Nak Tahu Apa Itu Baja NPK? Mesti Anda Suka Cerita Ini

Sesiapa yang terlibat dalam bidang pertanian akan tidak lari dengan baja. Baja adalah sumber utama untuk tanaman subur. Tanpa baja, maka tidakah subur pokok.

Apabila dikatakan tentang baja pula akan ada terdapat satu istilah pada baja dinamakan baja NPK.

Apakah itu baja npk? Baja NPK adalah baja sebatian yang diproses secara sintetik mengandungi minimum tiga nutrien utama didalamnya iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K). Baja NPK biasanya dalam bentuk butir. Lawan kepada baja sebatian adalah baja tunggal. Nak tahu lanjut tentang baja ini boleh la rujuk penulisan saya bertajuk Baja dan Tumbuhan.

Kandungan Baja NPK

Huruf NPK dan nombor selepas huruf itu mewakili nutrien yang ada di dalam baja tersebut. Huruf-huruf ini diambil daripada jadual berkala di mana N mewakili nitrogen, P mewakili fosforus dan K adalah kalium.

Nombor selepas huruf seperti dalam pek baja NPK hijau 15 15 15 mewakili peratus nutrien itu di dalam baja sebatian. Ramai yang silap mengatakan itu adalah nisbah. Jika nisbah, kenapa tidak dibuat 1:1:1 sahaja, bukan? Jadi istilah yang betul adalah peratus kandungan nutrien yang ada.

Jika dicampurkan semuanya akan berjumlah 45%. Di mana lagi 55% yang lain? Dalam ilmu sains pertanian mengenai baja, baki peratusan yang lain itu adalah kandungan bahan-bahan lain (disebut sebagai bahan lengai). Bahan lengai ini terdiri seperti pasir, tanah atau garam yang mengikat unsur yang ada. Apabila diberikan kepada tumbuhan, hanya NPK akan diserap oleh tumbuhan manakala bahan lengai ini akan larut ke dalam tanah.

Nutrien Tersedia

Huruf digunakan mewakili unsur N, P dan K bukanlah bermakna tumbuhan menyerap unsur itu secara tulen. N mewakili peratusnya, manakala P akan ditulis sebagai P2O5 dan K sebagai K2O. Jika belajar lanjut tentang ini memang akan jadi sedikit rumit.

Untuk memudahkan pengiraan, maka kita anggap sahaja setiap unsur itu peratusnya begitu.

Sejarah NPK

Dari mana mulanya penggunaan sistem pemberian huruf dan nombor ini? Justus Von Liebig, seorang saintis Jerman telah memperkenalkan sistem ini pada pertengahan kurun ke-18. Menurut beliau, tumbuhan memerlukan tiga unsur utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium untuk hidup subur dan 14 unsur yang lain.

Dengan beredarnya masa syarikat baja membuat ringkasan bahawa N adalah untuk pertumbuhan daun, P untuk akar subur dan K untuk pembesaran tanaman. Yang pada hakikatnya lebih rumit daripada itu. Selain NPK, terdapat unsur nutrien mikro yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti magnesium (Mg) kalsium (Ca), mangan (Mn), boron (B) dan sebagainya.

Fungsi Baja NPK

Fungsi baja NPK adalah sama seperti fungsi baja yang lain iaitu membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbuhan membesar. Bezanya dengan baja organik adalah baja kimia memberi kesan yang cepat berbanding baja organik. Oleh sebab itu ramai petani lebih suka menggunakan baja NPK berbanding baja organik.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur untuk tumbuh subur. Unsur tersebut dibahagikan kepada dua jenis mengikut jumlah yang diperlukan untuk tumbesaran iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien bermakna jumlah banyak diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup subur. Manakala mikronutrien bermakna nutrien ini sedikit sahaja sudah memadai untuk tumbuhan hidup.

