
Pokok semambu atau mambu adalah pokok yang besar. Pokok ini berasal dari India dan banyak digunakan oleh kaum India.
Nama: Semambu, mambu
Nama Inggeris: neem
Nama saintifik: Azadirachta indica
Keluarga: Meliaceae
Pokok semambu mampu tumbuh sehingga 15 meter tinggi. Ia adalah jenis pokok saka yang mampu hidup lebih puluhan tahun.
Akar tunjang pokok ini mampu memecahkan konkrit sekitarnya. Eloklah tidak ditanam berdekatan bangunan sekitar 10 meter jarak.
Pokok semambu boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu melalui biji benih dan keratan batang.
Jika kita ingin menanam di atas tanah, eloklah guna daripada biji benih. Hal ini kerana anak pokok daripada biji benih mempunyai akar tunjang yang mampu mengelak pokok rebah ditiup angin apabila besar kelak.
Jika kita hanya ingin menanam dalam pasu, boleh ditanam menggunakan keratan batang.
Pokok mambu adalah pokok yang jenis tahan kemarau. Ini bermakna pokok mambu boleh hidup dalam tempoh yang lama di musim kemarau.
Racun Serangga Organik Semambu
Daun dan buah semambu oleh dijadikan sebagai racun organik. Saya tulis lengkap pasal ini di sini.
Pucuk mambu dijadikan sebagai masakan oleh masyarakat Campa di Kemboja. Di Malaysia amalan ini kurang kerana kebanyakan orang Melayu tidak makan pokok semambu.
Daun pokok semambu boleh digunakan bagi merawat gatal badan. Ada yang gunakan daun ini bagi merawat kudis akibat demam campak.
Pokok semambu mempunyai pelbagai khasiat. Walaupun begitu perlu berhati-hati jika ingin menanamnya di rumah.