
Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun. Keadaan ini memberi sedikit kekurangan kepada pekebun terutama berkaitan tanaman dan rumpai. Namun, hal ini dapat diatasi dengan sungkup.
Apa itu sungkup? Sungkup (mulch) adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah untuk tujuan tertentu. Sungkup boleh terdiri daripada bahan organik seperti jerami padi atau plastik seperti sungkup perak (silvershine).
Perbuatan meletakkan sungkup dinamakan sungkupan (mulching) sememangnya satu keperluan di sebuah kebun organik. Tujuan sungkupan adalah untuk menekan pertumbuhan rumpai, penjimatan air, membina kesuburan tanah, dan mengurangkan kerja-kerja perkebunan kita (ya benar, dan ini pasti menarik bagi yang kekurangan masa berkebun).
Bagi sayur semusim (yang tumbuh dan mati selepas berbunga/buah) seperti kangkung, sawi dan bayam keadaan panas sepanjang tahun ini boleh mendatangkan stres. Apabila sayur stres, hasil akan berkurangan, mudah berbunga awal seperti bawang, kubis, dan salad, serta senang diserang serangga perosak.
Salah satu cara mengurangkan stres ini adalah dengan mengekalkan kelembapan dan kesejukan tanahnya dengan sungkupan. Sungkupan juga mampu mengurangkan kesan titisan hujan yang seterusnya boleh mengurangkan hakisan tanah dari kebun kita.
Jangan risau di mana hendak dapatkan sungkup. Kebanyakan sungkup boleh diambil daripada bahan-bahan organik sekitar laman atau kebun kita seperti sisa potong rumput, dedaun kering, dan jerami padi (jika tinggal berdekatan sawah).
Menurut pakar perkebunan Fern Marshall Bradley, penulis buku ‘Rodale’s Vegetable Garden Problem Solver‘, sungkupan boleh elak biji benih rumpai daripada bercambah dan jika ada juga yang terlepas, pastinya mudah untuk mencabutnya dari tanah. Disamping itu, kesihatan tanah meningkat, aktiviti mikroorganisma tanah bertambah, dan cacing tanah seronok berlingkar di bawah sungkupan yang semestinya dapat membaiki struktur tanah, lalu menyuburkan tanaman kita.
Ruth Stout, pakar sungkupan tidak lokek berkongsi rahsianya. Beliau sering mengatakan sungkupan dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan ini dapat dilihat melalui bukunya iaitu ‘The Ruth Stout No-Work Gardening‘ dan ‘Gardening Without Work: For the Aging, the Busy, and the Indolent‘.
Kebaikan dan fungsi sungkupan adalah:
Paling penting adalah sungkupan mampu mengurangkan kerja-kerja perkebunan kita. Ya benar, sungkupan mampu mengurangkan beban kerja kita di kebun. Ini pasti menarik bagi yang kekurangan masa berkebun).
Kita boleh lihat apabila hujan turun, aliran air di kebun kita akan kekal jernih, petanda sungkupan dan tanaman kita menjalankan tugas mereka. Jika ia berwarna coklat, nampaknya sesuatu perlu dijalankan kerana sumber nutrien tanah kita dibawa pergi.
Pastinya juga, sayur kita bebas daripada percikan tanah ketika hujan atau semasa kita menyiram. Apa yang kita akan dapat adalah tuaian sayur bersih.
Terdapat dua jenis sungkup iaitu organik dan plastik. Jika kita menggunakan jenis organik, kesannya lebih bagus kepada tanah kita berbanding sungkup plastik. Hal ini kerana sungkup organik akan mereput dan menyumbang jumlah bahan organik di dalam tanah. Ini seterusnya akan lebih menarik lebih banyak mikroorganisma berkumpul di dalam tanah kebun kita. Secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan tanah kita.
Mari kita lihat contoh bahan sungkupan organik yang ada.
Malaysia kaya dengan buah kelapa. Jika pergi ke kampung-kampung pasti banyak pokok kelapa tumbuh melata. Sabut kelapa boleh menjadi sungkup terbaik. Ambil dan letakkan di sekeliling tanaman sebagai sungkup. Pastikan ambil isi sabut kelapa dan bukannya kulit yang keras.
