Cara Tanam Bayam Brazil dalam Pasu (Awal Sampai Tuai)

Bayam brazil adalah tanaman yang mudah ditanam dan dijaga. Malahan ia boleh dimakan segar atau pun dibuat dalam masakan. Perlu kita tahu bahawa bayam brazil ini bukanlah sama seperti bayam biasa kita lihat. Cara mudah tanam bayam brazil adalah dengan keratan batang.

Maklumat Botani

Nama Melayu: Bayam brazil
Nama Inggeris: Brazzilian spinach, Sissoo spinach
Nama saintifik: Alternanthera sissoo
Keluarga: Amaranthaceae

Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.

Penyediaan Pasu dan Campuran Tanah

Bayam brazil tidak perlu ditanam dalam pasu besar. Cukup sekadar pasu bersaiz 15-30 cm diameter dengan ketinggian 15 cm. Pada saiz pasu apa-apa pun boleh tanam bayam brazil. Bahkan boleh tanam dalam polibeg.

Untuk media pasu pula, tidak kisah sangat. Tanah hitam, tanah bakar, tanah kebun atau apa-apa tanah pun boleh asalkan tanah. Hal ini kerana bayam brazil tidak cerewet.

Pembajaan

Kenapa bayam brazil kuning? Ini bermula dengan pembajaan.

Penting baja yang kita guna itu adalah baja organik. Saya cadangkan anda guna baja vermikompos. Baja ini sangat bagus untuk sayuran. Berikan dalam satu genggam 2 minggu sekali.

Jika nak guna baja kimia, saya akan sarankan anda gunakan baja NPK hijau 15-15-15. Guna dalam satu sudu makan 2 minggu sekali sudah memadai. Selain itu anda boleh juga gunakan baja asid humik atau lebih dikenali sebagai baja kopi 888.

Semaian

Cara tanam bayam brazil paling mudah adalah kita semai dengan keratan batang. Kita potong sahaja keratan batang dalam 4-7 cm. Kemudian cucuk di dalam pasu satu per tiga dalam. Contohnya kita potong dalam 6 cm. Maka perlu cucuk dalam 2 cm ke dalam tanah, selebih 4 cm di atas tanah. Kalau rajin gunalah pembaris. Saya main agak-agak sahaja. Asalkan nampak 2 per tiga.

Tumbuhan herba ini tidak memakan masa lama untuk mula mengeluarkan pucuk. Sekitar tujuh hingga sepuluh hari sudah kita nampak pucuk baharu keluar.

Siraman dua kali sehari membantu untuk bayam ini tumbuh subur.

Cantasan

Apabila pokok mula tinggi melebihi 20 cm, eloklah kita pangkas pokok sehingga 5-10 cm dari pangkal. Kekalkan dalam 10-15 cm sahaja tinggi. Lebih banyak kita cantas, akan lebih rimbun bayam brazil ini. Sisa cantasan itu boleh kita semain lain atau dibuat makan. Lakukan pembajaan selepas cantasan dibuat.

[Video] Saya tunjukkan cara tanam bayam brazil.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Bayam brazil kurang diserang penyakit. Lebih kepada dimakan oleh siput ataupun ulat bulu. Paling mudah kita kawal dengan membuat racun serangga organik daripada bahan dapur.

Tuai

Apabila daun mula merimbun, kita boleh tuai daun sekali batang bayam brazil. Pastikan setiap kali tuai, kita kembali membaja tanaman kita. Ingat apa yang kita ambil perlu dikembalikan agar tumbuhan sentiasa subur.

emel kebun bandar

Walaupun warna daun muda dan daun tua hampir sama, tetap akan ada rasa yang berlainan. Daun muda lebih sedap dibuat masakan berbanding daun tua yang lebih berserat dan sedikit pahit.

Masakan

Keburukan bayam brazil adalah tidak digalakkan dimakan mentah. Eloklah dicelur dahulu agar dapat mengurangkan kandungan asid oksalid di dalamnya. Asid oksalid ini tidak sesuai untuk orang yang ada penyakit gout.

Selain itu, boleh dibuat masak gulai lemak bersama dengan ikan bilis. Atau digoreng belacan. Sama seperti kita memasak sayuran lain.

Ada juga yang buat goreng tepung.

Bahan:

  1. Beras – 1 cawan
  2. Tepung ubi – 4 sudu makan
  3. Bawang putih – 3 ulas (potong halus)
  4. Bawang merah – 1 labu (potong halus)
  5. Biji ketumbar – satu sudu teh (dikisar)
  6. Telur – 1 biji
  7. Garam – 1 sudu teh
  8. Serbuk perasa – 1 sudu teh

Cara masak bayam brazil celup tepung:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Letak sedikit demi sedikit air sehingga bahan menjadi sedikit likat
  2. Salut bayam brazil dengan bancuhan tersebut
  3. Goreng

Bayam brazil celup tepung ini sedap dimakan ketika panas.

Rumusan

Bayam brazil adalah tanaman paling mudah ditanam dan dijaga. Tanam sekali, tuai berkali-kali.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!