Pokok mangga adalah antara pokok yang paling mudah ditanam. Buah mangga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Buah muda pula boleh dibuat colek.
Maklumat Botani
Nama tempatan: Mangga, mempelam, pauh
Nama Inggeris: Mango
Nama saintifik: Mangifera indica
Keluarga: Anacardiaceae
Pokok mangga berbatang keras dan boleh tumbuh mencecah 10 meter tinggi.
Pokok mangga adalah tumbuhan tumbuh tidak bermusim.