Cara Mengatasi Penyebab Buah Busuk

emel kebun bandar

Emak saya mengadu kepada saya apabila saya pulang ke rumah. “Izham, kamu tolong tebang pokok jambu tak berbiji di hadapan rumah tu. Mak nak tanam pokok jambu lain lah.”

Saya terus mengerut dahi. “Kenapa pula? Saya tengok elok sahaja pokok itu.”

“Apa eloknya? Buah tak pernah elok. Asyik busuk sahaja.”

Terus saya faham apa maksud emak saya. Emak ingat buah busuk akibat daripada genetik pokok. Ternyata saya dahulu seperti itu. Tetapi dengan ilmu hortikultur yang saya belajar sepanjang 4 tahun di UPM, buah busuk bukanlah sebab pokok itu sendiri.

Lalat Buah

Buah busuk akibat diserang lalat buah. Pernah seorang pensyarah saya memuji kehebatan lalat buah ini. “Hebatnya ciptaan Allah ini sehinggakan lalat buah pandai betul menyuntik telurnya pada putik buah. Tepat apabila buah sedang ranum, ketika itulah telur menetas. Larva lalat buah ini pun menikmati rezekinya itu.”

Lalat buah atau nama saintifik lalat buah merupakan salah satu serangga yang amat dibenci petani.

Rawatan Lalat Buah

Untuk ini, lalat buah tidak dapat dihapuskan dengan racun. Ini kerana lalat buah menyuntik telur apabila putik buah kelihatan. Semestinya putik buah tidak berlaku serentak pada satu-satu pokok.

Jadi apa yang boleh kita buat adalah dengan tiga kaedah ini.

1. Balut Buah

Apabila putik buah sudah kelihatan, kita boleh mula membalut buah.

2. Pelekat Serangga

Selain itu kita boleh gunakan kaedah manual ini. Serangga secara amnya tertarik dengan mana-mana objek berwarna kuning. Ini tidak lari juga lalat buah.

3. Perangkap lalat buah

Lalat buah seperti haiwan lain, diciptakan oleh Allah SWT berpasangan. Kita gunakan perangkap memerangkap lalat buah jantan. Oleh itu lalat buah betina tidak akan bertelur.

 

Itu sahaja tiga cara yang saya dapat huraikan berkaitan buah busuk dan lalat buah.

emel kebun bandar

Comments

    Comments are closed