Panduan Cara Tanam Strawberry Tanah Rendah (Daerah Panas) dalam Pasu

Apabila disebut tentang strawberi pastinya akan kita terbayang buah ini dalam pasu tergantung dijual di Cameron Highland, Malaysia. Kalau pertama kali pergi ke sana mesti akan pulang dengan sebekas strawberi. Persoalannya, adakah strawberi dapat ditanam di tanah rendah selain Tanah Tinggi Cameron? Tentunya boleh!

Saya sendiri telah berjaya menanam dan merasa hasil buah strawberi di tanah rendah. Walhal tempat saya tinggal bukanlah di tempat yang bercuaca dingin seperti di Cameron.

Mari kita belajar cara penanaman strawberi di tanah rendah.

Maklumat Botani

Nama: Strawberi, stoberi / Strawberry
Nama saintifik / botani: Fragaria × ananassa

Strawberi adalah tumbuhan herba (berbatang lembut). Nama asal strawberi adalah kerana dahulunya tumbuh di celah-celah jerami (straw) padi. Pokok strawberi mempunyai kitaran hidup jenis saka. Bermakna pokok strawberi hidup lebih dari setahun. Walaupun begitu, sekitar 1-2 tahun sahaja umur produktif dalam menghasilkan buah yang banyak.

Terdapat pelbagai varieti strawberi. Semuanya boleh ditanam di Malaysia. Ya boleh tiada masalah.

Ini antara varieti yang saya rekomen untuk pemula yang baharu ingin menanam:

  • Albion (beli siniOpens in a new tab.) – buah besar dan sedikit manis
  • Japanese Sweet Charlie (JSC) (beli siniOpens in a new tab.) – buah kecil dan manis berbanding albion
  • Festival (beli siniOpens in a new tab.) – buah sederhana besar dan sedikit manis berbanding albion
  • Royal 60 (beli siniOpens in a new tab.) – buah sederhana besar dan kurang manis berbanding albion

Empat varieti ini mudah ditanam dan dijaga.

Saiz Pasu

Perkara pertama untuk kita tentukan adalah saiz pasu yang sesuai. Pokok strawberi tidak memerlukan saiz pasu yang besar untuk tumbuh. Cukup sekadar pasu setinggi 20cm dengan diameter 15-30 cm. Jika lebih daripada itu bagi saya hanya akan berlaku pembaziran.

Media Tanaman

Pokok strawberi suka tanah kaya dengan bahan organik dan tidak bergenang. Bergenang di sini bermaksud tidak menakung air yang banyak. Jika kita siram, air dapat turun dengan bagus tanpa tersekat lama di dalam pasu.

Saya suka membuat campuran tanah sendiri. Saya campur tanah atas, sekam bakar, sabut kelapa hancur dan vermikompos. Semua pada nisbah 2 tanah atas, 1 sekam bakar, 1 sabut kelapa hancur dan 1 vermikompos. Campuran tanah ini membolehkan air mengalir dengan bagus dan tinggi dengan bahan organik.

Jika anda tiada masa untuk membuat campuran tanah, eloklah beli tanah campur tiga dalam satu atau enam dalam satu (boleh beli siniOpens in a new tab.). Mengikut pemerhatian saya tanah campuran tersebut tetap bagus untuk strawberi. Jadi cubalah guna dahulu. Tak cuba, tak tahu.

Lokasi

Seperti pokok buah yang lain, strawberi memerlukan cahaya penuh agar dapat mengeluarkan buah yang besar dan sihat. Jika tanam di sekitar rumah, saya sarankan anda letak pasu strawberi anda di tempat yang banyak cahaya matahari. Boleh jadi di tepi rumah atau pun di hadapan rumah. Mana-mana tempat yang anda lihat matahari sentiasa memancar pagi dan petang.

Oh ya, pokok strawberi tidak tahan kerap terkena hujan. Saya letak di tepi rumah. Cukuplah sekadar terkena tempias hujan. Jika kena air hujan terus, mungkin akan ada masalah pada akar dan daun strawberi. Nanti saya bincangkan di bahagian perosak dan penyakit.

Jika nak tanam di tempat yang terbuka, seeloknya dibina bumbung yang ringkas. Cukup sekadar mengurangkan kadar terkena hujan pada pokok. Ramai peminat pokok strawberi ini menggunakan bumbung plastik UV lutsinar (beli sini).

emel kebun bandar

Walaupun begitu, saya faham ada di antara kita ini bukanlah mudah untuk buat sendiri rumah untuk pokok strawberi tersayang kita. Saya cadangkan anda beli sahaja ready made greenhouse. Sampai sahaja di rumah boleh dah kita pasang sendiri. Saya ada jumpa orang jual di siniOpens in a new tab.. Cubalah.

Pembajaan

Vermikompos adalah baja yang bagus bagi menggalakkan pertumbuhan akar pokok. Sebab itu saya berikan berkala iaitu dua minggu sekali. Hanya segenggam (30-50g) memadai untuk satu pasu. Mana nak dapat baja vermikompos berkualiti? Saya sarankan anda beli di siniOpens in a new tab..