Makronutrien:

  • Nitrogen (N)
  • Fosforus (P)
  • Kalium (K)
  • Kalsium (Ca)
  • Sulfur (S)
  • Magnesium (Mg)

Antara enam nutrien ini, tiga paling utama iaitu N, P dan K. Tiga nutrien ini paling banyak digunakan oleh tumbuhan dan kerap tiada di dalam tanah. Oleh sebab itulah syarikat baja mengambil insiatif membuat baja sintetik dalam bentuk sebatian dan menamakannya sebagai baja NPK.

emel kebun bandar

Mikronutrien:

  • Ferum (Fe)
  • Boron (B)
  • Klorin (Cl)
  • Mangan (Mn)
  • Zink (Zn)
  • Kuprum (Cu)
  • Molybdenum (Mo)
  • Nikel (Ni)

Perbezaan Antara Baja NPK Hijau, Biru dan Unggu

Jika belajar sains pertanian, tentunya akan terjumpa perkataan baja NPK hijau dan baja npk biru. Mengapa ada kod warna pada baja ini?

Para pembuat baja ingin memudahkan jualan baja jadi memecahkan baja jualan mengikut kategori baja iaitu baja untuk tumbesaran dan baja untuk pembungaan / pembuahan.

Lalu mereka juga menggunakan kod sistem warna bagi memudahkan kefahaman petani.

Baja NPK hijau sesuai untuk awal pertumbuhan pokok dan pokok sayuran seperti sawi, kangkung gan bayam. Jika dilihat pada peratus nutrien adalah sekata iaitu 15 15 15.

Manakala untuk baja NPK biru pula dilebihkan pada kalium. Kalium jika kita faham adalah untuk pengeluaran bunga dan buah. Sebab itulah baja kimia ini sesuai digunakan untuk pokok yang mula ingin berbuah seperti mulberi, durian, pisang dan kelapa.

Bagaimana pula jika ada baja 16 16 16, baja 8 8 8? Adakah itu sama dengan baja NPK hijau? Mudah sahaja. Baja yang sama peratusnya boleh kita kategorikan sebagai baja sayuran. Manakala jika ada baja yang lebih K, itu adalah baja untuk pembuahan. Mudah kan? Tak perlu rumit rumit.

Ingat, sistem warna ini dibuat oleh syarikat baja. Fahamkan konsep baja npk ini, insya-Allah apapun warna baja diberikan dapat kita rungkai kegunaannya.

Cara Guna Baja NPK Untuk Pokok

Kegunaan baja NPK untuk pokok adalah berbeza mengikut keperluan nutrien setiap tanaman. Contohnya sawi dalam kategori sayuran berdaun memerlukan baja NPK hijau sahaja.

Kalau nak juga guna baja NPK biru, ada kesan tak? Tiada kesan. Cuma berlaku pembaziran.

Manakala nak guna baja NPK untuk durian bagaimana?

Mudahnya, baja NPK untuk pokok buah berumur 5 tahun kebawah adalah sekitar 1.5-3kg setahun. Pemberian jumlah ini dipecahkan kepada 3-4 kali setahun.

Kita ambil contoh begini untuk pokok durian berumur 1-3 tahun.

Baja NPK yang perlu diberikan adalah baja NPK hijau. Ikut panduan umum adalah 1.6kg per tahun. Kita nak bagi 4 kali setahun.

Maka 1,600 g / 4 = 400g

Setahun ada 12 bulan. 12 / 4 = 3 bulan

Setiap 3 bulan kita perlu beri sebanyak 400g baja.

Daripada maklumat ini, saya susun dalam bentuk jadual untuk lebih mudah kita faham.

BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgsSeptOktNovDis
Kadar Baja400g400g400g400g
Jadual pemberian baja tahunan

Kaedah pemberian baja pula boleh dalam bentuk tabur, bulatan atau poket. Antara tiga ini, saya dapati pemberian secara poket lebih mudah.

Korek tiga lubang sekitar pokok kemudian tabur baja pada setiap lubang dengan jumlah 400g. Begitulah cara pemberian baja NPK.

