Pembajaan – Apa yang Patut Petani Tahu

Apabila berkata berkaitan pembajaan, banyak hal seorang pekebun wajib tahu. Ini bermula daripada cara pembajaan yang betul untuk sayuran, buah-buahan, rumput dan sehinggalah menguruskan jadual pembajaan.

Apakah tujuan melakukan pembajaan? Pembajaan dibuat bagi membekalkan sumber nutrien yang cukup untuk tumbuhan tumbuh subur.

Kitaran Baja Mengikut Hukum Keabadian Jisi

Pada asalnya tanah mengandungi nutrien yang cukup untuk pokok tumbuh subur. Pokok menyerap nutrien dalam tanah dan membesar. Dedaun, ranting dan buah yang luruh sekitar pokok akan diuraikan oleh mikroorganisma menjadi nutrien. Seterusnya nutrien ini akan diserap kembali oleh pokok. Ini lah dinamakan kitaran nutrien.

Sebab itulah kalau kita lihat di hutan pokok-pokok boleh tumbuh subur tanpa ada perlu dibaja. Hal ini kerana pokok membaja diri mereka sendiri.

Kitaran ini juga menepati hukum keabadian jisim. Apabila pekebun menanam tumbuhan, tumbuhan itu mengambil nutrien daripada tanah untuk tumbuh. Namun jika kemudiannya tumbuhan itu disingkirkan dari kawasan itu, maka nutrien yang ia serap dari tanah tidak akan kembali ke tanah asal. Kesannya kesuburan tanah di situ semakin berkurangan.

Petani mengambil iktibar dari kesan ini. Mereka menggantikan nutrien yang hilang dengan menambah nutrien dari luar kawasan tanah itu. Sama ada dengan baja organik ataupun baja sintetik.

Unsur nutrien

Saintis telah membuat kajian berkaitan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Didapati pokok memerlukan 13 mineral yang penting bagi tujuan tumbesaran yang bagus.

Unsur seperti karbon (C), hidrogen (H), dan oksigen (O) diambil oleh tumbuhan melalui udara dan air. Manakala unsur-unsur lain diambil dari tanah.

Unsur ini dipanggil juga sebagai nutrien. Nutrien tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu makronutrien dan mikronutrien berdasarkan jumlah nutrien yang diperlukan.

Makronutrien

Makronutrien ialah nutrien penting diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Nutrien tersebut ialah nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (Su).

Mikronutrien

Manakala zink, dan molebdenum (Mo) hanya diperlukan dalam kuantiti sendikit. Secara semulajadi semua unsur mikronutrien ini telah ada dan cukup di dalam tanah kebun.
Sebab itu jarang kita melihat pek baja dengan unsur selain NPK.

Cara Membaca Pek Baja

Setiap pengeluar baja wajib meletakkan apakah jenis nutrien dan peratus yang ada dalam baja mereka. Nutrien ini diwakili dengan huruf seperti N mewakili nitrogen, P mewakili fosforus, dan K mewakili kalium.

Manakala nombor-nombor yang ada pada pek baja mewakili peratus nutrien. Contohnya N-15 P-15 K-15. Ini bermakna terdapat 15% nitrogen, 15% P2O5 dan 15% K2O di dalam baja tersebut.

Jadi setelah kita tahu mengenai nutrien yang diperlukan oleh pokok barulah kita akan faham cara untuk membaca pek baja.

Fasa Pembajaan

Pembajaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu pembajaan asas dan pembajaan tambahan.

Pembajaan asas bermaksud kita menggunakan baja asas seperti kompos dan tahi ayam sebagai baja sebelum menanam.

Apabila tumbuhan mula membesar, kita memberi baja tambahan. Biasanya baja tambahan ini boleh jadi baja kimia NPK atau baja organik seperti kompos, tahi haiwan seperti tahi ayam, lembu, kambing ataupun arnab.

Keadah Pembajaan

Terdapat empat cara pembajaan yang betul. Kaedah poket, tabur, sisi dan semburan daun.

Kaedah poket adalah di mana baja diletakkan di sekeliling pokok dalam bentuk poket. Poket ini adalah lubang yang dikorek dalam bilangan tiga hingga lima poket. Baja dibubuh di dalam lubang tersebut dan kemudian dikambus.

Kaedah tabur pula biasanya sesuai untuk pembajaan asas. Contohnya baja tahi ayam di tabur di atas batas. Seterusnya digaulkan bersama tanah menggunakan cangkul atau mesin bajak.

Kaedah sisi pula adalah dengan baja ditabur di sisi atau sebelah tanaman. Cara ini sesuai untuk tanaman berbaris, berjunjung atau pokok besar.

Baja semburan daun atau baja foliar digunakan bagi membekalkan baja dengan kadar yang cepat. Biasanya kandungan baja mikronutrien digunakan atas sebab tanah kekurangan baja tersebut.

Walaupun begitu, kebanyakan pekebun organik mengaplikasi baja organik dengan cara semburan agar kesan yang cepat. Terutama dalam penggunaan cuka kayu di kebun.

Cara Letak Baja untuk Pokok Bunga

Pokok bunga memerlukan baja yang tinggi dengan kandungan K. oleh itu cara baja yang tinggi K. Cara letak baja untuk pokok bunga seperti pokok bunga kertas mudah sahaja. Gunakan kaedah pembajaan tabur keliling.

Jumlah biasanya sekitar 5-10 g / pokok / bulan. Ini saya sarankan rujuk pada pek pembajaan. Jika tiada, boleh membaja sekitar 2 kali sebulan atau 2 minggu sekali.

Ada juga bertanya bolehkah ajinomoto untuk tanaman bunga? Tentunya boleh. Saya telah memberi penerangan jelas di Ajinomoto – Kesan Menakjubkan Untuk Pokok Bunga.

Tanda Pokok Kurang Baja

Simptom kekurangan nutrien pada tumbuhan dapat dilihat pada rupa fizikal pokok. Terutama pada daun tua atau pun daun muda.

Jadual di bawah menunjukkan tanda kekurangan nutrien pada sayur

NutrienTanda
Nitrogen (N)
Fosforus (P)
Kalium (K)
Kalsium (Ca)

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content