Perlu kita ingat juga bahawa sabut kepala cepat mereput sekitar 1-2 bulan. Jadi perlu sentiasa ada bekalan sabut kepala untuk menggantikan sabut kelapa yang reput itu.
Rumput yang telah dipotong jangan dibuang sisanya. Ambil potongan rumput yang tiada bunga. Selalunya lalang paling sesuai berbanding rumput kemuncup. Ini penting bagi mengelakkan biji benih rumput tumbuh melata di kebun kita nanti.
Ini paling mudah didapati. Sekitar bandar terdapat banyak pokok besar yang selalu daunnya gugur dan dikutip oleh pihak bandaraya. Apa kata tebalkan muka untuk meminta 2-3 beg plastik untuk dijadikan sungkup di kebun kita. Merekapun tidak kisah kerana akhirnya mereka akan buang juga beg plastik penuh dengan dedaun itu.
Pastikan sebelum menabur dedaun itu, racik dengan gunting rumput. Ini kerana menurutu Bradley, “Daun yang tidak dipotong, mungkin tebal dan boleh menghalang penyerapan air oleh tanah.”
Ketebalan adalah sekitar 5-10 cm agar mampu menekan rumpai tumbuh.
Selain daripada semua bahan yang saya nyatakan sebelum ini, kita boleh gunakan kompos. Kompos adalah baja organik yang terhasil daripada sisa reputan bahan organik.
Di Malaysia penghasilkan kompos tidak begitu rancak menyebabkan harga jualan masih tinggi. Tetapi kita sendiri boleh membuat kompos di rumah! Tidak sesukar mana jika kita tahu cara yang betul. Ikuti penulisan saya tentang cara buat kompos dengan mudah di sini.
Bagi yang membeli kompos, anda boleh uji sama ada kompos itu elok atau tidak dengan cuba mencambahkan beberapa biji benih sayur di atasnya. Jika peratus percambahan adalah rendah, mungkin pH kompos itu rendah (tanda ia berasid) atau ia penuh dengan bahan kimia racun perosak. Sama sekali kita tidak mahu benda itu berada di kebun dan tanaman kita, bukan?
Ia antara sungkup yang paling ideal. Mudah didapati di sekitar kawasan kampung. Pastikan rumput kering yang kita ambil bebas biji benih rumpai. Jika tak, rugi sahajalah matlamat kita menggunakan sungkup.
Surat khabar lama sesuai dijadikan sebagai sungkup. Walaupun begitu, saya tidak pasti adakah di setiap rumah masih menyimpan surat khabar lama. Saya sendiri sudah lama tidak membeli surat khabar.
Selain itu kita boleh gunakan kertas. Mana-mana kertas yang tidak digunakan boleh dicarik dan dibuat sungkup.
Kotak terpakai banyak dibuang oleh kedai. Apa kata kita gunakan sebagai sungkup? Koyak dan susun di atas batas. Bagi petani ‘tidak bajal’, mereka menimbunkan kompos di atas kotak bagi membentuk batas tanaman.
Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa sungkup organik seperti erami padi, sisa rumput dan dedaun adalah yang terbaik. Lagipun ia mudah didapati di belakang rumah kita sahaja!
Habuk kayu boleh dijadi sungkup yang bagus. Ia lambat untuk terurai dek nisbah C:N yang tinggi. Selain itu, menabur habuk kayu menambah nilai ekstetik di kebun kita.
Selain sungkup organik, petani boleh menggunakan sungkup plastik seperti mulsa perak (silvershine) dan weedmat. Pemasangan sungkup plastik amat mudah. Saya sendiri jika membuka batas yang luas saya lebih suka menggunakan mulsa perak. Jika di kawasan fertigasi, saya suka menggunakan weedmat kerana lebih tahan lama berbanding mulsa perak.
Mulsa perak (silver shine) banyak digunakan oleh petani komersil. Ia adalah sungkupan yang paling cepat menekan dan mengelak rumpai tumbuh di kebun. Permukaannya yang bersinar mampu menghindar serangga perosak datang serta dan mengurangkan haba di dalam batas.
Mulsa perak biasa dijual dalam bentuk gulung. Harga sekitar RM80-150 tergantung kepada berat. Ya ia dijual dalam berat dan bukannya panjang.
