat menyerap air sepanjang proses biji benih untuk bercambah.

cawan hidroponik malaysia salad selada lettuce

6 – Tabur biji benih salad

Tabur dua hingga tiga biji benih salad di atas span tadi. Jika semua biji benih bercambah nanti, kita boleh buat penjarangan iaitu memotong bibit yang tidak sihat dan tinggalkan yang sihat dan kuat sahaja.

biji benih salad selada hidroponik lettuce

7 – Sembur sampai basah

Setelah biji benih berada di atas span teruskan dengan menyembur biji benih dengan penyembur tangan bertekanan tinggi sehingga semua benih basah.

8 – Tutup bekas

Tutup bekas dengan bekas lain agar air tidak mudah tersejat. Letak bekas di tempat redup. Biasanya sekitar dua hingga tiga hari biji benih sudah mula bercambah.

9 – Isi bekas takungan dengan baja AB

Isi bekas takungan dengan baja AB. Sukat kepekatan baja AB dalam bekas menggunakan meter EC. Sukatan yang sesuai untuk salad adalah 1.5 EC.

ec meter hidroponik malaysia

10 – Masukkan bibit ke dalam bekas

Apabila biji benih bercambah, boleh terus pindahkan bibit ke dalam bekas takungan hidroponik.

Tips: Jika air berkurangan sehingga 1/4 dari bekas, boleh la tambah air baja lagi.

11 – Masa Menuai salad

Kita boleh menuai salad setelah tiga hingga empat minggu selepas pindah atau sekitar 20 hari hingga 30 hari selepas pindah.

emel kebun bandar
cara tanam salad hidroponik tuai

Video Langkah demi Langkah

Ada yang masih kurang faham penerangan di atas? Tidak apa. Saya ada buat video tanam salad hidroponik khas.

Belajar cara mudah tanam salad hidroponik.

Kesimpulan

Menanam salad hidroponik tidaklah susah. Yang pastinya anda hanya perlu dapatkan bahan ini dan menanamnya sendiri.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Salam tuan.. saya baru masuk rumah baru dan baru je berjinak2 dengan tanaman sayur kecil kecilan.. ilmu di sini sangat membantu. tq

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!