
Kita dapat membeli benih sayuran di kedai-kedai pertanian atau di pasaraya. Namun sebagai seorang pembeli yang cermat kita haruslah bijak memilih benih yang berkualiti sahaja.
Di sini saya kongsikan 5 tip yang kita boleh gunakan semasa membeli pek benih.
1. Pek Berkualiti
Pek berkualiti di sini bermaksud bungkusan biji benih dibungkus rapi kedap udara. Seeloknya dibungkus dengan alumunium foil atau plastik. Pastikan tiada bocor.
2. Maklumat Penanaman
Disertakan juga cara menanam biji benih bermula daripada keperluan cahaya, jarak antara tanaman, jarak antara baris tanaman, masa bercambah selepas semai, ketinggian purata pokok, dan masa menuai. Hal ini penting dalam membantu kita menanam benih tersebut.
3. Tarikh Pengeluaran
Biji benih juga ada tarikh luput. Biasanya untuk benih kecil seperti sawi, bayam, dan salad bertahan sehingga 2 tahun simpanan daripada tarikh pengeluaran benih. Pastikan benih disimpan di dalam bekas kedap udara dan di tempat yang dingin dan kering.
4. Lokasi Penghasilan atau Pembungkusan Benih
Di sini kita juga perlu dari mana benih tersebut dibungkus. Di samping kita akan tahu lokasi penghasilan benih.
5. Biji Benih dalam Keadaan Elok
Apabila kita buka pek biji benih, kita dapat lihat benih dalam keadaan elok. Rupanya yang sekata, tidak kecut, tidak rosak dan berkualiti.
