10 Tips Untuk Berjaya Berkebun di Rumah

Pada hari yang cerah dan nyaman, anda terasa ingin berkebun. Sebelum anda pergi mencangkul dan membuka paket biji benih, apa kata lihat tip-tip ini untuk anda berjaya berkebun.

Saya kongsikan berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sebagai seorang ahli hortikultur (nama glamour tukang kebun).

1. Pengubahan anak benih (transplanting seedlings)

Sesetengah biji benih perlu disemai dahulu pada talam semaian sebelum boleh pindah tanam di kebun. Apabila anak benih sudah mengeluarkan 3-5 helai daun sebenar, sudah tiba masanya aktiviti pengubahan berlangsung.

Ketika pengubahan, “Jangan pegang batang anak benih kerana batang itu adalah nyawanya,”  jelas Puan Zaleha Ujang, pegawai pengurus ladang sayur Taman Pertanian Universiti, UPM. Kita perlulah pegang daun anak benih dengan perlahan-lahan tarik, “Kerana daun boleh tumbuh semula,” tambah beliau lagi.

2. Pengerasan (hardening)

Pengerasan ialah satu proses penyesuaian anak benih sebelum ia dipindahkan sepenuhnya ke atas batas atau ke dalam pasu lebih sesuai. Pastikan anak benih selesa dengan persekitaran kebun sebelum pindah sepenuhnya. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum pindah ke atas batas letakkan anak benih di kebun dengan jagaan betul. Teduhkan ia dahulu dan kemudian setelah cukup, barulah pindahkan ia sepenuhnya di atas batas.

Untuk penjelasan lanjut, rujuk ‘Cara Pengerasan Selepas Pemindahan Anak Pokok’.

3. Masa penanaman

Suasana yang redup dan nyaman adalah waktu yang sesuai untuk pengubahan anak benih dilakukan. Bilakah waktu itu? Paling sesuai di awal pagi ataupun lewat petang. Ini bagi memastikan anak benih tidak kepanasan dan layu dek pancaran cahaya matahari.

Siram talam benih atau bekas sehari dan sejam sebelum pindah anak benih ke atas batas.

4. Di kebun

Ketika pengubahan berlangsung, pastikan anak benih berada dalam keadaan teduh. Korek lubang tanaman dahulu. Jika tak dapat tarik anak benih dari talam semaian dengan daunnya, tonggengkan talam semaian dan pegang tanah keliling anak benih atau korek keliling anak benih dan pastikan akar tidak tercedera.

Tanam setara atau sedikit dalam di tanah seperti mana semasa anak benih di atas bekas semaian. Jika tanah terlalu lembab ia boleh menyebabkan batang reput.

pindah-anak-benih-batas

Untuk tomato, tanam dalam lebih dalam. Kajian oleh Pusat Kajian dan Pendidikan Florida mendapati anak benih tomato yang ditanam sehingga ke paras daun sebenar pertamanya berbuah awal dan menghasilkan tomato yang lebih besar dan banyak berbanding tomato yang ditanam melepasi akarnya sahaja.

Tekan sedikit tanah keliling anak benih agar padat tapi jangan terlalu padat sehinggakan air tidak dapat meresap masuk. Siram setiap anak benih kemudiannya.

5. Hari pertama

Anak benih memakan masa 2-3 hari atau berminggu sebelum ia menyesuaikan diri di kebun anda. Jika ada daun layu atau batang bengkok menunjukkan itu gejala kejutan pengubahan. Ia berlaku apabila proses pengerasan tak dilakukan dengan betul atau cuaca yang ekstrem seperti panas melampau atau hujan lebat.

emel kebun bandar

Kebanyakan tumbuhan akan kembali pulih beberapa hari kemudian. Untuk itu, pastikan,

  • tanah sekelilingnya padat supaya tiada gelembung udara yang akan mengeringkan akar pokok. Tekan sekeliling anak benih. Elakkan di pangkal. Biar padat dari tepi.
  • lindungi anak benih dari pancaran terik matahari dan hujan lebat dengan sungkupan. Gunakan seperti pelepah kelapa atau daun besar seperti daun sukun.
  • siram apabila 3 cm tanah atas mulai kering. Ukur dengan jari anda tentunya. Jangan siram jika ia basah, kerana ia tidak membantu langsung.