Gambar rajah pemberian baja secara poket. Baja di letak di hujung kanopi pokok atau 2/3 jarak daripada pangkal sehingga ke kanopi.

Apakah semua jenama baja NPK sama?

Tidak semua baja NPK sama. Ada satu kajian menunjukkan bahawa peratus baja NPK daripada China tidak seperti yang dicanang pada pek baja. Sebab itulah kadang bila kita guna baja NPK seperti kesan tak memberangsangkan. Hal ini berbeza jika kita guna jenama yang terkenal seperti YaraMilla, Zennex dan Novatec. Syarikat baja ini memang membekalkan baja berkualiti.

Bagi yang hanya ingin mendapatkan skala kecil, boleh dapatkan pek baja hijau pek 1kg (beli sini). Jika ada yang ingin dapatkan seguni 50 kg (beli sini) pun boleh. Manakala baja novatec premium sangat bagus untuk baja buah. Boleh dapatkan pada pek 1kg (beli sini) atau satu guni 50kg (beli sini) terus.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Saya ada beli tanah baja. Dia tulis organic fertilized oil. NPK 0.15%. 0.50%, 0.30%. Ada ini baja semulajadi? Ok ke peratusan NPK nya?

  2. Pengeluar tanah mencampurkan dengan baja organik seperti tahi ayam atau najis lembu. Peratusan tersebut tidak mencukupi untuk pokok membesar. Perlu juga tambah baja pada tanah tersebut mengikut sukatan yang diperlukan.

  3. Kat mana nak bli baja npk hijau & pink (bunga).

  4. Assalamua’laikum.

    En.Izham, Adakah baja ini sesuai untuk penanaman hidroponik?
    Apakah cadangan untuk membuat baja kompos hidroponik,
    sebab rumah saya tiada tanah atau tanaman pasu.

  5. Setakat ini tiada baja kompos hidroponik. Baja hidroponik menggunakan baja AB.

  6. En izham nak tanya, nak dapatkan racun organik untuk penyakit pelombong daun dimane

  7. apakah yang di maksudkan dengan baja kopi

  8. En Izham. Soalan saya, bila waktu sesuai untuk membaja?
    Selepas membaja, adakah perlu siram pokok?
    Anak pokok yang baru disemai (seminggu, dua minggu umurnya), adakah boleh kita gunakan Baja ini?

    Maafkan saya bertanya, saya orang baru belajar.

  9. Assalamualaikum en izham
    Adakah baja kopi sesuai tuk rumput?tq

  10. Salam en. Nak tanya. Pokok bunga kertas dalam pasu. Baja apa yg terbaik.

    Mohon pandangan

  11. Boleh guna baja buah atau baja bunga. Cari NPK merah atau NPK biru.

  12. Saya ada meletakkan baja tahi ayam pada tanaman kacang dan jagung. namun dalam beberapa hari, bahagian bawah daun menjadi berwarna kuning. sebab apa ye tuan?

  13. Salam En.Izham,
    Saya nak tnyer baja NPK apa yg sesuai utk penanaman halia?

    Mohon pandangan Encik. Terima kasih

  14. Selamat petang encik izham , boleh I tanya mana yg boleh beli baja 151515 ? Terima ksh

  15. Assalamualaikum

    Apakah baja terbaik untuk strawberry tanah rendah

  16. Assalam tuan
    Saya nak guna baja apa utk pokok durian . Pokok nampak macam x kuat dan daun pon tak menghijau. Minta nasihat.

  17. Guna baja NPK 12:12:17 dengan diselang seli baja organik seperti kompos ataupun baja tahi ayam.

    Kalau boleh, sembur dengan cuka kayu juga.

  18. Paling bagus guna baja kompos.

  19. Saya nak beli baja 15-15 ni. tolong contact saya h/p: 0192234087

  20. Berapa lama tarikh luput baja?

  21. Tiada tarikh luput untuk baja kimia.

  22. Saya tak jual.

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!