Hormon penggalak akar paling banyak digunakan dalam pembiakan keratan pokok dan juga tut. Kita hanya perlu sapukan sedikit sahaja hormon ini dan kesannya memang menakjubkan.

Auksin adalah hormon utama yang ada dalam setiap bahan galak akar. Kebanyakan serbuk penggalak akar komersial (root booster) mengandungi indol butirik acid (IBA) atau naphtylacetic acid (NAA).

Untuk pengetahuan, hormon berbeza dengan baja. Hormon memberi galakan untuk tumbuhan tumbuh dengan bagus manakala baja sifatnya pembekal nutrien agar tumbuhan tumbuh subur.

Kita boleh membeli hormon ini dalam bentuk serbuk atau cecair.

Kita boleh buat sendiri hormon penggalak akar ini di rumah. menggantikan hormon penggalak akar komersil itu.

1. Bawang Merah

Kandungan hormon auksin yang ada pada bawang merah menjadikan bawang merah sesuai sebagai penggalak akar.

Caranya adalah dengan menumbuk hancur satu labu bawang merah. Gunakan cecair yang keluar dari hasil tumbukan itu pada keratan batang.

2. Pati daun ketapang

Daun ketapang (nama saintifik: Terminalia catapa) biasanya digunakan untuk membungkus makanan seperti tempe dan tapai. Ramai tidak tahu bahawa daun ini boleh digunakan sebagai hormon penggalak akar.

Cara pembuatan:

  1. Kumpulkan dedaun ketapang yang luruh. Campurkan yang berwarna kuning, perang dan yang masih hijau.
  2. Sukatan daun ketapang dan air adalah nisbah 1:10. Contohnya 1kg daun ketapang dicampurkan dengan 10L air.
  3. Ramas dan koyakkan semua helaian daun ketapang itu
  4. Rendamkan dalam air semalaman (12 jam)
  5. Setelah itu tapis cecair tersebut untuk dijadikan pati
  6. Sisa dedaun ketapang boleh dijadikan kompos

Cecair pati tersebut boleh digunakan sebagai siraman pada pokok seminggu sekali bagi menggalakkan akar tumbuh. Manakala untuk keratan batang pula, boleh rendam sekitar 1-2 jam sebelum ditanam.

Untuk pembiakan keratan tut, pati ini boleh digaulkan bersama media tut.

3. Belacan

Belacan mengandungi kitosan yang bagus untuk menggalak akar pokok tumbuh.

Ambil dalam 5g belacan (dua cubit) dan campurkan dengan 10ml air (dua sudu makan). Sapukan pada keratan batang sebelum disemai.

Manakala untuk tut sapukan pada batang yang dibuka.

4. Pati daun pokok Willow

Daun pokok willow (dikenali sebagai pokok janda merana) juga boleh dijadikan bahan penggalak akar semulajadi.

Caranya adalah dengan mengambil dalam 100-200g daun pokok willow dicampur dengan 1L air. Peram selama semalaman (12jam).

Gunakan sama seperti pati daun ketapang.

5. Madu

Madu bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi untuk semaian keratan juga.

Caranya mudah sahaja. Bagi keratan batang, sapu sedikit madu dibahagian bawah keratan sebelum disemai.

Hal ini sama untuk pembiakan tut. Sapukan pada batang yang dibuka.

Kesimpulan

Begitulah lima bahan semulajadi yang boleh kita gunakan sebagai hormon penggalak akar.

Rujukan:

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.