Cara Buat Perangkap Lalat Buah Guna Botol

Lalat buah menjadi musuh utama bagi sesiapa yang menanam tanaman berbuah seperti cili, jambu, mangga, dan pisang. Mana tidaknya. Buah busuk sebelum masak adalah tanda utama buah telah diserang lalat buah.

Asasnya, lalat buah diciptakan oleh Allah SWT berpasangan. Ada jantan dan betina. Lalat buah betina lah yang bertelur di dalam buah. Tabiatnya bertelur pada buah sebelum buah masak.

Cara lain untuk bunuhnya adalah dengan pelekat kuning atau balut buah apabila putik buah kelihatan.

Di sini saya terangkan tentang penggunaan pemikat lalat buah sebagai perangkap lalat buah. Anda boleh belajar buat sendiri atau mudah, beli perangkap yang telah siap dibuat (beli sini).

Bahan:

  1. Metil eugenol (beli sini)
  2. Kapas
  3. Botol minuman 500 mL
  4. Dawai

Alat:

  1. Pisau

Cara buat perangkap lalat buah:

  1. Buat tiga hingga empat lubang di atas penutup botol.
  2. Tebuk penutup botol.
  3. Kemudian ikat dengan dawai
  4. Ambil kapas dan letakkan dua hingga tiga titik metil eugenol
  5. Seterusnya lekatkan kapas tersebut pada dawai yang dibuat pada penutup botol
  6. Tutup botol dan gantung di luar kawasan kebun kita. Terutama jauh daripada pokok yang diserang. Jarak yang sesuai adalah 50 meter ke atas.

AMARAN: Jika pokok kita tidak diserang oleh lalat buah, jangan sesekali buat perangkap ini. Jika tidak anda akan menanggung risiko pokok buah anda diserang pula lalat buah. Ibarat anda menghantar kad jemputan kepada lalat buah untuk berpesta di kebun anda.

Rujukan:

  1. http://myagri.com.my/2013/09/lalat-buah-edisi-fertigasi/
  2. http://myagri.com.my/2015/09/buah-cili-buruk-dan-gugur/
emel kebun bandar

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di IPTA. Jika ingin bertanya soalan berkebun secara percuma boleh emel ke izham@kebunbandar.com. Untuk khidmat nasihat berbayar boleh hubungi 019-6060 175

Terkini

error: Content is protected !!