fbpx

Cara Tanam Kunyit dalam Pasu / Polibeg Paling Cepat Tuai

Kunyit adalah tanaman yang mudah ditanam di dalam pasu. Dua bahagian kunyit yang digunakan iaitu daun dan rizom.

Maklumat botani

Nama: kunyit
Nama Inggeris: turmeric
Nama saintifik: Cucuma domestica val
Keluarga: Zingiberaceae

Kunyit tumbuh dari rizom. Rizom adalah akar yang terubahsuai seperti halia dan lengkuas.

Daun kunyit bersifat herba iaitu lembut dan tiada batang keras.

BACA: CARA TANAM HALIA DALAM PASU PALING MUDAH

Pembiakan

Kunyit biasanya dibiakkan melalui rizom.

  1. Potong rizom kunyit dalam 4-6 cm

2. Kemudian semai di dalam dulang semaian yang berisi media sabut kelapa hancur (cocopeat).

3. Pastikan media sabut kelapa sentiasa lembab dengan menyiram setiap hari.

4. Biasanya sekitar dua hingga tiga minggu rizom kunyit akan mula mengeluarkan tunas

Setelah tunas keluar kita boleh la pindah kunyit di dalam pasu.

Ramai tanya cara tanam kunyit. Nah, saya share cara tanam kunyit.Satu rizom kunyit boleh dapat banyak anak pokok kunyit. Ada rahsia saya share dalam video tu.Pssst: Tolong share lepas habis tonton tu. Biar ramai tahu cara cepat tanam kunyit.Kalau nak baca cara tanam langkah demi langkah, klik ke website sayahttps://kebunbandar.com/tanam-kunyit-dalam-pasu/Follow n set see first untuk update terkini cara berkebun.#YoutubeKebunBandar

Posted by Izham Alias on Ahad, 29 Mac 2020
Video cara semai kunyit cara cepat.

Penjagaan

Penjagaan kunyit tidak lah rumit setelah mula ditanam di dalam pasu.

Dari segi pembajaan, kita berikan baja tahi ayam dalam segenggam sejurus tanam kunyit di dalam pasu. Setelah itu setiap sebulan sekali, berikan lagi baja tahi ayam sebanyak segenggam.

Jika tiada baja tahi ayam, boleh guna mana-mana tinja haiwan lain seperti kambing, lembu, arnab atau kuda. Boleh juga berikan kompos. Kuantiti sama seperti baja tahi ayam.

Saiz Pasu / Polibeg

Untuk polibeg, saiz 16 inci x 16 inci sudah memadai. Sama juga seperti pasu. Gunakan pasu dengan isipadu 10L. Kalau tidak dapat tangkap, pasu yang sama saiz dengan botol minyak masak 10L. Boleh?

Media Tanah

Kunyit suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Untuk campuran tanah, banyakkan bahan organik seperti tahi ayam dan kompos agar kunyit tumbuh subur.

Boleh dapatkan resipi campuran tanah di sini.

Keperluan cahaya

Kunyit boleh hidup di tempat yang separa-redyp sehinggalah cahaya penuh. Paling bagus jika dapat buat jaring hitam untuk kunyit atau letak di bawah pokok besar.

Terlalu banyak cahaya akan membuatkan masalah pada daun kunyit.

Masalah

Paling biasa kita lihat daun kunyit kekuningan atau kering di hujung daun. Hal ini mungkin kerana cahaya terlalu terik. Gunakan jaring hitam bagi mengurangkan terik cahaya matahari pada kunyit.

Selain itu, sebelum menanam biasanya kita akan mengalami rizom kunyit membusuk. Hal ini dapat kita elakkan dengan hanya menanam rizom yang sudah bercambah.

Tuai

Kunyit boleh dituai 3 bulan selepas ditanam di dalam pasu. Cara tuai mudah sahaja iaitu dengan mencabut seluruh pokok kunyit.

Untuk tuaian daun, kita boleh tuai sebaik sahaja ada lima hingga enam helai daun kunyit. Jika kita asyik menuai daun kunyit, rizom kunyit tidak akan banyak. Jadi pilihlah sama ada kita ingin menuai rizom ataupun daun.

Kesimpulan

Menanam kunyit tidak lah susah. Yang penting di sini ada kesabaran bagi kunyit bercambah dari rizom.

Rujukan:

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

6 thoughts on “Cara Tanam Kunyit dalam Pasu / Polibeg Paling Cepat Tuai

  1. Terima kasih info yg baik untuk saya yang dduk dirumah dan saya minat menanam tapi hanya dapat gunakan pasu sahaja kerana tiada halaman bertanah

  2. Saya menghargai sumbangan idea tuan. Ia sgt bernilai bagi kami yang duduk negara yang sgt susah untuk mendapatkan daun kunyit. Terima, kasih sekali lagi saudara izham

  3. Assalam Tn,sy ada hasrat utk menggunakan baja ab,soalan nya,
    1.adakh ia sesuai utk semua jenis
    Tanaman .
    2.cara mencampur adunan tersebut
    3.kekerapan penyiraman.
    4.semasa campuran a dan b jika terlebih salah satu,adakh memudaratkan tanaman.
    Terima kasih

  4. Oh, kunyit sukakan tanah organik & cahaya redup!
    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya sangat menghargainya.
    Cuma, tuaian daun camne pula caranya?
    Terima kasih.

    1. Terima kasih…. Info yang baik sbb selalu daun kunyit saya mengalami kekuningan…rupanya tak boleh panas… 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!