Tanaman Tanam Sekali, Tuai Berkali-kali

emel kebun bandar

Saya terus terang. Saya ini adalah pekebun malas. Pertama malas nak menyemai sayur berkali-kali. Malas nak menjaga pokok sama berkali-kali. Jadi saya terfikir apakah tanaman yang kita boleh tanam sekali dan kemudian jaga air dan baja sahaja tetapi dapat tuai berkali-kali?

Dan saya dapat jawapannya daripada ilmu makanan orang Melayu dahulu kala iaitu ulam-ulaman! Orang Melayu dulu berkebun dengan menanam tanaman ulam. Tak perlu penjagaan rapi tetapi hasil dapat tuai berkali-kali.

Mari kita lihat senarainya di sini:

Sayuran daun

  1. Cekur manis
  2. Ketumbar jawa
  3. Cha-om
  4. Pucuk gajus
  5. Daun selom
  6. Keledek (dimakan pucuk)
  7. Paku pakis
  8. Kucai
  9. Bayam brazil
  10. Daun kari (pucuk)

Sayuran buah

  1. Terung pipit
  2. Terung telunjuk
  3. Cili api
  4. Cili merah
  5. Kacang botor

Sayuran rizom

  1. Kunyit
  2. Halia

Sayuran bebawang

Kalau kita perhatikan berdasarkan semua senarai yang saya tulis di atas kebanyakan tanaman adalah tanaman yang kitaran hidupnya adalah saka. Tanaman saka ini bermaksud tanaman yang hidup lebih dari setahun.

Selain itu semua tanaman ini dapat ditanam di dalam pasu. Jadi tak perlulah risau bagi sesiapa yang ada halaman sejemput sahaja di rumah. Sesuai sangat untuk aktiviti pertanian bandar.

emel kebun bandar

Comments

    Comments are closed