Terdapat pelbagai buku pertanian yang ada. Saya suka membaca buku pertanian. Mungkin sebab ijazah saya sendiri atau saya sendiri suka.
Jadi dalam blog post kali ini saya ingin berkongsi apa saya dapat dalam buku pertanian tersebut. Apa pandangan saya terhadap buku tersebut. Mungkin jika buku itu berbaloi, saya akan tulis satu post baru pasal buku itu. Jika tidak, cukup sekadar ulasan dalam blog post ini.
Urutan dalam ini bukanlah apa-apa. Saya isi rawak agar atas apa yang saya nampak di rak buku saya.
Vermiculture and Vermicompost
Buku ini saya beli nun dari Amazon India. Waktu itu sifu saya bercerita tentang vermiwash. Jadi saya frenzy dan ingin tahu tentang vermiwash. Saya habiskan RM300 untuk beli buku ini sahaja. Kemudian saya menyesal. Buku ini banyak merepek pasal cacing dan pengenalannya sendiri pun banyak merepek. Orang Melayu panggil lehwah.
Saya lebih suka buku omputeh. Mereka straight to the points. Takda melehwah begini.
Mungkin buku ini untuk penuntut vermikompos. Tapi saya sendiri pernah membaca pelbagai buku rujukan berkaitan vermikompos. Tapi taklah seteruk buku ini.
Saya bagi rating 5/10.
Mungkin isi buku ini ada bagusnya. Tapi cara susunan dan lambakan maklumat tak perlu buat saya muak untuk membaca buku ini.
Restoring Your Soil – Dale Strickler
Buku ini terbitan Storey. Saya kalau nampak je ditulis oleh Storey, memang saya akan beli. Buku-buku Storey tidak pernah mengecewakan. Bahkan kalau saya pergi ke Big Bad Wolf pun kalau nampak buku berkebun diterbitkan oleh Storey, saya terus masuk bakul. Tak tengok lain.
Buku ini ditulis oleh orang memang bidangnya. Saya sendiri masih membaca buku ini. Yelah baca buku pertanian bukan macam baca novel. Baca hanya mana perlu. Jika tak nanti buku pertanian itu jadi bosan dan beat the purpose lah untuk baca buku itu.
Buku ini saya suka tentang penceritaan oleh pengarang. Storytelling dia very compelling. Buat saya terngiang-ngiang apabila teringat fakta tersebut.
Contohnya dia ada bercerita pasal bagaimana melawan serangan limau. Dia bercerita bagaimana seekor aligator (adik kepada buaya) mampu mengubah serangan citrus apa entah. Ye saya tak ingat penuh. Nanti saya update semula penyakit apa. Saya ingatkan apa bendalah dia ambil daripada aligator itu.
Rupanya dia bunuh seekor aligator yang menceroboh kawasan ladangnya. Jadi bangkai itu dia tanam berdekatan satu pohon limau. Selepas beberapa bulan di ladang limau dia tu hampir semua pokok limau diserang citrus greening. Tetapi tidak pada kawasan limau ditanam bangkai aligator itu.
Dia buat kesimpulan mudah bahawa bangkai aligator itu jawapannya.
Tidak lah bermakna perlu bunuh semua aligator ada di sungai berdekatan. Dia guna model mental – The First Principle. Apa dalam aligator itu yang menyebabkan pokok limau dia sihat.
Dia cuba replicate pada pokok lain dengan bahan lain.
Dan jawapannya adalah peningkatan bahan organik dalam tanah. Itulah jawapan kepada tanah yang subur.
Banyak lagi cerita dalam buku ini. Tetapi mungkin elok saya buat satu post khas sahaja untuk bercerita pasal buku ini.
Buat Duit dengan Cacing Tanah
Buku ini saya ingat lagi di mana saya beli. Saya beli di kedai buku mamak di depan Mydin Putrajaya Percint 15. Ketika itu saya tinggal bersama kakak saya di sana.
Buku ini bagus untuk permulaan. Tetapi bagi saya terlalu kering. Mungkin sebab ketika itu PTS ingin menerbitkan pelbagai buku dan tangkap muat sahaja sesiapa yang boleh tulis.
Sebab saya sudah membaca pelbagai buku vermikompos dan memang akan ada buku kering begini. Penulis menyumbat pelbagai fakta. Susunan pun boleh lah.
