Cara Mudah Mencegah Serangga Perosak Tanaman

Apabila berkebun kita tidak akan lari daripada serangan serangga perosak. Sebelum kita membunuh serangga, ada cara mencegahnya.

Tanaman Penghalau

Tanaman penghalau ini mempunyai aroma yang membuatkan serangga tidak suka. Contohnya bau serai wangi tidak disukai oleh kebanyakan serangga perosak seperti afid dan kepinding putih.

Jika kita menanam sekeliling tanaman kita dengan serai wangi, boleh mengurangkan serangan serangga perosak.

Bawang putih dan bawang merah juga mampu menghalau serangga.

Kunyit juga mampu menghalau kepinding putih. Namun kunyit digemari daunnya oleh ulat bulu dan belalang. Ini satu masalah yang boleh diatasi dengan racun organik. Baca seterusnya.

Tanaman Penarik

Tanaman penarik adalah tanaman yang dapat menarik serangga untuk datang menyerangnya. Antara tanaman penarik adalah seperti pokok bunga tahi ayam dan daun kesum.

Baja Organik

Baja yang bagus akan membuatkan pokok sihat.

Kebun Bandar ada mengeluarkan baja organik sendiri yang memang terjamin kualitinya.

Semburan Racun Organik

Ada racun organik sifatnya untuk membunuh dan ada sifatnya untuk menghalau sahaja.

Contohnya racun organik buatan sendiri yang menggunakan bawang putih dan cili sifatnya adalah untuk menghalau dan bukannya membunuh. Jika serangga mati, itu satu bonus.

Tapi larat ke nak buat selalu?

Untuk mudah boleh guna racun organik JAWAR S.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!