Dalam buku The New Starters Handbook (Rodale, 1988), penulis Nancy Bubel menyarankan agar tunggu sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas pengubahan sebelum membaja. Anak benih akan mengeluarkan akar yang menyerap makanan setelah itu. Ketika itulah pertumbuhan rancak berlaku. Disarankan untuk menyembur baja foliar, jika ada.

6. Semai terus

Selalunya untuk biji benih murah dan mudah didapati di pasaran seperti kangkung, jagung dan bayam. Semai sedikit dahulu di atas batas untuk lihat percambahan. Jika menjadi, barulah semai semua.

7. Kedalaman penanaman

Tanam terlalu dalam, biji benih tak bercambah, manakala tanam terlalu cetek, biji benih hanyut dibawa hujan atau dimakan haiwan.

Umumnya, tanam biji benih besar dengan kedalaman 3 kali diameternya (bukan panjang). Biji benih seperti kangkung, jagung, kacang panjang dan timun dikira biji benih besar.

dalam-lubang-tanaman

Untuk biji benih halus seperti bayam dan sawi, gaulkannya dengan pasir halus dan tabur di atas batas atau bekas semaian.

Sesetengah biji benih seperti salad memerlukan cahaya untuk bercambah. Letakkan sedikit pasir halus di atas biji benih atau biarkan sahaja atas tanah atau bekas semaian. Namun pastikan ia melekat pada tanah dengan menekannya sedikit.

8. Batas atau tiada batas

Jika tanah di kebun anda selalu banjir atau berlopak, pembuatan batas adalah amat digalakkan. Jika tak, hanya gemburkan kawasan penanam sudah memadai. Penyediaan batas akan memudahkan pengendalian untuk mengawal rumpai nanti.

Jika tanam di dalam pasu pula, susun agar kelihatan cantik. Bolehlah kita menunjuk pada jiran kita. Bukan untuk berlagak tetapi agar jiran turut terpesona untuk berkebun bersama. Lebih ramai orang berkebun, lebih meriah.

9. Sebelum mula

Sediakan satu buku khas bagi mencatat jurnal penanaman anda. Ia tidak wajib tapi semestinya ia dapat membantu anda untuk musim penanaman seterusnya.

Jawab soalan ini. Apakah jenis sayur yang ingin ditanam dan lokasi penanaman anda nanti? Ini agar memudahkan jadual perancangan penanaman nanti.

Sila label nama sayur dan tarikh pada penanda. Letakkan pada anak benih selepas pengubahan. Ini akan membantu catatan jurnal anda nanti.

Jika kasut anda penuh dengan tanah melekat padanya, ia petanda tanah kebun anda terlalu basah untuk aktiviti pengubahan atau semaian terus dilakukan. Tunggu sehingga ia kering.

10. Gemburkan kembali

Telah beberapa minggu berlalu aktiviti anda menggembur dan membentuk batas di kebun. Tanah kebun anda mungkin telah mengeras dek hujan dan panas matahari yang memancar. Gemburkan ia kembali (juga jangan lupa untuk merumpai). Walaupun begitu cangkul hanya sedikit sahaja kerana jika terlebih gembur akan merosakkan tanah.

Jika di dalam pasu, sama juga. Gemburkan dengan serampang mini. Cucuk sekitar pokok kita. Jangan dekat dengan pangkal. Takut nanti tercedera batang pokok. Anda pasti akan dapat melihat perbezaan tumbesaran tanaman anda selepas penggemburan dilakukan.

tomato ceri dan pekebun

Jadi, anda telah mendapat tip-tip yang saya berikan. Apa kata komen anda pula? Pernah cuba tip di atas? Atau mendapat sesuatu yang baharu? Jom kongsikan pandangan anda di bahagian komen. Saya suka membacanya juga!

