fbpx

Cara Basuh Sayuran Yang Betul Bagi Menghilangkan Sisa Racun Kimia

Kita membeli sayur agar dapat membekalkan keperluan vitamin harian kita. Namun apa akan terjadi jika sayur yang kita makan itu akhirnya membawa kita kepada penyakit pula seperti kanser?

Kebanyakan sayur yang kita beli di pasar adalah sayur yang banyak disembur dengan racun kimia. Sama ada racun serangga ataupun racun kulat. Hal ini menyebabkan sayur tersebut mengandungi sisa racun kimia. Yang bezanya adalah sedikit atau banyak.

Walapun begitu, berbeza jika kita membeli sayur dengan label organik yang tentunya harga lebih mahal berbanding sayur biasa.

Pilihan yang terbaik adalah dengan kita tanam sendiri. Tapi jika terpaksa juga beli sayur di pasar, apakah caranya agar kita dapat kurangkan sisa racun itu agar tidak memberi kesan buruk kepada kit?

Berikut adalah kaedah yang boleh kita amalkan setiap kali kita nak masak sayuran dibeli. Pilih lah mana-mana cara yang sesuai dengan anda.

#1 Rendam Garam

Garam mengandungi ion-ion yang mampu menarik keluar sisa racun di dalam sayur. Tidak perlu tabur banyak hanya sedikit sahaja.

Masukkan 2-3 sudu teh garam ke dalam 1-2 L bekas berisi air bersih. Kemudian rendam sayur itu selama 2-3 minit. Anda akan dapat lihat seakan minyak muncul. Inilah sisa racun yang keluar dari dalam sayur.

Hal ini mampu mengurangkan sehingga 80% sisa racun di dalam sayur.

Selepas rendam, bilas sayur tersebut dengan air bersih sehingga hilang sisa garam. Seterusnya sayur boleh dimasak seperti biasa.

#2 Cuka makan

Selain garam, kita juga boleh gunakan cuka makan. Fungsi cuka makan sama seperti garam yang akan menarik keluar sisa racun di dalam sayur.

Hanya campurkan 2 sudu makan cuka bersama dengan 8 cawan air (1L air).

Hal ini mampu mengurangkan sehingga 80% sisa racun di dalam sayur.

Menggunakan cuka akan memberi sedikit kesan kepada rasa dan tekstur sayur. Tetapi okay lah jika nak dibandingkan dengan kesan racun yang bakal kita dapat.

#3 Rebus

Rantai kimia racun terurai apabila bertindakbalas dengan panas dan air. Oleh itu kita boleh gunakan konsep ini untuk mengurangkan racun dengan merebus sayur-sayuran sebelum kita makan.

Cuma tidak semua sayur sesuai dengan kaedah rebus ini. Yelah, takut nanti terlebih rebus boleh merosakkan tekstur dan rasa sayur tersebut.

#4 Panggang

Panggang adalah salah satu cara lain bagi mengurangkan sisa racun. Terung antara sayur yang sedap dipanggang dalam masakan.

Rumusan

Dalam kita ingin sihat dengan memakan sayur, kita perlulah memilih kaedah yang sesuai agar sayur kita makan itu tidak mendatangkan mudarat. Pilihlah di antara garam, cuka makan, rebus atau panggang dalam kita mengurangkan kesan mudarat yang ada dalam sayur.

Rujukan

  1. https://zacsarian.com/reduce-pesticide-residues-in-veggies/

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!