Berdasarkan pengalaman saya, mulsa perak mampu bertahan sehingga satu tahun lamanya sebelum rosak dan perlu diganti baharu.
Namun, penggunaannya tidak mapan. Plastik terhasil daripada petroleum dan banyak kajian mendapati apabila ia mula panas (katakanlah di bawah pancaran matahari), bahan kimia akan terlarut lesap daripada plastik itu.
Weedmat mula mendapat tempat di Malaysia menggantikan mulsa perak oleh petani fertigasi. Fungsinya lebih kurang sama dengan mulsa perak iaitu menekan rumpai daripada tumbuh. Apatah lagi ketahanannya mampu mencecah sehingga 5 tahun sebelum mereput. 5 kali ganda berbanding mulsa perak.
Air mampu tembus weedmat kerana weedmat ini seakan tikar. Berbeza dengan mulsa perak yang jika tidak rata permukaan boleh menakung air.
Harga weedmat tentunya lebih mahal berbanding silvershine. Satu gulung weedmate (2m lebar x 25m panjang) sekitar RM200. Namun berbaloi dengan hargannya jika mampu menjimatkan masa berkebun kita.
Jika sungkup tebal, bagaimana hendak tahu tanah kita perlu disiram? Gunakan pemutar skru (12 cm panjang) untuk mengesan kelembapan tanah kebun anda. Cucuk dan lihat pada batangnya. Jika basah, bukan masanya anda untuk mengambil tong siram menyiram kebun anda.
Amalkan siram di awal pagi atau lewat petang sebelum cuaca menjadi panas supaya air siraman sempat menyerap masuk ke dalam tanah dan tidak mudah tersejat.
Apabila meletak sungkup tentunya ada akan serangga menyelinap masuk di bawahnya seperti lipan. Jadi pastikan anda menggunakan sarung tangan sepanjang berkebun sebagai langkah berhati-hati.
Tentunya kebaikan sungkup tidak dapat disangkal lagi. Kebaikan seperti menekan rumpai, mengekal kelembapan tanah, menambah jumlah organik tanah, dan mengurangkan kerja di kebun menjadi faktor utama sungkup sesuai di kebun.
Dan terdapat satu berita baik buat semua – sungkup boleh diletakkan pada bila-bila masa dan tiada istilah sudah terlewat untuk kebun anda! Maka, apa tunggu lagi, jika boleh lakukan sekarang!
Ferd says:
Salaam
dekat mana kita nak letakkan sungkupan ni? tanam dalam tanah ke atas tanah?
Izham Alias says:
Atas tanah.
Aisyah Barkat Shaik Mohamed says:
Anda student di mana? Banyak pos anda yg saya sudah baca. Banyak manfaat yg saya terima dari blog anda untuk saya aplikasi di ladang saya. Jemputlah ke ladang saya. Saya petani muda. Ini nombor saya 012-5276 526
Izham Alias says:
Saya sekarang bekerja sepenuh masa di Kebun Bandar. Boleh hubungi saya di bahagian halaman Kenali Kami.
roselind Janggak says:
Saya guna kotak sebagai sungkupan. Memang berkesan. Malahan kain langsir yg dah tak diguna lagi sebagai sungkupan ditempat yg separuh panas dpt menjimat masa saya sebagai suri rmh. Tapi skrg ni dpt masalah dgn anai2. Skrg kita tgh mencuba diesel disiram tepi Keliling rmh. Dan di dlm rmh ,sekeliling kita nak cuba rendaman garam + tembakau. Baru dpt tahu seminggu ni kotak2 dimakan anai2. Maklum baru pindah rmh ni dekat 2 bln. Admin boleh tak tunjuk ajar kat saya ni. Baru nak belajar berkebun dah pula kena dugaan anai2 ni.
pn lee says:
assalamualaikum sy ada menanam pokok buluh tetapi bkn buluh rebung manis ..rupanya seakan dan pokok kemboja masalahnya sy sering berada di luar bandar selama seminggu .. mcm mne cara sy nk kekalkan kelembapan di tanaman ..
