Anggur boleh hidup di cuaca Malaysia. Kelemahan adalah anggur tidak tahan dengan hujan. Jadi untuk berjaya tanam anggur untuk pemula boleh menanam anggur yang boleh tolerate dengan hujan.
Ladang anggur di Tuaran membuktikan anggur dapat ditanam di dalam rumah pelindungan hujan. Saya tunjukkan cara menanam anggur dengan mudah di rumah.
Nama: Anggur
Nama Inggeris: Grape
Nama saintifik:
Keluarga:
Anggur adalah tumbuhan yang memanjat. Terdapat tendril yang akan memaut apa yang ada.
Varieti Anggur
Terdapat lebih 200 varieti anggur yang ada. Namun begitu tidak semua boleh ditanam dengan jayanya di Malaysia.
Varieti anggur yang sesuai ditanam di Malaysia:
3 varieti anggur yang awal ini adalah tahan hujan.
Bagi yang ingin mencuba lebih boleh tanam varieti kayangan. Cuma varieti kayangan ini perlulah ditanam di bawah rumah lindungan hujan kerana tidak tahan terkena air hujan.
nota: Saya sarankan anda membeli mengikut pautan yang saya berikan. Jangan membeli dari penjual China. Saya jamin 100% mereka adalah penjual palsu. Saya pernah membeli dan menerima biji benih palsu!
Jika ingin menanam anggur dan sentiasa berbuah, tentunya pasu yang sesuai diperlukan. Saiz minimum adalah 40cm tinggi dengan diameter 30 cm ke atas. Lagi besar saiz pasu, lagi bagus.
Pokok anggur suka tanah campur yang kaya dengan bahan organik. Oleh sebab itu eloklah tanah campur yang kita ingin gunakan kaya dengan bahan organik. Jika tidak, kita boleh campurkan sendiri bahan organan yang sesuai.
Antara bahan organik kita boleh campurkan adalah seperti:
Campurkan pada nisbah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian sekam bakar. Gaul rata semua bahagian ini sehingga tidak nampak rupa.
Setelah itu boleh la digunakan untuk penanaman anggur kita.
Penjagaan
Tentunya jika ingin mendapat anggur yang bagus, penjagaan perlu jugalah bagus. Siraman boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Pastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembab. Kekeringan boleh menyebabkan pertumbuhan anggur terencat.
Pokok anggur paling suka baja organik terutamanya baja vermikompos yang kaya dengan nutrien dan mikrob baik.
Selang selikan baja organik dan baja kimia agar anggur dapat menghasilkan buah yang bagus.
Baja kimia seperti NPK biru boleh digunakan. Jika boleh gunakan baja NPK yang berkualiti. Baja kimia yang dijual di pasaraya kebanyakan adalah dari China. Baja ini bagus untuk tanaman biasa. Jika inginkan hasil, gunalah baja yang berkualiti tinggi seperti jenama Novatech, Yara dan Zenex. Boleh beli ikut link diberikan.
Saya terpaksa tekankan hal ini kerana baja yang bagus adalah faktor utama anggur mengeluarkan hasil berkualiti.
Pokok anggur jika di negara iklim sederhana akan mengeluarkan putik buah pada musim luruh. Oleh itu jika kita tanam di negara beriklim tropika, kita perlu meniru musim luruh. Bagaimana? Dengan membuang semua daun anggur atau kata mudahnya kita togelkan anggur kita.
Usah risau. Memang ini cara yang paling bagus bagi menggalakkan anggur mengeluarkan buah. Setelah togelkan, terus kita berikan baja NPK biru dalam 100 g per pasu. Tabur sekeliling kemudian siram.
Dalam masa 2-3 minggu, jika betul caranya, maka akan terlihatlah putik buah anggur. Pastikan baja vermikompos diberi segenggam setiap minggu.
