Cara Buat Pengganti Furadan (Organik dan Berkesan)

Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain), banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.

Namun, penggunaan furadan sistetik ini juga memberi kesan kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan hasil tanaman walaupun penggunaannya dihentikan pada sekitar 75 hari (atau lebih) sebelum memungut hasil tanaman.

Bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan furadan organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah)

Bahan:

  1. Buah jering – 10 biji (ambil isi sahaja tanpa kulit)
  2. Air – 500 mL
  3. Belerang – 4 sudu makan
  4. Pasir halus – 6 cawan
  5. Plastik

Alat:

  1. Baldi – 18 L

Cara buat:

  1. Buah jering dikisar, diparut atau ditumbuk halus
  2. Masukkan jering tadi ke dalam baldi
  3. Tambahkan belerang dan pasir halus
  4. Gaulkan bahan tersebut hingga sebati
  5. Tutup baldi dengan pembalut plastik dan simpan di tempat kering selama 1 minggu

Cara guna:

Furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda. Hanya guna 2-3 sudu makan setiap kali penggunaan. Boleh tabur setiap sebulan sekali.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!