
Terdapat satu persoalan, adakah boleh guna kotak polisterin sebagai pasu tanaman kita? Yelah seperti yang kita tahu polisterin memberi kesan kepada makanan kita. Oleh sebab itu semakin banyak penggunaan polisterin dalam produk makanan dilarang.
Tetapi bagaimana pula dengan tanaman? Penggunaan kotak gabus ini adalah bagi menjimatkan kos membeli bekas tanaman. Bayangkan sebiji pasu besar sahaja sudah harganya RM30. Jika digunakan kotak polisterin, kosnya? Percuma!
Ya percuma. Di mana hendak dapat percuma? Di pasar basah, di pasaraya besar, dan di kedai akuarium.
Apabila kita menggunakan kotak polisterin ini sebagai bekas tanaman, terfikir pula kan apakah kesannya sama seperti makanan yang dibungkus dengan bekas makanan polisterin? Adakah akan berlakunya larut lesap kimia seperti karsinogen (agen penyebab kanser) dalam bekas polisterin itu? Yang kemudiannya diserap oleh akar tumbuhan?
Polisterin tidak mudah terurai pada persekitaran semula jadi. Ini bermakna sukar untuk polisterin itu berlaku degradasi. Maka adalah selamat untuk menggunakannya sebagai pasu tanaman.
Walaupun sedikit kimia akan larut lesap apabila berlaku pemanasan, seperti ketika anda memanaskan cawan foam berisi kopi di dalam ketuhar gelombang mikro. Tetapi polisterin tidak larut lesap pada suhu biasa atau suhu bilik, menurut Dr. Andrew Weil, perintis dalam bidang perubatan sepadu (integrative medicine).
Tanah di dalam kotak polisterin tidak mudah menjadi terlampau panas, melainkan jika ada yang membakarnya!
Foam doesn’t break down easily in the environment, which means it’s unlikely to degrade in a vegetable gardening container so it’s safe to use as filler. Although some chemicals in the foam can leach out if it gets overheated — such as when you heat a foam cup of coffee in the microwave — it doesn’t leach chemicals under normal temperature circumstances, according to Dr. Andrew Weil, a pioneer in the field of integrative medicine. The soil in the container — and therefore the foam under the soil — doesn’t get hot enough to cause a problem since it normally stays cooler than the ambient temperature.
http://homeguides.sfgate.com/safe-use-styrofoam-planters-vegetables-90628.html