norita says:
Terima kasih untuk info sungkup…sblm ini saya selalu buang daun kering yg jatuh tepi pokok….rupanya daun kering tersebut adalah berguna untuk pokok saya….terima kasih
Kadir says:
Saya gunakan daun kering setebal satu inci untuk sungkupan, tapi terlerai dengan cepat kerana kehadiran anai anai, anai anai berperanan dalam mengimbangi kesuburan tanah, untuk kebun saya berhampiran rumaj perlukah saya hapuskan anai anai tersebut?, bagaimana kita menghapuskan anai anai tanpa membunuh ajen ajen organik yang lain?
ida bey says:
sila jawab ya admin berkaitan pertnyaan anai2 tu..sy pun perlu maklumat utk kemudian hari jika anai2 bertandang, sudah ada ilmu. Bekas tanah kebun/hutan dikatakan tanah yg anai2 suka diami, berbanding tanah yang dibuka dr kawasan berdekatan paya atau sawah..betul ke?
Wan says:
Good info
Nasir says:
Terima kasih. Ilmu yang berguna untuk saya.
Salbiyah Japar says:
Tq Tuan, info yang sangat berguna dan dapat membantu menyelesaikan masalah sesuai pula dengan cuaca panas sekarang ni
Mazidah says:
terimakasih beri tips ini.ini juga yang dilakukan oleh orang2 tua kita dikampong.Maksu saya (kini berumur 88 tahu) gunakan sabut kelapa dan pokok2 sayuran yang ditanamnya tumbuh dengan suburnya.baja yang digunakan pun dari air basuhan beras semasa menanak nasi dan air basuhan ikan yang disimpan semalaman sebelum disiram kepokok keesokan harinya.
syed mohd puad says:
Terima kasih Encik Izham, info yang sangat berguna untuk di praktikkan..
Manisah mohamad says:
Terima ksh izham atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat
rusnani says:
Terima kasih di atas maklumat yang sungguh berguna
Farethah Hussin says:
Terima kaseh En Izham..info yg sangat berguna..selama ini banyak pembaziran yg telah saya lakukan..semoga segala usaha murni mu di Berkati Allah
MasnahwaridinMaksu says:
Terimakasih info yang sangat berguna buat kami dlm group ne
mohd hanan bin johari says:
Terima kasih atas ilmu yg di beri
shima says:
Selamat pagi admin..sangat berharga ilmu yg anda kongsikan sebelum ni sya ada mengamalkan sungkup ternyata cara saya adalah salah dng meletakkan rumput kering betul2 pada pangkal pokok..bermula hari ini saya ikut cara admin..terima kasih banyak2.
SUZYS says:
TERIMA KASIH UNTUK INFO YG SGT BERMANFAAT. AKAN CUBA DIAPLIKASIKAN DI ‘KEBUN TEPI RUMAH’ SAYA.
Abu Bakar Sanusi says:
Hahhhh tadi kontraktor majlis daerah baru mesin rumput depan rumah. Tunggu kering dulu, lps tu boleh kumpul utk buat sungkup
marris matsubuh says:
terima kasih tuan izham…ilmu tuan sgt bermanfaat..semoga terus di berkati..
deddy says:
terima kasih tuan informasinya
deddy says:
semoga apa yang tuan tunjuk ajar ini tepat dan pas dan apa pun terima kasih atas informasinya tuan izham..
deddy says:
mlm tuan izham bagaimana ya untuk mengatasi cilih padi daunya sngat keriting tua..
Abu Bakar Sanusi says:
Klu nak cegah anai-anai Cuba cari puncanya ia itu busut. Kalau ada curahkan racun anai-anai kat situ.
ngla says:
Tq ye infonya yang berguna, disini sya nak tahu bagaimana untuk mengusir siput babi yang sering memakan daun sayuran kekadang anak siput yg blum ada cengkerang yg menyerang, dah sya siram dengan air garam tapi tidak berkesan.
hj ramlan says:
masaalah anai-anai dikebun dan dirumah . ilmu ini pun saya dapat dari kawan-kawan cina.
Bahan-bahan yang digunakan murah saja dan mudah didapati.
1. Sabun serbuk ( tidak kira jenama)
2. Garam ( kasar atau halus)
cara membuatnya.
