Cara Tanam Salad dalam Pasu

sayur salad merah dalam pasu

Salad adalah tanaman yang sedap dimakan segar. Penanaman salad tidaklah sukar. Bahkan salad paling sesuai ditanam di dalam pasu.

Maklumat Botani

Nama Melayu: Salad, salada (Indonesia)
Nama Inggeris: Lettuce
Nama saintifik: Lactuca sativa
Keluarga: Asteraceae

Salad adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Terdapat pelbagai varieti salad yang ada dijual di pasaran. Bermula dari warna hijau sehinggalah merah. Bentuk juga berlainan.

Semaian

Salad ditanam menggunakan biji benih. Biji benih salad adalah jenis biji benih halus. Saya akan sarankan elok benih disemai dahulu di dulang semaian sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

Pertama isi dulang semaian dengan peatmoss atau sabut kelapa hancur sehingga penuh. Setelah itu sembur dengan penyembur sehingga semua media semaian lembab. Lap tangan dan mula semai 2-3 benih salad dalam setiap satu lubang.

Seterusnya tabur tipis media semaian sehingga menutupi semua biji benih. Akhiri dengan semburan lagi sekali.

Benih salad yang bagus akan bercambah sekitar 3-5 hari. Kita perlu tunggu lagi sehingga ada 3-5 helai daun barulah boleh dipindah ke dalam pasu. Biasanya sekitar 20 hari untuk hal ini terjadi.

Penyediaan pasu / bekas

Salad boleh ditanam di dalam pasu kecil mahupun besar. Jika kecil iaitu saiz sekitar 10cm diameter dan 10 cm tinggi seperti botol mineral 500 mL, hanya 1 pokok salad memadai. Jika pasu besar dalam 30cm diameter dan 30 cm tinggi, boleh tanam dalam 5-6 salad per pasu.

Penyediaan tanah campur

Salad seperti sayur daun yang lain suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu tanah campur untuk dalam pasu eloklah kita beli yang ada banyak bahan organik. Contohnya tanah sawit atau tanah kompos yang ramai orang perkatakan.

Jika tidak, tetap anda boleh guna tanah campur yang banyak dijual di nurseri pokok. Saya pernah membeli tanah campur di pasaraya besar seperti Tesco, Giant ataupun ECON SAVE. Terdapat pelbagai jenis pilihan untuk pembelian tanah pasu ini. Saya ada tulis lengkap pasal ini dalam resipi tanah campur yang anda boleh baca di sini.

tanah campur campuran pasu media medium potting soil
Kita boleh membeli tanah campur yang dijual di pasaraya.

Siraman

Dari segi penjagaan, salad tidaklah sukar. Siraman dua kali sehari bagi memastikan tanah pasu sentiasa lembab.

Pembajaan

Salad akan terasa lebih pahit jika terlebih baja nitrogen dan terlebih cahaya matahari. Oleh itu elok diletak jaring hitam sepanjang penanaman salad bagi mengurangkan terik cahaya matahari. Selain itu, kurangkan penggunaan baja tahi ayam. Elok guna baja vermikompos.

Kawalan perosak dan penyakit

Sewaktu awal percambahan, salad digemari oleh siput. Oleh itu jika ada masalah siput, perlulah anda kawal. Boleh baca penulisan saya tentang kawal dan halau siput babi di sini.

Setelah kita dapat kawal siput, maka masalah lain tidak akan menjadi masalah utama. Mengikut pemerhatian saya, belalang kurang suka memakan salad ini. Mungkin kerana tidak kena dengan rasanya.

emel kebun bandar

Tuai

Kita boleh menuai salad apabila salad berumur sekitar 35 hingga 45 hari selepas bercambah. Cara tuai boleh sama ada kita mencabut terus salad bersama akarnya atau memotong pada pangkal dan membiarkan salad tumbuh baharu.

Jika kita sayang untuk menuai semua salad, kita boleh menuai hanya dua tiga helai daun sahaja dahulu.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!