 

sumber:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?stype=kw&Str=tanam+zaleha
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm
  3. http://www.organicgardening.com/learn-and-grow/secrets-successful-planting
emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Bagus nasihat dan penerangan tuan tahniah saya ucapkan..saya tanam sebelum ni ikut cara suka sendiri jer..alhamdulillah ada pantang larang yang perlu saya ambil perhatian dalam pemindahan pokok, Saya dah mula berkebun bandar ni dekat 3 tahun, tanam yang saya suka adalah nenas, lemon dan cili. Ok nak mohon admin bagi ilmu jika ada..bagaimana nak tanam pokok-pokok yang biasanya besar tapi pernah dilihat boleh di kecilkan (bonsai) di dalam pasu besar..seperti pokok betik. Ada tak kaedah sesuai bagi pokok betik bagi tanaman bandar (kat laman rumah yg takde tanah). Pokok betik penting dalam menangani masalah demam denggi dan juga buahnya sebagai pelawas, pembersih usus, pucuknya juga penting dalam melembutkan daging dalam masakan. sekian ..TQ admin

  2. Mungkin.

  3. Pokok terung sudah mbesar,mslh pokok terung masam bahagian kat daun paling bawah tu mcm layu sudah.Adakah ini dsebabkn cuaca panas?

  4. Boleh guna racun organik.

  5. Macam mana nak bunuh kutu putih ini?

  6. TQVM ADMIN. SAYA AKAN CUBA.

  7. Terima kasih kerana kongsi tip yg sgt berguna..

  8. Boleh rujuk pada artikel saya cara buat racun organik.

  9. 1. Berapa saiz pokok?
    2. Ada siram tak selepas sebelum dan selepas pindah?
    3. Letak di mana selepas pindah? Tempat redup atau tengah panas?

  10. terima kasih E. Izham atas tip asas yang sangat membantu .

  11. Salam lzham
    Alhamdulilah terima kaseh tentang tip yang sangat berguna Dan bernas…
    Semoga Allah berkat urusan izham

  12. TQ IZHAM…SYA SKRG MULA MENYEMAI BENIH…KAMI AKN MENGGUNAKAN SISTM GREEN KID YG DIBANGUNKAN OLEH MARDI..HARAP2 BERJAYA

  13. Minta tlg bagi resepi bt baja organik.. sblm ni x sempat nk salin.tq…

  14. Terima kasih berkongsi ilmu pengetahuan….. sangat berguna pada saya yang baru nk belajar berkebun…Saya akan cuba buat yang terbaik..

  15. Tips untuk tanam tomato hingga paras daun sebenar, belum perna cuba. Tq tips nya.

  16. bila sy alihkan pokok ulam raja dari tapak semaian……dari segar..akhirnya mati. D mana silapnya.

  17. Assalamualaikum, kak sudah tanam herba seperti saderi, oregano membiak dgn cantik. Tatapi baru baru ini diserang oleh ulat habis daun daunnya apa jenis racun yg sesuai. Apa kah cara yg terbaik utk mengelak ulat itu membiak.

  18. Terima kasih. Tips yg sangat membantu

  19. Tips yg sangat bermanfaat utk menjadikan aktiviti berkebun menyeronokkan.

  20. Tips yg sangat membantu. Saya akan manfaatkannya agar aktiviti berkebun menyeronokkan.

  21. admin klu tanam pokok temato ceri pasu kecil blh guna tak?

  22. Good info. Tahniah tuan semoga terus sharing info-info seperti ini.

  23. Terima kasih diatas tip yang diberikan ianya banyak membantu.

  24. Nice…!!! Mmg terbaik tip Tuan. Top soil yg baik jenis apa yer…

  25. terima kasih tuan..banyak info sangat berguna untuk saya lebih bersemangat dalam berkebun seharian…

  26. Tk En Izham. Tips yg bernas dan berguna.
    Selamat 2018 kpd En Izham & team . Semoga kita di beriNya kesihatan yg baik & dipermudahkan semua urisan kita.

  27. Seronoknya membaca dan sangat memberi motivasi. Tahniah. Saya pernah cuba tanpa ilmu dan baru nak mencuba sekali lagi ni. Telah beli ebook cili. Teruskan berkongsi!

  28. Tips yg berguna dan mudah difahami. Saya pun baru nak mula berkebun, banyak dpt panduan dpd tuan. Terima kasih banyak

  29. Terima kasih, ilmu berguna 🙂

  30. Saya nak bertanya tentang tanah. Saya hanya bercucuk tanam di dalam pasu. Terdapat tanah2 lame di dalam pasu dan masih digunakan. Tetapi hasilnya kurang memuaskan. Soalan saya, adakah tanah tersebut boleh diguna atau pun perlu diganti dengan tanah yang baru? Sekiranya boleh digunakan, apakah langkah2 yg perlu dilakukan?

