Belajar Cara Tanam Tembikai Susu (Rock Melon) dalam Pasu (Semai sampai Tuai)

cara tanam tembikai susu honey dew dalam pasu

Tembikai susu atau melon adalah antara buah yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Cara penanaman buah ini tidak lah sesukar mana. Boleh ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu.

Maklumat Botani

Nama Melayu: tembikai susu
Nama Inggeris: honeydew
Nama saintifik: Cucumis melo cv Inodorus
Keluarga: Cucubirtaceae (keluarga labu)

Tembikai susu adalah tumbuhan menjalar. Daunnya lebar dan berakar serabut. Batang lembut. Seperti keluarga labu yang lain, tumbuhan ini mempunyai dua jantina bunga pada satu badan. Satu bunga betina dan satu bunga jantan yang digelar sebagai monoecious dalam istilah botani.

Varieti

Tembikai susu mempunyai tekstur isi yang rangup. Terdapat pelbagai varieti tembikai susu yang ditanam di Malaysia. Mari kita kenali satu per satu.

Semua varieti yang saya nyatakan ini adalah varieti generasi pertama atau F1 (hibrid)Opens in a new tab.. Ini bermakna jika kita ingin membuat benih daripada F1 ini sangatlah tidak sesuai. Benih daripada F1 iaitu F2 tidak akan sama seperti induk asal. Mungkin benih F2 ini saiz lebih kecil dan tidak dapat membesar dengan baik. Jadi saya sarankan anda beli sahaja benih ikut pautan diberi.

Walaupun begitu, tidak salah untuk anda bereksperimen, bukan? Itulah kelebihan menanam sendiri.

Honey dew

Ini adalah varieti yang kerap kita nampak dijual di pasaraya. Rasanya manis dan rangup. Penanaman buah ini tidaklah sukar. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu honey dew dalam pasu

Jade dew

Sama seperti honey dew. Cuma bentuknya lonjong. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu jade dew dalam pasu

Glamour

Rasa Glamour lebih manis berbanding honey dew. Rupa luar kasar dan seperti jaring. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu sky rocket dalam pasu

Rock melon

Melon batu ini rasa lebih rangup berbanding sky rocket. Ini antara varieti yang banyak ditanam oleh petani fertigasi. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu rock melon dalam pasu

Melon Madu

Sama seperti varieti honey dew, cuma warna di luar adalah kuning. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu kuning autumn sweet dalam pasu

Golden prize

Sama seperti Autumn Sweet. Bezanya hanya pada rupanya yang lonjong. (beli siniOpens in a new tab.)

cara tanam tembikai susu kuning golden prize dalam pasu

Jenis Tanah

Pokok tembikai susu menyukai tanah yang kaya dengan bahan organik tetapi tidak suka tanah yang bergenang. Bagaimana ingin tahu tanah kita bergenang atau tidak? Senang sahaja. Perhatikan keadaan tanah selepas hujan. Jika ada menakung air, tandanya tidak sesuai untuk menanam tembikai susu.

Hal ini kerana tanah yang bergenang akan menyebabkan akar pokok tembikai mudah rosak.

Semaian

Anda boleh terus menyemai benih tembikai susu ke dalam tanah atau pasu untuk mula menanam. Tetapi paling bagus kalau disemai dahulu di dalam bekas semaian. Boleh jadi dalam talam semaian ataupun cawan kecil berisi media semaian.

emel kebun bandar

Di sini ingin saya tekankan pentingnya menggunakan media semaian yang betul. Jika salah, anak benih yang keluar mungkin akan dijangkiti penyakit. Saya sarankan gunakan peatmoss (beli siniOpens in a new tab.). Peatmoss memang terkenal sebagai media semaian yang berkualiti untuk semua jenis semaian.

Adakah perlu rendam benih dahulu dalam air? Saya tidak mengamalkan kaedah ini kerana bagi saya benih di dalam media semaian yang lembab akan sendiri menyerap air. Kenapa perlu buat kerja dua kali?

Tanam benih sekitar 3-5 cm di dalam media semaian. Siram lembut setiap hari sehingga benih bercambah iaitu sekitar 3-7 hari.

Setelah benih bercambah, tunggu sekitar dua hingga tiga minggu sebelum dipindahkan ke atas tanah atau ke dalam pasu.

Penanaman dalam Pasu

Jika anda ingin menanam dalam pasu, pertama pilih saiz pasu yang sesuai. Untuk tembikai susu, cukup pasu saiz 35 cm diameter dengan ketinggian 40cm ke atas.

Manakala untuk medium pasu, anda boleh belajar buat sendiri seperti yang saya tunjukkan dalam cara buat campuran tanah atau jika tiada masa eloklah beli tanah campur berkualiti (beli siniOpens in a new tab.).

Merayap atau menegak?

Untuk hasil yang bagus dan jimat kawasan, eloklah melon ini ditanam secara menegak. Biarkan ia memanjat ke atas. Jadi eloklah letak di tepi pagar atau kita pasang pancang untuk melon ini memanjat.