Jika di Cameron Highland, petani di sana menggunakan baja fertigasi (baja AB) dengan media tanaman sabut kelapa hancur. Kita boleh guna dengan membuat siraman baja AB tiga kali seminggu. Mana nak beli baja AB? Boleh dapatkan di siniOpens in a new tab..

Paling bagus kita buat dua gabungan antara organik dan kimia. Ya baja AB adalah baja kimiaOpens in a new tab.. Tiada masalah guna baja kimia. Boleh rujuk penulisan saya tentang iniOpens in a new tab.. Apabila digabungkan baja AB dan baja vermikompos, lihatlah kesan yang menakjubkan ini.

Buah strawberi yang saya tuai sendiri. Kesan guna baja vermikompos.

Penyiraman

Pokok strawberi tidak suka tanah yang terlalu lembab. Oleh itu eloklah siram sekali sehari memadai. Ketika menyiram, pastikan air siraman kuran atau tidak terkena langsung pada daun. Jika daun terlalu lembab, maka akan mengundang penyakit.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Pokok strawberi mudah diserang kutu daun, koya dan kepinding putih. Terutama jika kekurangan baja diberikan. Rawatan pertama adalah berikan baja yang cukup kepada pokok strawberi kita. Saya sangat sarankan guna baja vermikompos. Pengalaman saya menunjukkan pokok strawberi dapat hidup lama apabila baja vermikompos diberikan.

Rawatan kedua adalah dengan membuat semburan racun organik berkala. Seminggu sekali sembur dengan semburan semambu (beli siniOpens in a new tab.) dan cuka kayu (beli siniOpens in a new tab.). Ikut pada dos yang disyorkan. Jika serangan teruk, barulah sembur selama tiga hari berturut-turut. Selepas itu lihat sama ada serangan berkurangan atau tidak.

Ingat, rawatan organik tindakannya tidaklah sepantas racun kimia. Namun ia selamat untuk dimakan hasil tuaian nanti.

Burung, tupai, siput babi dan lintah cukup suka memakan buah strawberi. Jika lambat tuai kita akan nampak buah strawberi rosak akibat dimakan oleh haiwan perosak ini. Siput babi dan lintah boleh dikawal dengan racun siputox (beli siniOpens in a new tab.).

Untuk penyakit pula biasanya antraknos rajin menyerang daun strawberi. Hal ini terjadi apabila keadaan sekeliling terlalu lembab. Seperti saya nyatakan sebelum ini, pokok strawberi agak sensitif dengan air hujan. JIka kerap terkena air hujan akan menyebabkan daun bertompok merah. Itu tanda kulat antraknos menyerang.

Rawatan adalah dengan menyembur racun kulat organik. Untuk kawalan boleh sembur EM1 sejurus hujan tamat.

Pembiakan

Terdapat dua kaedah untuk pembiakan strawberi. Pertama adalah dengan biji benih. Biji benih strawberi terletak di luar buah. Ya, bintik-bintik hitam di luar buah itu adalah biji benih. Kita boleh cungkil dan semai benih tersebut.

Strawberi yang dihasilkan daripada biji benih mengambil masa 6 bulan untuk mula mengeluarkan bunga.

Kaedah kedua pula adalah dengan sulur. Sulur adalah bahagian pokok strawberi yang seakan batang yang menjalar. Daripada sulur ini akan terbentuk anak pokok. Kelebihan adalah anak pokok daripada sulur boleh mula mengeluarkan bunga seawal 3 bulan selepas ditanam. Cepat berbanding biji benih.

Ikut pengalaman saya, satu pokok strawberi mampu menghasilkan sepuluh hingga dua puluh anak pokok dalam masa 4 bulan. Berbaloi untuk beli pokok strawberi. Beli satu sahaja sudah dapat 10 anak pokok dalam masa sebulan. Asalkan penjagaan seperti saya tulis di atas.

Pokok strawberi menghasilkan sulur yang banyak.

Pembungaan dan buah

Strawberi mula mengeluarkan bunga sekitar 3 bulan selepas penanaman, jika cukup baja dan cahaya. Jika bunga keluar awal, mohon untuk pangkas dan buang. Biar dalam masa 3 bulan ini pokok fokus pada pembesaran akar. Apabila akar kuat barulah buah besar.

Satu jambak bunga biarkan sekitar 3-4 buah sahaja. Yang lain petik dan buang sebaik sahaja nampak putik buah. Satu pokok strawberi biarkan sekitar 6-8 buah sahaja pada satu-satu masa. Jika terlalu banyak, buah yang terhasil adalah kecil.

Pokok strawberi akan terus mengeluarkan buah sepanjang tempoh hidupnya. Pastikan baja dan air mencukupi, insya-Allah sentiasa ada buah untuk dituai.

Buah boleh dituai sebaik sahaja keseluruhan buah berwarna merah.

Rumusan

Tuntasnya pokok strawberi boleh ditanam di tanah rendah. Pastikan air, cahaya dan baja cukup, insya-Allah akan mudah berbunga dan berbuah.

Rujukan:

  • Buku strawberi
emel kebun bandar

Terkini

error: Content is protected !!