    Sekian,

  31. Bagaimana cara nak menghapuskan siput babiyg memakan daun sayur-sayuran?

  32. Saya dan suami sdg berjinak2 menanam pokok buahan. Pernah cuba sayur sawi tp tak jadi lagi. Tips ini amat membantu.
    Kini dalm proses menanam pokok tin. InsyaAllah ingin bina rumah hijau utk tanaman kami.. Doakan kami berjaya.. Amiinn..

  33. Tq for sharing

  34. Betul tindakan tuan. Teruskan.

  35. Terimakasih tip2 yg baik. Sy ada semai kailan dan berdaun, byk yg rebah, btg semaian bengkok, sy rasa kena hujan lebat. Sy alihkan ke tmpt berteduh sikit jauh dr hujan.. Tindakan sy betul ke?
    Tk En Izham 👍👍

  36. Bagus tip-tips ni, patutlah ada benih yang tak tumbuh- tumbuh selama ni, mungkin kedalamannya yng salah …

    Tak sabar nak start semula ni, tapi tak nak start lagi, nak kumpul ilmu dulu. Dulu main tanam je tanpa ilmu, excited sngat, ingtkan tanam sayur sama mcm tanam pokok bunga, rupanya tanam sayur ni kena ada skill… akhirnya, banyak duit terbuang sebab benih tidak menjadi.

  37. Assalamuálaikum, terima kasih berkongsi ilmu. Teruja dengan maklumat mengalih dan menanam tomato.

  38. memberi tips yg berguna utk berkebun. Saya suka.

  39. Sy dh tanam beberapa jenis sayuran hingga mndpt hasil, tp masih xberjaya tanam tomato…selalunya smpai peringkat berbunga shj dan akhirnya daun berkedut dan mati walaupun dh sembur racun…boleh tolong bg tips? Tq

  40. Saya ada tanam pokok lada benggala @ capsicum. Pernah berputih tapi x jadi. Pokok macam terbantut pertumbuhannya. Kenapa ya?

  41. tq tuan……halalkan penggunaan ilmu tuan.

  42. As’salam admin,
    Susahnya nk tanam tomato dlm pasu….dr proses penyemaian ank benih juga susah nk hidup…bila dah ubah dlm pasu besar tiba2 ia layu dan terus mati. Buntu sya dibuatnya…

  43. saya tabur benih bayam hijau atas bekas tanah pokok bunga.yang baru di cabut. Anak bayam keluar tapi tak subur ..

  44. Rasa seronok nk berkebun ada org spt admin..kipidap..

  45. Boleh nak tahu,saya tanam tomato dan berhasil keluar buahnya,tapi buah yg hampir masak bhgian bawah tomato pasti kena kulat dan atasnya elok je..mcamna nk atasi?

  46. Ini mungkin kerana pokok tomato itu sudah mengalami penyakit ‘gila daun’. Cuba buang daun tua dari bawah sehingga tinggal separuh sahaja. Kemudian bubuh baja NPK 12:12:17.

  47. Pokok tomato saya dah setinggi bahu, berbunga, tp tak berbuah. Boleh admin terangkan kenapa ye?

  48. Baru mula nak menanam..bermula dgn pokok bendi yg benihnya dari London gift dari kawan. ..terhidup pulak dan membesar sekrg…rasa seronok…try pulak kcg ceper..petola…timun dan bym…jagung nampaknya cantik sihat…alhamdulillah. .

  49. berapa lama nk tunggu bayam membesar ya.. dh tabur benih dan tumbuh kecil sgt..

  50. Tips yang sangat berguna terutama kaedah siraman menggunakan botol. Good job Izham.

  51. Tips yang sangat berguna. Good job Izham.

  52. Mantabs tipsnya…. Moga bisa

  53. Insya-Allah. Nanti saya tulis berkenaan ini.

  54. Terima kasih admin… lepas ini boleh sharekan cara2 penjagaan pokok tomata secara specific sbb saya tanam 20 pasu, tinggal 6 saja yang masih hidup, yang lain semua mati.. mostly layu mgkn disebabkan bakteria

  55. Good tips.. Selama ni tak pernah tahu benda benda yang admin sharekan, teruja nak menanam 😊 Terima kasih 👍

  56. Alhamdullillah tq untuk ilmu..
    Jazakallahu khairan

  57. Bagusnya tips..seronok dpt berkebun 🙂

  58. admin hensem!!!

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!