Cara Kira Saiz Pam Sesuai Untuk Ladang Fertigasi

emel kebun bandar

Apabila memulakan ladang fertigasi tentunya jenis pam dan saiz yang sesuai menjadi persoalan utama terutama bagi pemula dalam bidang ini.

Usah risau, saya dahulu seperti anda juga. Jika dulu soalan saya akan bermula dengan, “Sifu, saya ada 1 ekar tanah. Berapa polibeg boleh tanam? Lepas tu pam apa perlu guna?”

[ Beli polybag di sini (shopee) ]

Sifu akan jawab sekian sekian.

Tetapi selepas saya tonton video Tuan Hadi Napi tentan cara kira saiz pam, saya terus dapat idea bahawa soalan saya itu salah.

Saya sepatutnya bermula dengan soalan, “Apa objektif penanaman?” Itu boleh rujuk pada artikel lain.

Untuk tahu saiz pam yang hendak digunakan di ladang, kita perlu kira berapa jumlah air yang diperlukan dalam satu minit.

Untuk tahu jumlah air yang keluar ini, kita perlu tahu dahulu berapa banyak polibeg yang ada.

Adakah kita menggunakan sistem penitis macam mana?

[ Beli set siraman titis di sini (shopee) ]

Penitis nipple

Untuk jenis ini, petani perlu mengukur dahulu jumlah air yang keluar pada penitis dalam seminit. Setiap mikrotiub ada jumlah air yang dikeluarkan.

1mm –

3/4 mm –

PCJ emitter

Hal ini berbeza dengan PCJ emitter yang mengeluarkan air tetap mengikut spesifikasi. Contohnya PCJ netafim pink tertulis 2L/H atau 2L/jam. Ini bermakna satu biji PCJ akan menitiskan air sebanyak 2L selama satu jam. Berapakah pula kalau seminit? Guna kiraan mudah. 2000 mL / 60 minit. Maka akan dapat 33.33 mL per minit.

Jadi sebiji PCJ netafim pink akan menitiskan air sebanyak 33.33 mL air selama seminit. Ini tetap. Tidak akan berubah walaupun tekanan pam berubah.

Satu PCJ akan mula menitiskan air pada tekanan yang ia mampu tahan. Contohnya PCJ pink akan mula menitis air pada tekanan 1 bar ke atas sehingga 4 bar.

Apabila kita sudah faham tentang pengeluaran air satu ladang, barulah kita boleh kira jenis pam yang kita boleh gunakan.

Jenis Pam

Secara asasnya, terdapat tiga jenis pam yang digunakan di Malaysia iaitu centrifugal, self-priming, dan submersive. Mari kita lihat satu per satu.

Centrifugal Pump

Pam centrifugal adalah pam yang kuat menolak tetapi tidak kuat menyedut. Pam ini sesuai dipasang di bawah tangki atau separas tangki. Pam ini tidak sesuai di pasang melebihi paras air dalam tangki kerana kekuatan sedutan yang lemah.

Berapa jarak tangki ke pam yang sesuai? Jika air ada aliran ke pam secara graviti, maka jarak sekitar 10-20 meter tiada masalah.

Submersive pump

Pam submersive adalah pam yang diletakkan di dalam tangki. Antara contohnya adalah pam akuarium. Pam ini tentunya kuat menyedut dan kuat menolak kerana berada di dalam air itu sendiri.

[ Beli pam air mini di sini (shopee) ]

Kelemahan utama pam ini adalah perlu berada dalam air. Jika air habis dan pam ini beroperasi dalam keadaan kering akan menyebabkan pam ini rosak.

Antara tiga jenis pam ini, yang manakah sesuai untuk pam fertigasi? Tentunya pam centrifugal.

Langkah Menentukan Saiz Pam

Pertama, tentukan jumlah polibeg yang digunakan. Kita ambil tiga contoh.

Ketiga-tiga ini menggunakan PCJ emitter netafim 2L/H. 1 jam akan keluar 2L air. Maka 1 minit akan keluar (2L / 60 min) 33.33 mL air.

100 polibeg

100 x 33.33mL = 3333 mL = 3.3L air per minit

Untuk ini kita perlukan pam yang mampu mengeluarkan air sebanyak 3.3 L air per minit.

Jika cek pam akuarium, pun sudah memadai. Tetapi perlu kita ingat bahawa tekanan kerja yang diperlukan oleh PCJ adalah 1 bar.

500 polibeg

2000 polibeg

Rujukan

  1. Penukaran meters head ke bar

Sebahagian pautan dalam pos ini ialah pautan afiliasi Shopee. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen kecil tanpa menambah kos kepada anda.

emel kebun bandar

Comments

    Comments are closed