Walaupun begitu, jika ingin dibiarkan tumbuh merayap pun tiada masalah. Tetap melon boleh menjadi.

Penyiraman

Tembikai susu suka tanah yang lembab tetapi bukan bergenang. Oleh itu cukup sekadar siram 2-3 kali sehari tergantung kepada cuaca. Jika cuaca biasa, siram 2 kali sehari memadai. Jika cuaca panas, siramlah 3 kali sehari termasuk tengah hari. Ya tiada masalah untuk menyiram di waktu tengah hari.

Pembajaan

Tembikai susu suka baja organik. Anda boleh gunakan kompos atau lebih baik vermikompos (beli siniOpens in a new tab.). Vermikompos adalah baja tahi cacing yang tinggi kebaikan pada tanaman. Dua minggu segenggam memadai. Korek dan gaulkan bersama tanah untuk kesan maksimum. Siram selepas pembajaan dibuat.

Untuk baja kimia pula, gunakan baja NPK biru 12:12:17 yang berkualiti tinggi (beli siniOpens in a new tab.). Jika guna kualiti rendah, mungkin nilai nutrien dalam baja itu tidak sama seperti yang ditunjukkan. Bukan apa, baja dari China tidak sama kualitinya seperti baja dari Australia.

Pemberian baja buah secara kimia ini boleh dibuat dua minggu sekali dengan kadar satu sudu makan.

Pendebungaan

Tembikai susu mempunyai dua jenis bunga iaitu bunga betina dan bunga jantan. Biasanya agen pendebunga seperti lebah, kelulut atau rama-rama akan mengenemukan debunga jantan ke pistil. Tetapi untuk dapatkan buah yang betul bulat, biasanya pekebun akan membuat pendebungaan sendiri. Kira menjadi tok kadi ke atas tanaman mereka.

Mudah sahaja. Petik bunga jantan dan lagakan pada bunga betina yang sedang kembang mekar. Cukup sekadar 3-5 saat.

Bagaimana nak tahu jadi atau tidak? Tunggu dalam masa 3-5 hari apabila bunga betina mula menguncup. Jika bunga betina tidak gugur, maka anda berjaya sebagai tok kadi!

Pembuahan

Untuk mendapatkan berat buah sekitar 1-2kg / buah, satu pokok biarkan sekitar satu hingga dua putik buah sahaja. Selebihnya buang bunga betina dan jantan. Biar pokok dapat fokus pemberian baja pada buah yang telah menjadi. Jangan sayang buang bunga sebab jika tidak buah yang terhasil akan kecil.

Jika ada lebih daripada dua buah satu pokok,

Ada pekebun yang membuang pucuk pada daun ke empat selepas putik buah. Katanya bagi pokok dapat menyalurkan baja pada buah. Anda boleh cuba kaedah ini.

Apabila saiz buah sebesar bola tenis, anda boleh mula mengikat buah ke atas agar buah tidak jatuh. Boleh gunakan jaring buah (beli siniOpens in a new tab.) untuk memudahkan kerja anda.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Pokok tembikai ini mudah diserang perosak seperti kutu daun, bena, kepinding putih dan koya. Cara terbaik untuk kawal serangan serangga ini adalah dengan menyembur racun organik semambu (beli siniOpens in a new tab.). Ekstrak semambu mempunyai bahan aktif yang mampu merencat nafsu makan serangga. Seterusnya menyebabkan mereka mati kelaparan walaupun makanan di hadapan.

Cukup sekadar semburan seminggu sekali sebagai kawalan.

Jika telah diserang, laksanakan semburan tiga kali seminggu.

Bagi penyakit pula, tembikai susu mudah diserang oleh kulapuk downy. Biasanya petani akan menanam varieti yang rintang penyakit berdebu ini. Untuk kawalan organik, sembur dengan EM1 (beli siniOpens in a new tab.). Fungsi EM1 adalah bagi mengawal populasi kulat kulapuk ini agar tidak merosakkan pokok. Banyak manfaat EM ini yang boleh anda baca dalam Manfaat EM1Opens in a new tab..

Selain itu kuatkan daya ketahanan pokok dengan menyembur cuka kayu (beli siniOpens in a new tab.). Mengikut kajian di Thailand, cuka kayuOpens in a new tab. terbukti mengandungi bahan yang mampu meningkatkan ketahanan pokok terhadap perosak dan penyakit. Semburan 2 kali seminggu sudah memadai.

Tuai

Tempoh tuaian adalah berbeza untuk setiap varieti tembikai susu. Ada yang sehingga 60 hari selepas tanam, ada yang 70 hari bahkan ada yang 80 hari. Jadi perlulah kita membaca pada pek benih tentang tempoh matang buah.

Rumusan

Tembikai susu mempunyai pelbagai varieti. Boleh mula menanam dengan honeydew dan cabar diri seterusnya dengan varieti lebih sukar seperti rock melon.

Rujukan

  • Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Tembikai.
emel kebun bandar

Terkini

error: Content is protected !!