
Dalam dunia pertanian alamiah (natural farming) mikoorganisma menjadi pemangkin kejayaan tanaman. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menghasilkan mikrob asli ini atau lebih dikenali sebagai indigenous microorganisms (IMO).
Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita jawab soalan apakah itu IMO dan kegunaannya di kebun kita? IMO ialah mikrob asli yang hidup di persekitaran kita dan berfungsi sebagai mikrob baik yang membantu tanah kebun kita subur. Tidak kiralah kita bercucuk tanam di atas tanah mahupun di dalam pasu.
Saya lebih suka panggil IMO ini sebagai mikrob asli. Perkataan indigenous mengikut konteks sesuai diterjemah sebagai asli berbanding setempat. Sebab mikrob itu asli di tempat itu. Jadi sepanjang artikel ini anda akan menjumpai istilah IMO dan mikrob asli. Usah keliru. Kedua-duanya bermaksud yang sama.
Jika kita membuat pembacaan di internet, kita mungkin keliru cara buat IMO ini yang bermula daripada IMO-1 sehinggalah IMO-5. Setiap nombor tersebut mewakili fasa IMO itu.
Untuk menghasilkan IMO ini tidaklah sesukar mana pun. Untuk artikel ini, saya hanya mengambil dua fasa sahaja. Fasa pertama adalah kita menangkap IMO yang ada di persekitaran yang bagus dengan mengumpannya menggunakan nasi. Apabila nasi dipenuhi dengan kulat (IMO) seakan gula kapas, maka kulat ini digelar IMO-1.
Seterusnya IMO 1 ini diternak pula dengan menggaulkannya dengan gula merah. Apabila selesai penggaulan ini, maka IMO ini digelar IMO 2 pula. Yang bermaksud telah masuk ke fasa kedua.
Untuk pengetahuan, mikrob asli mengandungi pelbagai jenis kulat, yis dan bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam tanah di persekitaran kita. Menurut sifu Pertanian Alamiah ini iaitu Dr Cho, beliau menasihatkan agar kita mengumpul IMO daripada pohon buluh. Di situ terdapat pelbagai mikrob baik yang mampu membantu kebun kita subur.
Bagaimana pula jika tiada rumpun buluh di tempat kita? Cari perdu pokok besar yang ada banyak daun luruh di bawahnya. Bakteria baik banyak berkumpul di situ.
Jika kita baca buku pertanian alamiah ini, kita akan dapati IMO boleh dibuat sehingga fasa lima. Bagi saya, cukuplah sekadar fasa 2 untuk pekebun rumah seperti kita. Fasa 3 hingga 5 lebih kepada pekebun sayur 1 ekar ke atas.


Simpan IMO-2 di tempat gelap dan dingin. Pastikan ada ruang sekitar 10 cm dari muncung botol agar IMO-2 dapat bernafas. IMO-2 boleh disimpan sehingga 6 bulan. Tambah 2-3 sudu gula merah setiap 6 bulan bagi mengekalkan IMO-2.
Terdapat pelbagai kebaikan dalam menggunakan IMO. Antaranya adalah:
IMO atau mikrob asli ini mempunyai pelbagai manfaat kepada tanaman kita. Ini bermula daripada tanah sehinggalah kepada tumbuhan. Setiap inci kebun kita mendapat kebaikan.
Tidak perlulah kita bersusah-payah membeli EM Komersial jika kita boleh membuat sendiri mikrob baik ini. Secara tak langsung kita dapat mengamalkan pertanian organik dan tanaman bebas racun kimia.
Jika ada sebarang cadangan atau ulasan, tinggalkan lah komen di bawah.
Selamat mencuba!
