
Setiap tumbuhan ada kadar jumlah cahaya yang diperlukan. Lain tanaman, lain kadar yang diperlukan. Pokok berbuah memerlukan cahaya lebih banyak berbanding sayuran.
Saya terfikir untuk membuat satu senarai khas untuk setiap tanaman bagi memudahkan rujukan kepada semua pekebun. Tidak kira di atas tanah ataupun apartment.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu pencahayaan untuk tumbuhan.
Cahaya matahari adalah sumber utama untuk tumbuhan membesar. Tumbuhan menukarkan cahaya matahari kepada makanan melalui proses fotosintesis. Kebanyakan tumbuhan memerlukan cahaya antara 6 jam hingga 8 jam sehari untuk hidup subur.
Di sini kita kenal dahulu istilah mudah tentang pengkelasan jenis cahaya kepada tumbuhan.
Jumlah Cahaya | Jumlah Jam Sinaran |
Cahaya penuh | Lebih daripada 6 jam kena cahaya matahari |
Separuh cahaya | 4-5 jam cahaya terus |
Separa redup | 2-4 jam cahaya |
Redup | Kurang 1 jam cahaya |
Oleh kerana apabila tinggal di apartment, cahaya matahari terhalang oleh dinding dan ketinggian bangunan. Saya kategorikan ini sebagai separuh cahaya dan ke bawah.
Jadi apakah cara senang untuk kita ketahui tempat kita tinggal mengenai berapa banyak cahaya? Inilah masanya kita menggunakan mencatat dalam buku jurnal berkebun. Pastikan anda menyimpan satu rekod berkebun kerana kita mahu serius dalam berkebun.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan kita memerhatikan sepanjang hari di rumah kita. Ambil masa ketika di hujung minggu untuk melakukan aktiviti ini. Keluar ke kawasan yang bercahaya selama 2-3 minit setiap sejam. Tidak perlu 24 jam di tempat itu. Lakukan ketika pagi sehingga petang, apabila cahaya mula naik sehingga turun. Catat masa cahaya memancar di kawasan itu sehinggalah cahaya itu mula beralih arah ke tempat lain. Lalu, kita boleh lihat kita jatuh di kategori mana.
Dengan mengetahui kita di kategori mana, ini telah memudahkan kerja kita untuk mengenal pasti jenis tumbuhan yang paling sesuai untuk kita tanam.
Apakah jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dengan kadar cahaya yang berlainan? Anda boleh mencuba dengan tanaman herba dahulu.
Jenis Sayur | Jumlah jam cahaya |
Kangkung | Hasil memuaskan: 6-8 jam Biasa: 4-6 jam Kurang: 2-3 jam |
Sawi | |
Bayam merah / hijau | |
Bayam brazil | |
Ulam raja | |
Kailan | |
Kobis | |
tok_kendik says:
adakah cahaya untuk pertumbuhan pokok tu bermaksud cahaya direct matahari yang menyilaukan itu?
atau cahaya kecerahan yang mungkin diterima dari balikan awan, atau dinding bangunan dan sebagainya?
Izham says:
Cahaya matahari bermaksud terus kena pada pokok tanpa ada pelindung. Manakala redup bermaksud ada bayang yang tidak boleh diubah seperti dinding bangunan. Harap membantu.
Uzaini says:
tuan, bagaimana pencahayaan utk pokok pandan,kesom dan kunyit? sy ade tanam kt rumah flet. aritu try masak gune daun kesom..xdak kick..
azlina says:
Saya masih mencuba untuk menanam sayuran di balkoni rumah.. Masalah saya, sayuran yang ditanam akan mempunyai batang yang panjang kerana mencari cahaya. Rumah saya hanya mendapat cahaya terus sekitar 1 jam. itupun cahaya petang.
Pokok yang saya pernah tanam
1. Timun mini – sekadar 3 pokok.. dan hasilnya cuma dalam 8 biji (ini adalah kerana masalah pendebungaan terpaksa secara manual)
2. Rock melon – 2 pokok.. dan hasilnya 2 biji sekitar 600 gram setiap biji
3. Bunga Kantan – baru berusia setahun. belum berbunga
4. Kari – baru berusia setahun. pokok baru nak mencapai sejengkal
5. Cili padi – Pernah berbuah lebat semusim. Sekarang proses pemulihan
6. Bayam merah, – mengambil masa yang lama untuk besar. pokok masih bantut walau usia dah mencapai 6 minggu (batang keras)
7. labu – sekitar 4 pokok…tak pernah berbuah (masalah bunga jantan tiada ketika bunga betina sedang kembang.
8. Betik – 2 pokok – hingga kini masih belum berbuah.. (mungkin masalah agen pendebungaan)
9. sawi – baru cuba tanam 2 minggu (cambahnya berbatang panjang)
10. Kailan – baru berusia 2 minggu (cambahnya berbatang panjang)
11. Cekur – subur
12. Cili benggala kuning – belum berbuah (berbunga banyak kali)
Apa cadangan pihak tuan??
Ismail Sarudin says:
Salam Sdr Izham.
Sy Ismail, dr Kg Rantau, N Sembilan.
Sy nk tanam sayu dikwsn redup dibwh pkk getah. Kwsn lbih krng 50′ × 70′ sj.
Sayur (2an) apa yg ssuai ditnm disini?
T kasih En Izham.