Cara Tanam Kucai dalam Pasu / Polybag – Awal sampai Tuai

cara tanam kucai dalam pasu polibeg polybag kebun ubi

Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam sama ada di atas tanah, pasu, polibeg ataupun botol. Daun kucai sedap dimasukkan ke dalam masakan.

Jangan silap kucai dengan losun. Walaupun losun adalah seperti kucai, losun ini unik bagi masakan etnik Borneo di Sabah dan Sarawak.

Maklumat botani

Nama Melayu: Kucai
Nama Inggeris: Chinese chives, garlic chives
Nama saintifik: Allium tuberosum
Keluarga: Amaryllidaceae

kedai pertanian online

Kucai adalah tumbuhan saka yang hidup lebih daripada setahun. Tidak seperti saudaranya bawang, kucai masih kekal hidup walaupun sudah berbunga dan menghasilkan benih berbanding bawang yang akan mati sebaik sahaja mengeluarkan benih.

Tumbuhan herba ini tidak mempunyai batang keras dan tumbuh dengan rizom. Rizom adalah akar yang terubah suai.

Bau daun kucai seakan bawang putih. Sebab itulah orang puteh menggelar kucai sebagai kucai bawang putih.

Terdapat beberapa varieti kucai yang ada iaitu yang berdaun halus dan berdaun lebar. Yang sering dijual di pasar itu adalah jenis daun besar. Kucai dau halus lebih menyengat bau berbanding kucai daun lebar. Tetapi jarang dijual secara komersial di Malaysia ini atas sebab kurang permintaan dan hasil yang kurang.

Semaian

Terdapat dua cara untuk membiakkan kucai. Pertama adalah menggunakan biji benih. Cara ini sesuai jika anda inginkan cabaran. Kucai yang ditanam dari biji benih mengambil masa sekitar 365 hari untuk mula stabil.

Hal ini berbeza dengan kucai yang ditanam menggunakan kaedah pembiakan rizom. Rizom sering dianggap sebagai ubi kucai. Istilah ini bagi saya kurang tepat kerana dalam pertanian ini digelar sebagai rizom.

semai ubi umbisi rizom kucai
Kucai paling mudah dibiakkan dengan rizom.

Pembiakan rizom ini mampu menghasilkan kucai lebih cepat berbanding biji benih yang memerlukan hampir setahun sebelum boleh mula menuai. Selain itu, rizom kucai boleh dipecahkan lagi untuk diperbanyak setelah 4-5 bulan.

Rizom kucai boleh terus kita tanam di dalam pasu. Tidak perlu semai dahulu di dalam talam semaian melainkan anda menanam menggunakan biji benih.

Untuk semaian awal, potong daun kucai yang berwarna hijau. Satu lubang letakkan 2-3 rizom kucai. Jarak antara kucai pula adalah sekitar 10-15 cm. Lubang tidak perlulah dalam. Cukup sekadar untuk menutup rizom kucai.

Kalau anda mahu dapatkan rizom kucai berkualiti boleh klik sini. Saya rekomen baik punya.

cara tanam kucai dalam pasu polybag batas
Dalam satu lubang, tanam 2-3 rizom. Kambus selepas itu bagi menutupi rizom. (beli sini)

Penyediaan Pasu

Pasu saiz 30 cm diameter dan 30 cm tinggi adalah sesuai untuk penanaman kucai. Manakala untuk polybag pula sesuai saiz 16 x 16 inci. Apa yang penting di sini adalah pada campuran tanah pasu.

Campuran Tanah

Kucai amat suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu campuran tanah yang perlu dalam pasu adalah kaya dengan bahan organik seperti sabut kelapa hancur (cocopeat) dan sekam bakar.

kedai pertanian online

Saya sarankan anda menggunakan tanah campur 3 dalam 1 yang banyak dijual di nurseri pokok atau boleh beli tanah campur online di sini.

Jika anda inginkan cabaran, anda boleh buat ramuan sendiri tanah campur. Saya ada ajarkan di panduan buat sendiri tanah campur di sini.

tanah campur 3 in 1 kompos berbaja baja organik
Kita boleh gunakan tanah campur yang dijual di nurseri pokok. (beli sini)

Penjagaan

Kucai adalah tanaman tropika dan tentunya suka pada suhu yang panas dan terik matahari penuh. Oleh itu elok pasu kucai kita di letak di tengah panas sekurangnya menerima 4-6 jam cahaya matahari sehari.

Walau bagaimanapun, tetap jika di tempat redup kucai masih boleh hidup subur. Cuma tidak segah tempat yang bercahaya matahari terik.

Kucai hidup subur pada tanah yang lembab. Oleh itu pastikan kita menyiram pasu sekitar 2 kali sehari. Saya suka guna tong siram 9 L (klik sini) kerana mudah untuk campur baja foliar sekali.

Jika cukup penjagaan, kucai akan mula berbunga selepas 3 bulan kita tanam daripada rizom. Kita tidak perlu buang bunga kucai seperti bunga bawang merah. Anda boleh nikmati keindahan bunga kucai sehinggalah menjadi biji benih. Ya di sebalik bunga yang layu itu akan ada biji benih kucai. Anda boleh cuba semai untuk dapatkan lebih banyak kucai. Saya sendiri tidak pernah berjaya mencambah kucai dari biji benih.

Untuk memudahkan kerja kita berkebun mula dari semai kucai sampai tuai, eloklah kita gunakan alat berkebun yang betul. Boleh ikuti panduan memilih alat kebun yang sesuai di sini.

Pembajaan

Kucai suka pada baja organik. Saya sarankan gunakan baja organik seperti vermikompos. Jika tiada, gunakan baja tahi ayam dua minggu sekali dalam segenggam sekali taruh.

Pastikan sewaktu pembajaan dibuat, kita meletakkan baja 5 cm jauh dari pangkal. Hal ini kerana baja sifatnya panas. Jika terkena batang kucai boleh menyebabkan melecur dan selepas itu mungkin kucai akan mati.

Manakala jika anda sukakan baja kimia, saya sarankan guna baja NPK hijau dengan kadar satu sudu makan setiap sebulan sekali.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Kucai jarang diserang perosak mahupun penyakit. Mungkin di awal percambahan biji benih kucai ada potensi dimakan siput. Hal ini tiada bagi pembiakan menggunakan rizom.

Tuai

Apa yang saya suka tentang pokok kucai ini adalah ia adalah tanaman yang senang jaga dan sekali tanam, boleh dituai berkali-kali.

kucai subur dalam pasu plastik
Kucai yang saya tanam subur belaka bila guna baja vermikompos.

Cara tuai adalah dengan memotong daun kucai 5 cm dari pangkal. Selepas tuai pastikan anda meletakkan baja.

Lagi satu, lagi kerap kita tuai dau kucai, lagi banyak akan keluar daun baharu. Ketika ini jugalah kucai akan mula membiak lagi di mana berlaku pertambahan rizom dengan munculnya daun baharu.

Daun kucai sedap dimasukkan ke dalam mi goreng, cucur udang dan sayur goreng.

Rujukan

kedai pertanian online

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Jika ingin iklan dan review alatan/bahan pertanian boleh emel ke izham@kebunbandar.com.

Terkini

error: Content is protected !!

ADA MASALAH
TANAMAN DISERANG
SERANGGA PEROSAK?
Mahu tahu cara selesai?

Bertindak cepat! Jika mahu tanaman anda sihat