Campurkan kedua- dua bahan tersebut sama rata,
kemudian taburkan sekeliling pokok seperti menabur baja. Jangan terlalu dekat dengan pokok( Pokok akan MATI),
kalau dirumah, keliling rumah atau kawasan yang diketahui banyak anai2 taburkan. Insaallah dalam masa seminggu kita akan dapat lihat kesan nya.
*** bahan tersebut sama banyak dan jangan campur air, biarkan larut sendiri.
Abang Naim says:
Nk tahu samada cara ini dapat juga digunakan untuk membunuh semut2 ?
Izham Alias says:
Semut perlu guna cara lain. Cuba tanam bawang putih untuk menghalau semut.
ariza says:
Ada tk cara nk hapuskn kerengga yg byk buat sarangnya di daun2 pokok durian belanda.
Izham Alias says:
Cara mudahnya, kita cari sarang kerengga, ambil dan buang ke tempat lain. Lama-kelamaan populasi kerengga akan berkurangan.
aida says:
tkasih en izham atas info sungkupan.sangat bermanfaat
salma ibrahim says:
Terima kasih. Saya gunakan daun2 kering dan sabut.. Hanya di dalam bekas batas timbunan sebab yang lain saya tanam cara hydropot….
salma ibrahim says:
Terima kasih. Saya gunakan daun2 kering dan sabut..
Rathna Ismail says:
Terima kasih En Izham.
Rumah saya berhampiran dgn pokok klapa sawit… Boleh kan tandan klapa sawit d jadi kan sungkupan. Jika boleh…Tidak menggangu kah spora yg ada pada tandan tersebut?
hafsham says:
terima kasih admin, info yg berguna
Izham Alias says:
Ya boleh.
Kamaruddin says:
Info yang sangat2 berguna… Terima kasih admin
latipah says:
terima kasih kerana info yang sangat berguna .
Tarmizi Sayuti says:
Setahu saya anai-anai ada banyak jenis. Kalau anai-anai tu dari jenis yang tak berbahaya kepada rumah, biarkan saja. Teruskan amalan pertanian organik supaya ejen-ejen biologi yang lain dapat saling bekerja untuk tuan. Saya dengar semut dan cicak suka makan anai-anai. Tapi terlalu banyak semut dan cicak juga akan mendatangkan masalah. Jadi, semuanya harus seimbang.
nor azura says:
Assalam Izham, boleh saya tahu siapa saya boleh contact untuk mendapatkan cecair fertilizer A dan B untuk hydroponik?
Hadzri says:
Guna tray telor ayam boleh tak
Izham Alias says:
Boleh.
jx says:
t.kasih kerana info2 yang baik boleh dikongsikan
mohd rady says:
salam. tuan. saya rady dari kluang. nak tanya pasal habuk kayu. bolehkah ia di gunakan di main nursery sawit. cara dia dgn meletakkn habuk kayu pada permukaan polybag besar (keliling anak benih yg telah di tanam di polybag besar)
mohon jelaskan tuan. terima kasih.
Izham Alias says:
Boleh tuan.
Irwan says:
Assalamualaikum, saya nak tanya tanam tembikai ni jarak dia dekat ke jauh,sebab ada orang cakap kalau jarak dekat pokok tembikai betina tak boleh keluarkan bunga untuk pokok jantan.. Lepastu sungkupan untuk tembikai saya ni kalau guna plastik sampai hitam tu boleh ke.. Dan yang terakhir, cantasan ruas tembikai tu macam mana ye, x berapa faham sangat saya..
Aliza Hamzah says:
Saya pun ad masalah siput babi dan ank2 siput babi yg baru menetas dlm pasu bunga sy. Ad org kata letak kulit telur dekat tanah. Xtau sejauh mana berkesan. Sy blum cuba lg. Tp akn try buat.
sriain says:
salam tuan, tkasih atas info2 yg tuan berikan. in sha allah saya akan cuba praktikan untuk tanaman sayur2an saya
Mohd says:
Assalamualaikum..sy dah tanam pokok petai hybrid dah 3 tahun..tinggi daun rimbun..tapi malang nye tak berbuah..cam ne?? Tq
Izham Alias says:
Sebenarnya tiada pun petai hibrid. Tuan dah kena tipu dengan penjual. Mohon cari penjual dan tuntut balik wang pembelian.